Wednesday, August 15, 2012

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA 1433 - DARI PENGERUSI KSKM NEGERI PAHANG


Assalamualaikum wbt dan Salam Kesatuan kepada seluruh wargakerja Pembantu Makmal di Negeri Pahang dan khususnya kepada semua AHLI-AHLI KSKM Negeri Pahang sekelian dari saya Khairul A'zli Hj Ahmad(Pengerusi KSKM Negeri Pahang).
Marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Illahi kerana dengan keizinan dan perkenanNya maka kita masih diberikan kesempatan untuk bersama-sama menjalani ibadah puasa sepanjang Bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan.Semoga segala amal ibadah yang kita telah kerjakan sepanjang satu bulan ini akan diterima oleh Allah SWT.
"Allahuakbar,Allahuakbar,Allahuakbar" takbir dan tahmid bergema di seluruh pelusuk dunia menandakan berakhirnya bulan keberkatan Ramadhan Al-Mubaraq dan kini 1 Syawal muncul kembali di hadapan kita.Kemunculan Syawal pada tahun ini mudah-mudahan akan membawa seribu perubahan di dalam kehidupan kita setelah selama sebulan kita ditarbiahkan dengan amalan ibadah yang baik di bulan Ramadhan.
Ramadhan mengajar kita erti kesabaran dan pengorbanan.Dalam kita menentukan hala tuju sesebuah organisasi seperti KESATUAN SEKERJA KAKITANGAN MAKMAL(KSKM) NEGERI PAHANG yang mana konsep perjuangan yang memerlukan kesabaran dan pengorbanan seharusnya diaplikasikan di dalam diri kita apabila kita berada di dalam kesatuan.Alhamdulillah,saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada semua AHLI-AHLI KSKM Negeri Pahang yang telah berjaya dalam menempuh segala halangan dan rintangan sepanjang mendaftar sebagai ahli KSKM.Jasa dan sumbangan AHLI-AHLI KSKM tersebut tidak dapat dibalas dengan bayaran wang ringgit namun marilah kita bersama-sama berdoa agar segala pengorbanan tersebut mendapat keredhaan dari Allah SWT.
KSKM merupakan kesatuan yang membela nasib seluruh penjawat awam yang bergelar Pembantu Makmal. Perjuangan KSKM diperkuatkan lagi dengan gabungan kesatuan-kesatuan lain di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam dengan membentuk Kongres Kesatuan Sekerja Perkhidmatan Awam atau CUEPACS.Melalui CUEPACS,segala permasalahan yang dihadapi oleh penjawat awam termasuklah PEMBANTU MAKMAL akan di bela.KSKM turut menyumbangkan dana kepada CUEPACS untuk tujuan memperjuangkan nasib kita bersama.Disamping itu juga,ramai Ahli Jawatankuasa Cuepacs samada diperingkat pusat mahupun diperingkat negeri merupakan ahli-ahli KSKM.Ini merupakan pengiktirafan Kongres kepada KSKM unutk bersama-sama berkongsi pandangan,buah fikiran dan idea untuk kepentingan seluruh ahli.
