Friday, October 4, 2013

RESPON : PERSOALAN BAKAL AHLI KSKM TENTANG MANAFAAT MENJADI AHLI KSKM

KSKM NEGERI PAHANG


Assalamualaikum wbt...
~ADMIN~ ingin berkongsi persoalan daripada bakal ahli berkaitan ketidakpastian manafaat untuk menjadi ahli KSKM. Terima kasih kepada Pembantu Makmal tersebut kerana menggunakan saluran yang tepat dalam merungkai permasalahan beliau dan ~ADMIN~ pasti terdapat Pembantu Makmal yang lain juga mengalaminya.
Berikut,~ADMIN~'copy & paste' private message dari bakal ahli tersebut.

  • salam...sy sampai skrg I x daftr lg ahli kskm...
    sb ade byk cite2 blkng yg ckp klau dftr pn kskm akn pilih bulu utk g mne2 aktiviti
    btol ke?
    sy xnk la sia2 je gaji potong tp xde penglibatan pn..
    yky jgk
    *tkt jgk
  • Kskm Negeri Pahang
    Kskm Negeri Pahang

    Wslm...kenapa begitu jauh benar persepsi Pn terhadap KSKM.Dlm kesatuan@persatuan,kebanyakkan org luar (bukan ahli-terutama PM lama)begitu -ve terhadap kskm sehingga sanggup mempengaruhi org lain/PM lantikan baru terutama di sekolah dimana mereka berkhidmat dgn persepsi yg begitu buruk sekali. Situasi sebegini telah seringkali kedengan oleh~ADMIN~ terutama sebelum sesi 2011-2013 lalu. Tidak dinafikan,ketika itu keadaan dan situasi KSKM Negeri Pahang ibarat hidup segan mati x mahu, namun persepsi tersebut telah semakin berkurangan selepas sesi 2011-2013 dimana AJK KSKM Negeri Pahang yang baru dilantik ketika itu telah melakukan satu lonjakan dan transformasi secara besar-besaran dengan pelbagai program dan aktiviti telah dijalankan terutama kempen-kempen untuk menjadi ahli terfokus kepada PM yang masih selesa berada diluar dari KSKM. Alhamdulillah,sanbutan terhadap kempen tersebut menunjukkan rangking yang sangat memberangsangkan. Jika sebelum 2011 lalu,ahli KSKM Pahang hanya 268 org namun dari bancian terbaru, ahli kskm Pahang telah meningkat kepada 533 orang. Ini membuktikan bahawa era kepimpinan AJK KSKM Negeri Pahang yg baru ini telah berjaya menyakinkan kembali PM2 di negeri Pahang ini bahawa Kesatuan yang selama ini sejuk dan kaku tetap boleh kembali aktif dgn pelbagai program khusus untuk semua ahli KSKM. Pandangan -ve dari PM di Pahang ini tetap ada terutama PM yang telah lama berkhidmat dan mempunyai pelbagai pengalaman didlm perkhidmatan dan kesatuan.Pasti ada alasan dan sebab-musabab kenapa mereka tidak ingin menyertai KSKM walhal KSKM Pahang sekarang merupakan antara KSKM yg teraktif di Malaysia.Sepatutnya Puan berasa bangga untuk sama-sama bergandingan tangan bersama AJK KSKM Pahang sesi 2013-2015 ini. Menjawab persoalan yg Puan lontarkan berkenaan dengan pilih bulu utk g mne2 aktiviti. Di sini ~ADMIN~ ingin tegaskan dan menafikan cite2 blkng yg Puan dengari itu. KSKM Pahang ada mewujudkan unit latihan dan sumber manusia yang dikawal selia oleh 2 org ajk kskm negeri. Pengerusi KSKM Pahang sentiasa mengingatkan unit ini agar mempastikan hanya ahli kskm shj yg diberikan peluang untuk mengikuti program yg dianjurkan oleh kskm dan harus mempastikan bahawa setiap program yg dijalankan mesti melibatkan ahli-ahli yg berbeza agar matlamat mendedahkan setiap ahli dengan aktiviti/program,akan berhasil. Jika terdapat ahli yg dipanggil menghadiri kursus@program melebihi 2 kali, itu merupakan kes yang terpencil dan kemiungkinan terlepas pandang di unit latihan namun~ADMIN~ boleh memberi jaminan bahawa perkara tersebut tidak akan berlaku..Insyallah. Jadi,disini~ADMIN~ ingin menegaskan sekali lagi bahawa tiada istilah pilih bulu di dalam penglibatan ahli di dalam sebarang aktiviti anjuran kskm. Jika program yang dianjurkan sendiri oleh pihak Kementerian @ JPNP tanpa merujuk kepada KSKM maka perkara tersebut adalah diluar bidangkuasa AJK KSKM. Jika Puan lihat dari pandangan yang lebih besar,pemotongan gaji ahli kerana penglibatannya bersama kskm adalah bukannya sia2. Ini dibuktikan bahawa setiap ringgit yang dipotong untuk KSKM(Pusat=rm3 dan Pahang=RM2) akan disalurkan kepada CUEPACS mengikut perkepala ahli setiap kesatuan yang bergabung denganya. Oleh yang demikian,setiap apa juga perjuangan