Tuesday, January 20, 2015

PROGRAM TRANSFORMASI NEGARA DI KEM BINA NEGARA MARAN (FASA KE-2) 2014

KSKM NEGERI PAHANG

Assalamualaikum wbt dan Salam Kesatuan...
Alhamdulillah, KSKM Negeri Pahang sekali lagi telah diberikan peluang untuk berkerjasama dengan Biro Tatanegara Cawangan Pahang bagi menganjurkan Program Transformasi Negara. Program ini masih dilaksanakan di Kem Bina Negara, Maran tetapi peserta-peserta kursus kesemuanya adalah hanya ahli-ahli KSKM Negeri Pahang. Kursus kali ini telah melibatkan seramai 79 ornag peserta.
Kursus tersebut mengikut ketetapan seperti berikut:
Tarikh : 1 - 3 Mei 2014
Tempat : Kem Bina Negara, Maran
Kursus yang berlangsung selama 3 hari 2 malam tersebut telah banyak memberi ilmu kepada peserta di mana nilai-nilai murni kecintaan kepada negara sangat-sangat di titik beratkan.
Antara nostalgia sepanjang kursus tersebut dilaksanakan...

Malam Pengenalan 'Program Transformasi Negara'

Sebahagian peserta yang terlibat di dalam program tersebut

Aktiviti merentas sungai juga termasuk di dalam slot program

Setiap kumpulan dikehendaki menyediakan masakan tengahari

Kerjasama berkumpulan sangat dititik-beratkan 



Pintu masuk ke Kem Bina Negara, Maran

Aktiviti 'berendam' antara aktiviti bebas selepas kekenyangan








Semoga program yang sedemikian akan dapat diadakan lagi bagi membuka ruang kepada ahli-ahli yang tidak berpeluang mengikutinya untuk kali ini.
Bagi ahli KSKM yang terlibat, ~ADMIN~ mengucapkan Tahniah dan Syabas seterusnya jutaan terima kasih kerana dapat bersama-sama menjayakan program tersebut. Semoga apa yang telah dipelajari sepanjang kursus, dapat di bawa pulang untuk diaplikasikan kembali di lapangan kerjaya masing-masing.
Sekian, terima kasih...
~ADMINKSKMPahang~


No comments:

Post a Comment