Bersempena dengan 1 Syawal ini,saya selaku Pengerusi KSKM Negeri Pahang menyeru kepada semua Pembantu Makmal di Negeri ini agar bersama berkorban tenaga,masa,wang ringgit dan sebagainya untuk menggerakkan KSKM di peringkat daerah masing-masing.Marilah kita bersama berjuang untuk diri kita dan sahabat-sahabat kita rakan Pembantu Makmal yang lain dengan bersama-sama menjadi ahli KSKM.Ini merupakan platform untuk kita memperjuangkan nasib seluruh Pembantu Makmal di Negeri Pahang khususnya dan di Malaysia amnya.Suara KSKM didengar di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri Pahang.Saya selaku Pengerusi KSKM Negeri Pahang diberikan ruang dan peluang untuk menimbulkan segala permasalahan yang dihadapi oleh Pembantu Makmal di Negeri ini melalui Mesyuarat'Majlis Bersama Jabatan' yang dipengerusikan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Pahang.Setiap masalah yang dibangkitkan di dalam mesyuarat tersebut akan diminitkan dan tindakan akan diambil.Sehubungan dengan itu,sekali lagi saya menyeru kepada seluruh Pembantu Makmal yang masih lagi belum berkesempatan menjadi ahli KSKM,ayuh!Inilah masanya untuk anda bertindak kerana sokongan anda sebagai ahli KSKM merupakan  suara yang dapat mengubah nasib kita sebagai Pembantu Makmal.Siapa yang dapat mengubah nasib kita jika bukan kita yang berusaha untuk mengubahnya.
Madrasah tarbiah Ramadhan telah kita tinggalkan dengan mauduk yang baik untuk diri kita dan sesama manusia.Saya menyeru kepada seluruh Pembantu Makmal di Negeri Pahang ini agar dapat merapatkan kembali jalinan ukhwah dan silatulrahim sesama Pembantu Makmal terutama yang berkhidmat di sekolah yang sama.Lupakan segala sengketa dan ketidakpuasan hati sesama kita.Marilah saling maaf memaafi semoga kekukuhan ikatan persaudaraan bermula di sekolah,daerah,negeri dan seterusnya di peringkat negara dapat direalisasikan demi pengukuhan semangat kita di dalam KSKM Negeri Pahang.
Dikesempatan 1 Syawal ini,saya selaku pengerusi KSKM Negeri Pahang bersama-sama barisan Ahli Jawatankuasa KSKM Negeri Pahang serta dibantu oleh Wakil KSKM Daerah dan barisan Ahli Jawatankuasa Pelaksana Peringkat Daerah di Negeri Pahang ingin mengambil kesempatan memohon keampunan dan kemaafan kepada seluruh AHLI-AHLI KSKM Negeri Pahang sekiranya selama ini berlaku kekurangan dan kelemahan dalam pentadbiran KSKM Negeri,urusetia kesatuan,penjagaan kebajikan ahli,ketidakpuasan sesetengah pihak dalam menentukan keputusan dan pelbagai lagi kelemahan dan kekurangan barisan AJK KSKM Negeri Pahang.Sebagai sebuah organisasi yang besar dan ramai ahli di dalamnya,pihak kami sedaya upaya cuba memuaskan hati semua ahli.Namun jika terdapat mana-mana pihak yang merasakan ketidaksempurnaaan kepada barisan AJK KSKM Negeri,pihak kami menghulurkan sepuluh jari memohon keampunan dan kemaafan zahir dan batin.
"SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI - MAAF ZAHIR DAN BATIN"