yang dibawa oleh Ceupacs samada bonus,gaji,kenaikan pangkat,tidak bersutuju dengan sistem yang menindas(SBPA) dan pelbagai masalah lagi adalah merupakan perjuangan yang kita sama-sama perjuangkan dan seharusnya PM yang tidak menjadi ahli KSKM berasa malu apabila mendapat pelbagai ganjaran daripada kerajaan. Jangan kita menilai sesuatu itu hanya dari luaran sahaja namun kita harus menilainya sehingga keakar umbi agar kita tidak tertipu dengan sebarang dakyah yang dilontarkan terutama mereka-mereka yang begitu selesa berada di luar KSKM. Insyallah Puan,jika Puan menjadi ahli KSKM Pahang,duit potongan ahli tersebut tidak akan tersia2 begitu sahaja kerana dengan sumbangan kita sebanyak RM5 sebulan x 12 bulan = rm60 itu memungkinkan kita menikmati bonus pada setiap tahun sekurang-kurangnya sebulan gaji.Adakah ini tidak berbaloi dengan apa yang kita sumbangkan kepada sebuah gabungan (Cuepacs) yang mewakili kita untuk mendapatkan manafaat yg maksimum kepada kita? Memang benar apa yang dikatakan oleh PM diluar sana,jika kita tidak menjadi ahli,kita juga dapat merasa apa yang orang lain rasa namun kemanisan dan pengorbanan yang kita lalukan itu adalah lebih bermakna dan mendapat keberkatan dengan sumbangan kita selama ini. Semoga sedikit sumbangan tersebut akan mendapat balasannya nanti diakhirat. Janganlah kita menjadi PARASIT...hanya menumpang penat lelah dan hasil usaha orang lain untuk kepentingan diri sendiri. Puan,insyalllah~ADMIN~ sangat2 bersetuju dengan cara dan kaedah yang Puan gunakan untuk mendapatkan penjelasan diatas kekeliruan Puan selama ini terhadap KSKM. Puan harus berkongsi masalah bersama KSKM Pahang.~ADMIN~ dan AJK KSKM Pahang sentiasa bersedia untuk membantu semua ahli terhadap apa juga permasalahan yang melibatkan persekitaran tempat kerja dan sebagainya selain dari masalah peribadi selagi permasalahan tersebut di bawah bidang kuasa KSKM Pahang. ~ADMIN~ sangat2 mengalu-alukan kehadiran dan penyertaan Puan di dalam KSKM Pahang dan bersegeralah untuk bertindak memohon menjadi ahli. Marilah kita bersama-sama menjadi sebahagian daripada mereka-mereka yang ikhlas berjuang untuk mengangkat dan memartabatkan profesion kita selaku Pembantu Makmal. Jika terdapat ahli yang merasakan mereka selalu tidak tersenarai atau tidak dilibatkan di dalam aktivit KSKM,harap dapat membuat aduan terus kepada Pengerusi KSKM Negeri Pahang;En.Khairul A'zli Hj Ahmad melalui talian 019-9161514 @ 017-9394951(mxs). Puan,Insyallah,jika diberikan kelapangan ~ADMIN~ akan memberi pencerahan terhadap isu2 atau permasalahan PM di Pahang yang diangkat terus ke JPNPahang untuk dikongsikan bersama. Begitu juga apa yang dilakukan oleh KSKM Pusat(KL) dalam merencana sesuatu perkara ke pihak KPM. Akhir kata,~ADMIN~ memohon kemaafan sekiranya apa yang dicoretkan dilaman FB ini akan membuat Puan berkecil hati. Tiada niat yang tersurat dan tersirat untuk berbuat demikian kerana sesuatu yg baik itu datangnya dari Allah manakala perkara yang jahil,buruk dan diluar batas susila itu adalah kelemahan diri ~ADMIN~ sendiri. Semoga Puan dapat berkongsi info ini bersama-sama PM yg masih belum menjadi ahli KSKM. Sekian,terima kasih... ~ADMINKSKMPahang~
    • terima kasih atas penerangan yang panjang lebar dari pihak admin...sy akan forward msg admin pada kawan2 PM yang tidak menjadi ahli...terpulang pada mereka menilai kepentingan menjadi ahli KSKM Pahang...
    • Kskm Negeri Pahang
      Kskm Negeri Pahang

      Terima kasih Puan semoga Puan akan menjadi sebahagian daripada pejuang-pejuang tulen dan menjadi sebahagian daripada sejarah perjuangan untuk diabadikan oleh Pembantu Makmal yang akan datang... ~ADMIN~ ingin meminta izin daripada Puan untuk 'copy n paste' soalan dari Puan dan jawapan yang ~ADMIN~ berikan di FB ini untuk ditampal di Laman Blog KSKM Pahang,namun identiti Puan akan dirahsiakan. Semoga mendapat persetujuan daripada Puan...Sekian,terima kasih... ~ADMINKSKMPahang~

      • Klau utk kebaikan semua silakn...dan terima ksh kerana merhsiakn...[τ̲̅н̲̅a̲̅nκ̲̅ ч̲̅o̲̅u̲̅]

No comments:

Post a Comment