Thursday, August 9, 2012

(SAMBUNGAN) JAWAPAN BERKAITAN ISU KSKM NEGERI PAHANG


Assalamualaikum wbt...
Puan,terima kasih kerana terus memberikan sokongan yang padu kepada KSKM Negeri Pahang.Terima kasih juga kerana akan terus menjadi ahli KSKM sehingga ke pencen.
Untuk makluman Puan,Ahli Jawatankuasa KSKM Negeri Pahang mengadakan mesyuarat AJK Negeri secara berkala iaitu 3-4 bulan sekali bergantung kepada keperluan semasa.Mesyuarat KSKM Negeri biasanya akan dilaksanakan di daerah Temerloh iaitu di SMK Temerloh.Ironinya Mesyuarat AJK tersebut diadakan di SMK Temerloh adalah kerana kebanyakkan AJK adalah terdiri daripada PM di daerah Temerloh.Hanya Pengerusi KSKM Pahang,En.Khairul A'zli Ahmad dan AJK merangkap Exco Unit Latihan,Puan Siti Hafizah yang bertugas di daerah Raub.AJK KSKM Negeri Pahang terdiri daripada:
1.Pengerusi - En.Khairul A'zli Ahmad(SM Sains Tg Abdullah Raub)
2.S/Usaha - En.Mohd Lotfan Abdul Aziz(SMK Kerdau,T'loh)
3.Bendahari - Pn.Rogayah Othman (SMK Temerloh)
AJK:
1.En.Ahmad bin Rahim (SMK Mentakab)
2.Pn.Norhana Haron (SMK Mengkarak)
3.Pn.Maslina Amriem (SMK Abu Bakar,T'loh)
4.Pn.Siti Hafizah Abd Karim (SMK Tg Kudin)
5.Pn.Norfaizura Ismail (SMK Temerloh)
Penjimatan kos elaun mesyuarat AJK KSKM juga menjadi tujuan utama kenapa mesyuarat AJK KSKM Negeri di adakan di daerah Temerloh.Wang caruman ahli KSKM Negeri seharusnya disalurkan kembali kepada semua ahli-ahli yang mencarum dalam bentuk penganjuran kursus,seminar,bengkel dan sebagainya.
Bagi daerah Maran pula,Mesyuarat telah melantik dan dipersetujui oleh ahli-ahli KSKM yang hadir di dalam Mesyuarat Agong Dwi Tahunan peringkat Cawangan Pahang pada tahun 2011 iaitu En.Abd Halim bin Abd Manaf (SMK Maran).~ADMIN~difahamkan bahawa daerah Maran masih lagi belum menubuhkan Ahli Jawatankuasa Pelaksana KSKM Peringkat Daerah.Oleh yang demikian,~ADMIN~memohon kerjasama Puan dan semua ahli-ahli KSKM daerah Maran agar bersama-sama Pengerusi Pelaksana Daerah Maran untuk menganjurkan pertemuan seterusnya menjalankan mesyuarat bagi melantik AJK Pelaksana peringkat daerah agar perancangan dan aktiviti yang akan dianjur dan diadakan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan berjaya. Cadangan Puan agar KSKM Negeri dapat menyediakan hebahan tentang KSKM Negeri melalui flyer/surat hebahan seterusnya meletakkan alamat web dan facebook yg bole dikujungi staf makmal utk hebahan maklumat yg lebih up to date sangat2 dihargai dan Insyallah,~ADMIN~akan mengusahakan agar perkara tersebut dilaksanakan.
Begitu juga tentang pautan yang Puan cadangkan untuk ~ADMIN~muatkan di FB dan Blog KSKM Pahang juga merupakan satu cadangan yang sangat baik cuma permasalahan yang timbul adalah setiap Pembantu Makmal yang ingin menjadi ahli perlu juga mengisi Borang Pemotongan Angkasa(BPA).Borang ini tidak boleh di'up-load' dari internet kerana borang BPA mempunyai no siri yang mesti diisikan oleh pemohon dan HANYA BORANG yang ASAL sahaja akan digunapakai bagi tujuan pemotongan gaji.Ini merupakan satu kekangan bagi KSKM Negeri kerana Borang BPA ini perlu diperolehi dari Ibu Pejabat KL setiap kali borang tersebut kehabisan di peringkat cawangan Pahang.Apa yang selalu berlaku adalah,setiap kali PM yang berminat menjadi ahli KSKM membawa pulang borang tersebut ke sekolah masing-masing untuk mendapat tandatangan dari majikan masing-masing maka di sinilah berlakunya 'PEMERAMAN BORANG' atau borang yang tidak dikembalikan kepada Setiausaha KSKM Cawangan Pahang.Perlu diingat kepada semua PM yang ingin menjadi ahli KSKM bahawa setiap borang keahlian yang telah lengkap diisi,perlu dihantar kepada setiausaha KSKM Negeri Pahang terlebih dahulu untuk tujuan penrekodan di peringkat Negeri.Dari S/U Negerilah borang tersebut akan dihantar terus kepada Ibu Pejabat untuk proses kelulusan menjadi ahli dan seterusnya kelulusan pemotongan gaji pada setiap bulan.
Insyallah,~ADMIN~akan menyemak status keahlian 2 orang PM dari sekolah Puan dari Setiausaha Agong KSKM .
Sekian,semoga segala penerangan dan perkongsian ilmu tentang KSKM ini dapat manafaat yang berguna kepada AJK KSKM Negeri Pahang dan seterusnya kepada semua ahli-ahli KSKM Negeri.
Selamat Menyambut Aidil Fitri dan semoga mendapat keredhaan dan keampunan dariNya...Insyallah...
~ADMINKSKMPahang~

No comments:

Post a Comment