Ikhlas dari :
Khairul A'zli bin Hj Ahmad
Pengerusi,
Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal Negeri Pahang.

Tuesday, August 14, 2012

HEBAHAN TERKINI:TEMPAHAN BAJU KOPRAT(F1)

KSKM NEGERI PAHANG

Tempahan Baju Korporat(F1)

Assalamualaikum wbt...
*Perhatian kepada semua ahli-ahli KSKM Negeri Pahang yang telah membuat tempahan baju koprat(F1)*.
Adalah dimaklumkan bahawa proses tempahan baju koprat di kilang bagi Ahli-Ahli KSKM Negeri Pahang terpaksa ditangguh/ditunda disebabkan oleh proses pengukuran saiz baju yang sebenarnya telah,sedang dan akan dijalankan.
~ADMIN~difahamkan bahawa pihak urusetia baru menerima sampel ukuran baju yang sebenar dari pihak kilang tempahan.Sampel yang diterima dikhabarkan agak sempit sedikit dari saiz asal.
Daerah-daerah yang telah selesai menjalankan ukuran tersebut adalah Kuantan,Jerantut,Temerloh,Bentong dan Raub.Jika terdapat ahli yang masih belum membuat ukuran,sila maklumkan kepada ~ADMIN~untuk tindakan selanjutnya.
Daerah Pekan,Rompin,Cameron Highlands,K.Lipis dan Maran masih lagi belum selesai dalam proses pengukuran tersebut.
~ADMIN~difahamkan juga bahawa pihak urusetia akan terus bergerak ke daerah-daerah yang masih belum selesai menjalankan proses ukuran tersebut selepas cuti hari raya nanti.
~ADMIN~mewakili urusetia tempahan baju koprat memohon kemaafan kepada semua ahli-ahli KSKM yang telah membuat tempahan baju tersebut atas segala kesulitan dan kelewatan yang berlaku.Adalah lebih baik dan sempurna seandaiannya semua tempahan dapat memenuhi keselesaan para ahli-ahli KSKM bak kata pepatah Melayu"Biar Lambat Asalkan Selamat".Pihak urusetia tempahan tidak akan menerima sebarang pemulangan dan bantahan saiz selepas tempahan telah dijalankan dan setiap ahli telah menerima baju koprat tersebut.
Untuk makluman Tuan/Puan,tempahan akan dibuat selepas semua daerah telah selesai melalui proses pengukuran.Oleh yang demikian,~ADMIN~mengharapkan agar semua ahli-ahli bersabar dan dapat menyampaikan maklumat penting ini kepada semua ahli-ahli yang tidak berpeluang melayari FB dan Laman Blog KSKM Pahang.
Semoga apa yang dirancang akan dipermudahkan olehNya...Insyallah!
~ADMINKSKMPahang.

