Sunday, January 25, 2015

KURSUS PENGURUSAN PEMBANTU MAKMAL DAERAH JERANTUT 2014

KSKM NEGERI PAHANG

Assalamualaikum wbt dan Salam Kesatuan...
Alhamdulillah, AJK Pelaksana KSKM Daerah Jerantut dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Jerantut telah berjaya melaksanakan Kursus Pengurusan Pembantu Makmal Daerah Jerantut 2014.
Tarikh : 12 Jun 2014 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : PPD Jerantut.

En.Ashaari Maarof Menyampaikan Ceramah


AJK Pelaksana KSKM Daerah Jerantut telah menjemput Setiausaha Agung KSKM Pusat, En.Ashaari bin Maarof bagi menyampaikan ceramah berkaitan dengan stok di makmal. Banyak ilmu yang telah dikongsikan bersama peserta kursus kali ini dan terdapat juga pelbagai persoalan yang diajukan oleh peserta kepada SUA.




Kursus diteruskan pula dengan taklimat dan isu-isu semasa KSKM yang telah disampaikan oleh Pengerusi KSKM Negeri; En.Khairul A'zli Hj Ahmad. Penerangan berkaitan hala tuju KSKM Negeri bagi memberikan perkhidmatan dan bantuan yang terbaik kepada semua ahli. Beliau juga menyeru kepada peserta kursus yang masih belum menyertai atau menganggotai KSKM agar bersegera bersama-sama berjuang demi memartabatkan profesion Pembantu Makmal.

Majlis penutupan kursus telah dilaksanakan oleh Tuan PPD Jerantut.

Gambar Kenangan Peserta Kursus Bersama Tuan PPD Jerantut


Cenderahati Kepada SUA yang Disampaikan Oleh Pengerusi Negeri

Pengerusi Negeri Pahang Menyerahkan 'Lab-Coat' Kepada
Pembantu Makmal

Wakil Pembantu Makmal dari SMK Damak

Ucapan Aluan Dari Timbalan Wakil KSKM Daerah Jerantut

Ucapan dari Pengerusi KSKM Negeri Pahang

Ucapan dan Perasmian Penutup Kursus Oleh Tuan PPD Jerantut

Penyampaian Cenderahati kepada Tuan PPD Jerantut
Sekian, terima kasih...
~ADMINKSKMPahang~



No comments:

Post a Comment