Wednesday, August 8, 2012

JAWAPAN KEPADA BEBERAPA ISU KSKM PAHANG


Salam..Maaf Puan kerana lambat reply...~ADMIN~mewakili AJK KSKM Pahang ingin memohon maaf dari Puan seandainya perjalanan dan aktiviti yang dilakukan di peringkat KSKM Negeri tidak melibatkan PM di Kolej matrikulasi teknikal Jengka jika dibandingkan dengan ahli Kolej Matrikulasi Gambang.Ini merupakan kelemahan barisan AJK 2011-2013.Utk makluman,KSKM Pahang baru bertukar tampuk kepimpinan yang baru pada sesi 2011-2013.Kepimpinan yang dipimpin oleh Pengerusi yang baru iaitu En.Khairul A'zli Ahmad dan barisan AJK telah sedaya upaya cuba menggerakkan kembali aktiviti kepada semua ahli-ahli KSKM.Sejarah telah membuktikan bahawa KSKM Pahang yang terdahulu agak lesu dengan aktiviti sehinggakan ramai ahli KSKM Pahang telah tekad keluar dari KSKM.Rentetan dari sejarah inilah menyebabkan AJK sekarang terpaksa memikirkan bagaimana untuk berusaha dan membina kembali keyakinan ahli dan juga PM yang masih belum berminat menjadi ahli untuk sama-sama memberi sokongan dan perhatian kepada KSKM dengan menjadi ahli.Usaha bersepadu dan berterusan telah digerakkan bermula dari tahun lepas dan disambung ke tahun ini dan Insyallah akan terus dipacu untuk ke tahun hadapan.Kekerapan semua AJK turun padang ke daerah-daerah bahkan ke sekolah-sekolah juga menampakkan sambutan yang positif dari semua PM.Bukan mudah untuk membina kembali keyakinan ahli mahupun bukan ahli kepada KSKM.Usaha yang gigih,sabar dan bertanggungjawab terhadap amanah yang diletakkan oleh ahli,wajib dilaksanakan.
Puan,senario perjalanan KSKM setiap negeri di Malaysia ini amat berbeza atara satu sama lain.Apa yang ingin~ADMIN~gambarkan kepada Puan adalah senario sebenar di negeri Pahang yang bertuah ini.Bukan niat~ADMIN~untuk membuka pekung di dada dan bukan juga berniat meletakkan kesalahan kepada mana-mana pihak,sekadar untuk perhatian dan pengetahuan kepada Puan dan PM di Kolej Matrikulasi Teknikal,Jengka.Mesyuarat Agong Dwi Tahunan sejak kebelakangan ini(hampir 4 tahun)termasuklah yang terbaru pada tahun lepas sangat-sangat tidak mendapat sambutan dari ahli.Korum mesyuarat hanya sekadar'cukup-cukup makan'.Mesyuarat boleh digambarkan sekadar'melepaskan batuk ditangga'.Tiada maklumat kepada ahli,kurang promosi KSKM kepada ahli dan bukan ahli,kepimpinan jarang turun ke padang bertemu dan berjumpa ahli untuk mengenal-pasti permasalahan ahli dan sebagainya.Inilah yang menyebabkan ahli begitu kecewa sehingga ramai yang bertindak keluar dari KSKM.
Sehubungan dengan itu,barisan AJK KSKM Pahang yang baru dilantik ini telah mengorak langkah yang drastik dan positif ke arah menangani semua permasalahan yang ada di dalam KSKM Negeri Pahang.Ini realiti sebenar Puan.~ADMIN~bukan bermaksud untuk'mengangkat bakul sendiri'.Bermula dari selepas pengiraan undian Pengerusi KSKM Pahang diumumkan di Ibu Pejabat KSKM,Time Square,K.Lumpur,Satu mesyuarat AJK yang baru telah dijalankan.Banyak program dan aktiviti yang telah dirancang dan Alhamdulillah,setakat ini telah terbukti AJK KSKM yang baru ini telah menggerakkan KSKM Pahang yang dahulunya agak lesu kepada KSKM yang aktif.Pelbagai alternatif dan medium digunakan untuk memberi maklumat, informasi,permasalahan ahli/bukan ahli disalurkan terus kepada KSKM melalui kewujudan Facebook dan Blog KSKM Negeri Pahang.Usaha berterusan dan komitmen dari semua AJK dan Wakil-wakil KSKM Daerah juga sangat baik.Banyak kursus,mesyuarat dan aktiviti yang telah dilaksanakan dan akan dilaksanakan khusus kepada HANYA AHLI-AHLI KSKM.Fokus hanya diberi kepada AHLI kerana sumbangan ahli kepada KSKM Negeri semestinya dikembalikan manafaat dan keuntungannya kepada ahli sahaja. 