Thursday, August 9, 2012

(SAMBUNGAN) JAWAPAN BERKAITAN ISU KSKM NEGERI PAHANG


Assalamualaikum wbt...
Puan,terima kasih kerana terus memberikan sokongan yang padu kepada KSKM Negeri Pahang.Terima kasih juga kerana akan terus menjadi ahli KSKM sehingga ke pencen.
Untuk makluman Puan,Ahli Jawatankuasa KSKM Negeri Pahang mengadakan mesyuarat AJK Negeri secara berkala iaitu 3-4 bulan sekali bergantung kepada keperluan semasa.Mesyuarat KSKM Negeri biasanya akan dilaksanakan di daerah Temerloh iaitu di SMK Temerloh.Ironinya Mesyuarat AJK tersebut diadakan di SMK Temerloh adalah kerana kebanyakkan AJK adalah terdiri daripada PM di daerah Temerloh.Hanya Pengerusi KSKM Pahang,En.Khairul A'zli Ahmad dan AJK merangkap Exco Unit Latihan,Puan Siti Hafizah yang bertugas di daerah Raub.AJK KSKM Negeri Pahang terdiri daripada:
1.Pengerusi - En.Khairul A'zli Ahmad(SM Sains Tg Abdullah Raub)
2.S/Usaha - En.Mohd Lotfan Abdul Aziz(SMK Kerdau,T'loh)
3.Bendahari - Pn.Rogayah Othman (SMK Temerloh)
AJK:
1.En.Ahmad bin Rahim (SMK Mentakab)
2.Pn.Norhana Haron (SMK Mengkarak)
3.Pn.Maslina Amriem (SMK Abu Bakar,T'loh)
4.Pn.Siti Hafizah Abd Karim (SMK Tg Kudin)
5.Pn.Norfaizura Ismail (SMK Temerloh)
Penjimatan kos elaun mesyuarat AJK KSKM juga menjadi tujuan utama kenapa mesyuarat AJK KSKM Negeri di adakan di daerah Temerloh.Wang caruman ahli KSKM Negeri seharusnya disalurkan kembali kepada semua ahli-ahli yang mencarum dalam bentuk penganjuran kursus,seminar,bengkel dan sebagainya.
Bagi daerah Maran pula,Mesyuarat telah melantik dan dipersetujui oleh ahli-ahli KSKM yang hadir di dalam Mesyuarat Agong Dwi Tahunan peringkat Cawangan Pahang pada tahun 2011 iaitu En.Abd Halim bin Abd Manaf (SMK Maran).~ADMIN~difahamkan bahawa daerah Maran masih lagi belum menubuhkan Ahli Jawatankuasa Pelaksana KSKM Peringkat Daerah.Oleh yang demikian,~ADMIN~memohon kerjasama Puan dan semua ahli-ahli KSKM daerah Maran agar bersama-sama Pengerusi Pelaksana Daerah Maran untuk menganjurkan pertemuan seterusnya menjalankan mesyuarat bagi melantik AJK Pelaksana peringkat daerah agar perancangan dan aktiviti yang akan dianjur dan diadakan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan berjaya. Cadangan Puan agar KSKM Negeri dapat menyediakan hebahan tentang KSKM Negeri melalui flyer/surat hebahan seterusnya meletakkan alamat web dan facebook yg bole dikujungi staf makmal utk hebahan maklumat yg lebih up to date sangat2 dihargai dan Insyallah,~ADMIN~akan mengusahakan agar perkara tersebut dilaksanakan.
Begitu juga tentang pautan yang Puan cadangkan untuk ~ADMIN~muatkan di FB dan Blog KSKM Pahang juga merupakan satu cadangan yang sangat baik cuma permasalahan yang timbul adalah setiap Pembantu Makmal yang ingin menjadi ahli perlu juga mengisi Borang Pemotongan Angkasa(BPA).Borang ini tidak boleh di'up-load' dari internet kerana borang BPA mempunyai no siri yang mesti diisikan oleh pemohon dan HANYA BORANG yang ASAL sahaja akan digunapakai bagi tujuan pemotongan gaji.Ini merupakan satu kekangan bagi KSKM Negeri kerana Borang BPA ini perlu diperolehi dari Ibu Pejabat KL setiap kali borang tersebut kehabisan di peringkat cawangan Pahang.Apa yang selalu berlaku adalah,setiap kali PM yang berminat menjadi ahli KSKM membawa pulang borang tersebut ke sekolah masing-masing untuk mendapat tandatangan dari majikan masing-masing maka di sinilah berlakunya 'PEMERAMAN BORANG' atau borang yang tidak dikembalikan kepada Setiausaha KSKM Cawangan Pahang.Perlu diingat kepada semua PM yang ingin menjadi ahli KSKM bahawa setiap borang keahlian yang telah lengkap diisi,perlu dihantar kepada setiausaha KSKM Negeri Pahang terlebih dahulu untuk tujuan penrekodan di peringkat Negeri.Dari S/U Negerilah borang tersebut akan dihantar terus kepada Ibu Pejabat untuk proses kelulusan menjadi ahli dan seterusnya kelulusan pemotongan gaji pada setiap bulan.
Insyallah,~ADMIN~akan menyemak status keahlian 2 orang PM dari sekolah Puan dari Setiausaha Agong KSKM .
Sekian,semoga segala penerangan dan perkongsian ilmu tentang KSKM ini dapat manafaat yang berguna kepada AJK KSKM Negeri Pahang dan seterusnya kepada semua ahli-ahli KSKM Negeri.
Selamat Menyambut Aidil Fitri dan semoga mendapat keredhaan dan keampunan dariNya...Insyallah...
~ADMINKSKMPahang~

Wednesday, August 8, 2012

(SAMBUNGAN)JAWAPAN BERKAITAN ISU KSKM NEGERI PAHANG

 
Assalamualaikum wbt...Puan Suri,maaf kerana terlalu lama untuk ~ADMIN~membalas respon dari Puan tentang KSKM Negeri Pahang.Ini disebabkan kekangan masa yang terlalu padat untuk ~ADMIN~sepanjang Ramadhan ini.Alhamdulillah...

