Wednesday, January 21, 2015

KURSUS PROFESIONALISME KAKITANGAN MAKMAL DAERAH ROMPIN 2014

KSKM NEGERI PAHANG

Assalamualaikum wbt dan Salam Kesatuan..
KSKM Negeri Pahang telah mengorak langkah positif apabila telah melaksanakan satu kursus bagi semua pembantu makmal di daerah Rompin. Inilah julung-julung kalinya, semua pembantu makmal di daerah Rompin telah diundang untuk menyertai kursus tersebut dengan surat panggilan kursus telah dikeluarkan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP).


Kursus tersebut dijalankan mengikut ketetapan di bawah:
Tarikh : 03 Jun 2014
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : SMK Muazam Shah, Bandar Muazam Shah, Rompin.

Kursus kali ini dimulakan dengan slot yang pertama disampaikan oleh En. Ahmad Rashidee dari SMK Teluk Chempedak, Kuantan. Beliau merupakan seorang pembantu makmal di sekolah tersebut disamping menjadi Pensyarah di Universiti Putra Malaysia, Cawangan Pahang. Terima kasih di atas komitmen beliau untuk berkongsi ilmu dengan semua pembantu makmal daerah Rompin.
Slot kedua pula telah diisi oleh Pengerusi KSKM Negeri Pahang di mana beliau telah menerangkan berkaitan KSKM dan hala tuju kesatuan itu sendiri.
Slot seterusnya adalah pemilihan Ahli Jawatankuasa Pelaksana KSKM Daerah Rompin di mana En.Hafizuddin dari SMK Selancar telah dipilih untuk menerajui KSKM Daerah Rompin. Semoga barisan AJK ini akan dapat bergerak kehadapan bagi memberikan idea dan usaha dalam meningkatkan ilmu dan pengetahuan serta aktiviti kepada semua ahli KSKM daerah.
Majlis penutupan kursus telah dilaksanakan oleh Tuan Pengetua SMK Muazam Shah; Puan Hjh Zahrah binti Abdul Hamid.
~ADMIN~ mengharapkan agar KSKM Daerah Rompin akan kembali aktif dalam memartabatkan profesion pembantu makmal khusus di daerah Rompin.
Sekian, terima kasih...
~ADMINKSKMPahang~



No comments:

Post a Comment