Puan,~ADMIN~ memohon kemaafan sekali lagi kepada Puan kerana AJK'terlepas pandang' kepada PM di Kolej Matrikulasi Teknikal,Jengka.Terdapat 2 orang AHLI KSKM di Kolej Puan iaitu Puan sendiri: Suriwati binti Jaafar-no ahli 5468 dan Puan Noraini binti Zakaria-no ahli 4381.Terima kasih juga diucapkan kepada Puan kerana keprihatinan Puan menyedarkan barisan KSKM Negeri tentang keahlian PM di Kolej Puan.Insyallah~ADMIN~akan mengangkat permasalahan Puan di dalam mesyuarat AJK KSKM Negeri yang akan datang dan akan mengambil perhatian yang serius untuk AJK sama-sama memikirkan bagaimana untuk melibatkan ahli-ahli di Kolej Matrikulasi.Untuk makluman Puan,semasa KSKM Pahang mengadakan kursus usahasama Giat Mara Malaysia,ahli KSKM di Kolej Matrikulasi Gambang turut tersenarai sebagai peserta kursus tersebut.
Menjawab persoalan Puan,senarai nama semua PM di Pahang sememangnya ada pada S/U KSKM Pahang namun senarai tersebut tidak lengkap dan tidak berapa di'up-date' kerana pergerakkan PM di seluruh Pahang ini akan berubah-ubah apabila ada pertukaran terutama proses pertukaran telah berlaku sebanyak 4 kali setahun.Senarai dari JPN masih tidak termasuk PM yang berada di Sek berasrama Penuh(SBP),Sek Berasrama Penuh Integrasi(SBPI),Kolej Matrikulasi dan PM di bawah KPM.Senarai JPN juga tidak termasuk nama Pengerusi KSKM Negeri,En.Khairul A'zli Ahmad.~ADMIN~mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan kerana telah memberi cadangan yang baik untuk mendapatkan senarai nama PM di KPM.Cadangan tersebut akan dipanjang kepada S/U Negeri.Puan,semasa kunjungan mesra barisan AJK Pahang ke JPN baru-baru ini,KSKM memohon agar JPN dapat bekerjasama dengan KSKM dalam menentukan modul yang perlu kepada PM,KSKM juga memohon agar pihak JPN dapat memberikan tugas dalam pemilihan peserta kursus kepada KSKM Negeri agar tidak terdapat peserta kursus \yang telah berulang kali mendapat peluang kursus sedangkan ramai lagi PM yang tidak pernah mengikuti kursus anjuran JPN.KSKM juga akan mengutamakan ahli KSKM untuk mendapatkan kursus-kursus anjuran JPN.Cadangan KSKM diterima dan akan dilaksanakan pada tahun hadapan oleh Sektor Perkhidmatan dan Pengurusan.
KSKM juga mencadangkan agar semua PM di bawah KPM dilibatkan sama didalam kursus anjuran JPN.Cadangan ini akan dipertimbangkan atas alasan bajet yang diturunkan kepada JPN seharusnya digunakan kepada PM yang berada di JPN dan PM di bawah JPN terlalu ramai dan masih juga ramai yang tidak dapat mengikuti kursus anjuran JPN.Insyallah,~ADMIN~difahamkan oleh Pengerusi KSKM Negeri bahawa beliau akan membawa isu ini ketika Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan nanti.Ini antara punca kenapa dan mengapa KSKM Pahang telah mengorak langkah melaksanakan beberapa sesi kursus usahasama jabatan-jabatan lain agar masalah ahli-ahli KSKM Pahang yang tidak berpeluang mengikuti kursus anjuran JPN akan dapat mengikuti kursus anjuran KSKM dengan kerjasama JPN@PPD bersama jabatan-jabatan lain.Hanya AHLI-AHLI KSKM diutamakan.