Terdahulu,~ADMIN~mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan kerana banyak memberi pandangan,cadangan dan idea-idea yang bernas untuk KSKM Negeri Pahang aplikasikan di dalam pentadbiran KSKM Negeri.Insyallah,cadangan2 tersebut akan ~ADMIN~ajukan kepada Pengerusi KSKM Negeri Pahang untuk dibawa ke dalam mesyuarat AJK KSKM Negeri.
Puan..dalam objektif penubuhan KESATUAN SEKERJA,Perjuangan adalah motif utama bermula dari barisan kepimpinan sehinggalah kepada ahli-ahli Kesatuan biasa.Setiap ahli dituntut untuk bersama-sama menyumbang tenaga,kewangan dan idea untuk menyuburkan semangat perjuangan kepada seluruh ahli yang berdaftar.Kekuatan sesuatu Kesatuan itu bergantung kepada seramai mana kesatuan tersebut dapat mengumpulkan jumlah ahlinya.Apabila ahli kesatuan ramai maka suara kesatuan itu juga turut menjadi perhatian dari kerajaan.Sebagaicontoh terbaik,kesatuan yang mempunyai ahli yang teramai adalah NUTP...
Sebelum tahun 1997,suara kesatuan sekerja di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam bergerak secara bersendirian.Perjuangan menuntut hak para pekerja digerakkan secara solo di jabatan atau agensi masing-masing.Pergerakkan dan agenda persendirian ini tidak banyak mendatangkan hasil yang baik kepada seluruh penjawat awam.Oleh yang demikian,satu persefakatan antara kesatuan-kesatuan sekerja di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah bersetuju mewujudkamn Kongres Kesatuan Sekerja iaitu dikenali sebagai CUEPACS.Melalui Cuepacs,maka perjuangan seluruh ahli-ahli kesatuan lebih menghasilkan banefit yang terbaik untuk ahli-ahli dimana banyak usaha dan pandangan dari suara Cuepacs didengar dan diberi perhatian yang serius oleh kerajaan selaku majikan kepada penjawat awam.
Perjuangan oleh Kesatuan Sekerja amat berbeza jika dibandingkan dengan Persatuan.Kesatuan sekerja berhak dan boleh memohon apa juga faedah2 yang munasabah kepada setiap ahli dibawahnya manakala Persatuan pula hanya boleh memberikan pandangan dan menjalankan aktiviti persatuan tetapi tidak ada apa-apa hak untuk menuntut sebarang faedah kepada ahli-ahlinya.
Persoalannya sekarang...bagaimana situasinya dengan penjawat awam yang tidak menjadi ahli mana-mana Kesatuan Sekerja?Inilah satu-satunya perkara yang sangat-sangat mendukacitakan kerana perjuangan untuk penjawat awam yang dibawa oleh Cuepacs akan dinikmati oleh seluruh penjawat awam samada yang menjadi ahli ataupun yang tidak menjadi ahli.'Tepuk dada,tanyalah...'
Perkara di atas difokuskan kepada perjuangan CUEPACS sememangnya kita Pembantu Makmal tidak merasakan apa-apapun benefitnya untuk menjadi ahli KSKM kerana keseluruhan perjuangan yang dibawa oleh CUEPACS akan dinikmati oleh seluruh penjawat awam.
Insyallah...~ADMIN~akan menyambung jawapan kepada persoalan Puan...TQ!!

JAWAPAN KEPADA BEBERAPA ISU KSKM PAHANG


Salam..Maaf Puan kerana lambat reply...~ADMIN~mewakili AJK KSKM Pahang ingin memohon maaf dari Puan seandainya perjalanan dan aktiviti yang dilakukan di peringkat KSKM Negeri tidak melibatkan PM di Kolej matrikulasi teknikal Jengka jika dibandingkan dengan ahli Kolej Matrikulasi Gambang.Ini merupakan kelemahan barisan AJK 2011-2013.Utk makluman,KSKM Pahang baru bertukar tampuk kepimpinan yang baru pada sesi 2011-2013.Kepimpinan yang dipimpin oleh Pengerusi yang baru iaitu En.Khairul A'zli Ahmad dan barisan AJK telah sedaya upaya cuba menggerakkan kembali aktiviti kepada semua ahli-ahli KSKM.Sejarah telah membuktikan bahawa KSKM Pahang yang terdahulu agak lesu dengan aktiviti sehinggakan ramai ahli KSKM Pahang telah tekad keluar dari KSKM.Rentetan dari sejarah inilah menyebabkan AJK sekarang terpaksa memikirkan bagaimana untuk berusaha dan membina kembali keyakinan ahli dan juga PM yang masih belum berminat menjadi ahli untuk sama-sama memberi sokongan dan perhatian kepada KSKM dengan menjadi ahli.Usaha bersepadu dan berterusan telah digerakkan bermula dari tahun lepas dan disambung ke tahun ini dan Insyallah akan terus dipacu untuk ke tahun hadapan.Kekerapan semua AJK turun padang ke daerah-daerah bahkan ke sekolah-sekolah juga menampakkan sambutan yang positif dari semua PM.Bukan mudah untuk membina kembali keyakinan ahli mahupun bukan ahli kepada KSKM.Usaha yang gigih,sabar dan bertanggungjawab terhadap amanah yang diletakkan oleh ahli,wajib dilaksanakan.
Puan,senario perjalanan KSKM setiap negeri di Malaysia ini amat berbeza atara satu sama lain.Apa yang ingin~ADMIN~gambarkan kepada Puan adalah senario sebenar di negeri Pahang yang bertuah ini.Bukan niat~ADMIN~untuk membuka pekung di dada dan bukan juga berniat meletakkan kesalahan kepada mana-mana pihak,sekadar untuk perhatian dan pengetahuan kepada Puan dan PM di Kolej Matrikulasi Teknikal,Jengka.Mesyuarat Agong Dwi Tahunan sejak kebelakangan ini(hampir 4 tahun)termasuklah yang terbaru pada tahun lepas sangat-sangat tidak mendapat sambutan dari ahli.Korum mesyuarat hanya sekadar'cukup-cukup makan'.Mesyuarat boleh digambarkan sekadar'melepaskan batuk ditangga'.Tiada maklumat kepada ahli,kurang promosi KSKM kepada ahli dan bukan ahli,kepimpinan jarang turun ke padang bertemu dan berjumpa ahli untuk mengenal-pasti permasalahan ahli dan sebagainya.Inilah yang menyebabkan ahli begitu kecewa sehingga ramai yang bertindak keluar dari KSKM.
Sehubungan dengan itu,barisan AJK KSKM Pahang yang baru dilantik ini telah mengorak langkah yang drastik dan positif ke arah menangani semua permasalahan yang ada di dalam KSKM Negeri Pahang.Ini realiti sebenar Puan.~ADMIN~bukan bermaksud untuk'mengangkat bakul sendiri'.Bermula dari selepas pengiraan undian Pengerusi KSKM Pahang diumumkan di Ibu Pejabat KSKM,Time Square,K.Lumpur,Satu mesyuarat AJK yang baru telah dijalankan.Banyak program dan aktiviti yang telah dirancang dan Alhamdulillah,setakat ini telah terbukti AJK KSKM yang baru ini telah menggerakkan KSKM Pahang yang dahulunya agak lesu kepada KSKM yang aktif.Pelbagai alternatif dan medium digunakan untuk memberi maklumat, informasi,permasalahan ahli/bukan ahli disalurkan terus kepada KSKM melalui kewujudan Facebook dan Blog KSKM Negeri Pahang.Usaha berterusan dan komitmen dari semua AJK dan Wakil-wakil KSKM Daerah juga sangat baik.Banyak kursus,mesyuarat dan aktiviti yang telah dilaksanakan dan akan dilaksanakan khusus kepada HANYA AHLI-AHLI KSKM.Fokus hanya diberi kepada AHLI kerana sumbangan ahli kepada KSKM Negeri semestinya dikembalikan manafaat dan keuntungannya kepada ahli sahaja. 