Ketika mesyuarat KSKM daerah Maran di SMK Jengka 16 lalu,untuk makluman Puan,En.Khairul A'zli Ahmad masih lagi tidak menyandang amanah Pengerusi KSKM Negeri Pahang.~ADMIN~difahamkan bahawa program tersebut dianjurkan oleh ahli yang bertanding di dalam pemilihan AJK Tertinggi KSKM Pahang dengan kerjasama PPD Maran.Mohon kemaafan Puan,kerana ketika situasi tersebut berlaku,AJK yang baru ini tidak terlibat dan KSKM Pahang masih lagi tiada diisi dengan barisan AJK KSKM sesi 2011-2013.
Insyallah Puan,sehingga ke saat ~ADMIN~menaip ini,Barisan AJK KSKM Pahang telah turun padang bertemu ahli-ahli KSKM diperingkat daerah di negeri Pahang.Bermula dengan aktiviti di daerah Raub bersama Giat Mara Malaysia,diikuti dengan daerah Jerantut,Maran.Pekan dan Rompin.Begitu juga mesyuarat perlantikan AJK Pelaksana diperingkat daerah dengan bermula di daerah K.Lipis,Raub,Kuantan dan Jerantut.Bag aktiviti peringkat daerah pula,iDaerah Raub dan Temerloh telah memulakan kursus bersama Kolej KOmuniti dengan bajet diturunkan dari KSKM Negeri.Semua ahli yang berdaftar sebagai ahli sahaja yang dipanggil mengikuti kursus tersebut.Insyallah,selepas sambutan hari raya ini nanti,KSKM Negeri Pahang akan terus melaksanakan apa yang dirancang dan semoga mendapat keizinan dariNya.~ADMIN~memohon kemaafan dari Puan dan Pn.Noraini Zakaria kerana nama-nam Puan berdua tidak dilibatkan didalam program yang dianjurkan.Insyallah Puan, selepas ~ADMIN~menerima maklumat dari Puan ini,~ADMIN~akan pastikan Puan berdua akan terlibat sama di dalam program yang akan diadakan nanti.
Bagi menjawab sumber maklumat kurang diperolehi oleh ahli,cadangan dari Puan agar buletin diwujudkan diperingkat negeri sememang amat bernas.~ADMIN~difahamkan bahawa di dalam mesyuarat AJK KSKM lalu,mesyuarat telah bersetuju untuk menerbitkan buletin bagi semua maklumat sepanjang sesi 2011-2013.Ini disebabkan kos menerbitkan buletin tersebut secara berkala atau kekerapan yang tinggi melibatkan kos juga tinggi.Sebagai alternatif kepada kekurangan sumber maklumat KSKM Pahang,AJK KSKM Pahang telah melantik Pengerusi KSKM Pahang merangkap Ketua Biro Multimedia KSKM Pahang.~ADMIN~tekah diamanahkan oleh Pengerusi Pahang agar sentiasa meng'up-date'segala aktiviti dan maklumat yang diperolehi samada di peringkat KPM,JPN mahupun KSKM Pusat.Besarlah harapan ~ADMIN~agar semua ahli mahupun bukan ahli KSKM Pahang dapat memperolehi maklumat dengan cara mengekses Laman Blog KSKM mahupun Facebook KSKM.
~ADMIN~merayu kepada Puan agar terus aktif di dalam KSKM dan jika tiada halangan di pihak Puan,~ADMIN~mencadangkan agar Puan kembali aktif di dalam KSKM Negeri Pahang dengan menawarkan diri untuk memegang amanah di dalam AJK KSKM Negeri Pahang sebagaimana Puan aktif ketika di Wilayah.Sumbangan idea,pencerahan minda dan tenaga Puan sangat-sangat diharapkan oleh KSKM Negeri bagi meningkatkan prestasi KSKM Pahang di Malaysia.Puan juga diharap agar bersama-sama Wakil KSKM daerah Maran untuk terus menggerakkan aktiviti diperingkat daerah Maran.Begitu juga harapan~ADMIN~agar Puan dapat menjemput dan mempersilakan rakan PM di Kolej Puan yang masih belum menjadi ahli supaya bersama-sama mendaftar sebagai ahli.Borang keahlian boleh diperolehi dari ~ADMIN~ dengan cara ~ADMIN~poskan kepada Puan.
Sekian,semoga segala jawapan ~ADMIN~ini akan dapat menepati apa yang Puan harapkan.Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak,Terima Kasih...
~ADMINKSKMPahang~

No comments:

Post a Comment