Puan,~ADMIN~ memohon kemaafan sekali lagi kepada Puan kerana AJK'terlepas pandang' kepada PM di Kolej Matrikulasi Teknikal,Jengka.Terdapat 2 orang AHLI KSKM di Kolej Puan iaitu Puan sendiri: Suriwati binti Jaafar-no ahli 5468 dan Puan Noraini binti Zakaria-no ahli 4381.Terima kasih juga diucapkan kepada Puan kerana keprihatinan Puan menyedarkan barisan KSKM Negeri tentang keahlian PM di Kolej Puan.Insyallah~ADMIN~akan mengangkat permasalahan Puan di dalam mesyuarat AJK KSKM Negeri yang akan datang dan akan mengambil perhatian yang serius untuk AJK sama-sama memikirkan bagaimana untuk melibatkan ahli-ahli di Kolej Matrikulasi.Untuk makluman Puan,semasa KSKM Pahang mengadakan kursus usahasama Giat Mara Malaysia,ahli KSKM di Kolej Matrikulasi Gambang turut tersenarai sebagai peserta kursus tersebut.
Menjawab persoalan Puan,senarai nama semua PM di Pahang sememangnya ada pada S/U KSKM Pahang namun senarai tersebut tidak lengkap dan tidak berapa di'up-date' kerana pergerakkan PM di seluruh Pahang ini akan berubah-ubah apabila ada pertukaran terutama proses pertukaran telah berlaku sebanyak 4 kali setahun.Senarai dari JPN masih tidak termasuk PM yang berada di Sek berasrama Penuh(SBP),Sek Berasrama Penuh Integrasi(SBPI),Kolej Matrikulasi dan PM di bawah KPM.Senarai JPN juga tidak termasuk nama Pengerusi KSKM Negeri,En.Khairul A'zli Ahmad.~ADMIN~mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan kerana telah memberi cadangan yang baik untuk mendapatkan senarai nama PM di KPM.Cadangan tersebut akan dipanjang kepada S/U Negeri.Puan,semasa kunjungan mesra barisan AJK Pahang ke JPN baru-baru ini,KSKM memohon agar JPN dapat bekerjasama dengan KSKM dalam menentukan modul yang perlu kepada PM,KSKM juga memohon agar pihak JPN dapat memberikan tugas dalam pemilihan peserta kursus kepada KSKM Negeri agar tidak terdapat peserta kursus \yang telah berulang kali mendapat peluang kursus sedangkan ramai lagi PM yang tidak pernah mengikuti kursus anjuran JPN.KSKM juga akan mengutamakan ahli KSKM untuk mendapatkan kursus-kursus anjuran JPN.Cadangan KSKM diterima dan akan dilaksanakan pada tahun hadapan oleh Sektor Perkhidmatan dan Pengurusan.
KSKM juga mencadangkan agar semua PM di bawah KPM dilibatkan sama didalam kursus anjuran JPN.Cadangan ini akan dipertimbangkan atas alasan bajet yang diturunkan kepada JPN seharusnya digunakan kepada PM yang berada di JPN dan PM di bawah JPN terlalu ramai dan masih juga ramai yang tidak dapat mengikuti kursus anjuran JPN.Insyallah,~ADMIN~difahamkan oleh Pengerusi KSKM Negeri bahawa beliau akan membawa isu ini ketika Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan nanti.Ini antara punca kenapa dan mengapa KSKM Pahang telah mengorak langkah melaksanakan beberapa sesi kursus usahasama jabatan-jabatan lain agar masalah ahli-ahli KSKM Pahang yang tidak berpeluang mengikuti kursus anjuran JPN akan dapat mengikuti kursus anjuran KSKM dengan kerjasama JPN@PPD bersama jabatan-jabatan lain.Hanya AHLI-AHLI KSKM diutamakan.
Ketika mesyuarat KSKM daerah Maran di SMK Jengka 16 lalu,untuk makluman Puan,En.Khairul A'zli Ahmad masih lagi tidak menyandang amanah Pengerusi KSKM Negeri Pahang.~ADMIN~difahamkan bahawa program tersebut dianjurkan oleh ahli yang bertanding di dalam pemilihan AJK Tertinggi KSKM Pahang dengan kerjasama PPD Maran.Mohon kemaafan Puan,kerana ketika situasi tersebut berlaku,AJK yang baru ini tidak terlibat dan KSKM Pahang masih lagi tiada diisi dengan barisan AJK KSKM sesi 2011-2013.
Insyallah Puan,sehingga ke saat ~ADMIN~menaip ini,Barisan AJK KSKM Pahang telah turun padang bertemu ahli-ahli KSKM diperingkat daerah di negeri Pahang.Bermula dengan aktiviti di daerah Raub bersama Giat Mara Malaysia,diikuti dengan daerah Jerantut,Maran.Pekan dan Rompin.Begitu juga mesyuarat perlantikan AJK Pelaksana diperingkat daerah dengan bermula di daerah K.Lipis,Raub,Kuantan dan Jerantut.Bag aktiviti peringkat daerah pula,iDaerah Raub dan Temerloh telah memulakan kursus bersama Kolej KOmuniti dengan bajet diturunkan dari KSKM Negeri.Semua ahli yang berdaftar sebagai ahli sahaja yang dipanggil mengikuti kursus tersebut.Insyallah,selepas sambutan hari raya ini nanti,KSKM Negeri Pahang akan terus melaksanakan apa yang dirancang dan semoga mendapat keizinan dariNya.~ADMIN~memohon kemaafan dari Puan dan Pn.Noraini Zakaria kerana nama-nam Puan berdua tidak dilibatkan didalam program yang dianjurkan.Insyallah Puan, selepas ~ADMIN~menerima maklumat dari Puan ini,~ADMIN~akan pastikan Puan berdua akan terlibat sama di dalam program yang akan diadakan nanti.
Bagi menjawab sumber maklumat kurang diperolehi oleh ahli,cadangan dari Puan agar buletin diwujudkan diperingkat negeri sememang amat bernas.~ADMIN~difahamkan bahawa di dalam mesyuarat AJK KSKM lalu,mesyuarat telah bersetuju untuk menerbitkan buletin bagi semua maklumat sepanjang sesi 2011-2013.Ini disebabkan kos menerbitkan buletin tersebut secara berkala atau kekerapan yang tinggi melibatkan kos juga tinggi.Sebagai alternatif kepada kekurangan sumber maklumat KSKM Pahang,AJK KSKM Pahang telah melantik Pengerusi KSKM Pahang merangkap Ketua Biro Multimedia KSKM Pahang.~ADMIN~tekah diamanahkan oleh Pengerusi Pahang agar sentiasa meng'up-date'segala aktiviti dan maklumat yang diperolehi samada di peringkat KPM,JPN mahupun KSKM Pusat.Besarlah harapan ~ADMIN~agar semua ahli mahupun bukan ahli KSKM Pahang dapat memperolehi maklumat dengan cara mengekses Laman Blog KSKM mahupun Facebook KSKM.
~ADMIN~merayu kepada Puan agar terus aktif di dalam KSKM dan jika tiada halangan di pihak Puan,~ADMIN~mencadangkan agar Puan kembali aktif di dalam KSKM Negeri Pahang dengan menawarkan diri untuk memegang amanah di dalam AJK KSKM Negeri Pahang sebagaimana Puan aktif ketika di Wilayah.Sumbangan idea,pencerahan minda dan tenaga Puan sangat-sangat diharapkan oleh KSKM Negeri bagi meningkatkan prestasi KSKM Pahang di Malaysia.Puan juga diharap agar bersama-sama Wakil KSKM daerah Maran untuk terus menggerakkan aktiviti diperingkat daerah Maran.Begitu juga harapan~ADMIN~agar Puan dapat menjemput dan mempersilakan rakan PM di Kolej Puan yang masih belum menjadi ahli supaya bersama-sama mendaftar sebagai ahli.Borang keahlian boleh diperolehi dari ~ADMIN~ dengan cara ~ADMIN~poskan kepada Puan.
Sekian,semoga segala jawapan ~ADMIN~ini akan dapat menepati apa yang Puan harapkan.Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak,Terima Kasih...
~ADMINKSKMPahang~