Friday, October 18, 2013

USUL KSKM NEGERI PAHANG YANG AKAN DIBANGKITKAN DI DALAM MESYUARAT 'MBJ' BIL 3 TAHUN 2013



KSKM NEGERI PAHANG
Assalamualaikum wbt...
Paparan di Laman Blog kali ini,~ADMIN~ ingin berkongsi beberapa usul yang akan dibangkitkan di dalam Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan, bilangan ke 3, Tahun 2013 yang akan berlangsung pada 21 Okt 2013 bersamaan hari Isnin bertempat di Bilik Gerakan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang pada jam 9.00 pagi. Mesyuarat kali ini akan dipengerusikan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Pahang yang baru iaitu Y.Bhg Encik Rosdi bin Ismail.
Antara usul yang telah diemailkan kepada Unit Pentadbiran Am, Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang adalah sepertimana yang ~ADMIN~ 'copy n paste'kan di bawah:-

To pentadbiranam.jpnp@gmail.com
26 Sep
1. Kabinet Khas Penyimpanan Mikroskop di Sekolah.|
Kebanyakkan sekolah-sekolah di Negeri Pahang tidak mempunyai kabinet penyimpanan mikroskop yang baik. Mikroskop elektrik yang dibekalkan di seklolah-sekolah adalah mahal dari segi kos pembeliannya. Mikroskop pula merupakan peralatan sains yang sensetif terhadap udara persekitaran dan mudah dihinggapi @ dijangkiti oleh kulat @ fungal. Oleh yang demikian,KSKM  mencadangkan agar JPNP dapat membekalkan kabinet khas kepada penyimpanan mikroskop di setiap sekolah yang tiada tempat penyimpanan tersebut. KSKM juga mencadangkan agar kabinet di SMK Abu Bakar, Temerloh boleh dijadikan contoh kabinet yang baik untuk tujuan tersebut.
2. Penjagaan dan Pengendalian Mikroskop.
Penyelenggaraan atau servis mikroskop perlu dilakukan demi menjaga hayat sesebuah mikroskop. Penyelenggaraan sebegini terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang besar di peringkat Jabatan. KSKM mencadangkan agar satu kursus berkaitan Pengendalian Mikroskop dapat diadakan untuk melatih wakil (2 @ 3 orang) pembantu makmal dari setiap daerah untuk dijadikan jurulatih utama (JU) bagi tujuan melatih semua pembantu makmal di daerah masing-masing. Kaedah ini dapat menjimatkan kos penyelenggaraan dan kos perbelanjaan kursus kerana untuk menghadiri kursus penyelenggaraan mikroskop kosnya adalah sangat tinggi.
3. Pengagihan Pakaian Keselamatan (Lab-coat).
KSKM mencadangkan kepada JPNP agar pengagihan lab-coat yang disalurkan melalui Pejabat Pendidikan Daerah dapat dipanjangkan kepada setiap pembantu makmal yang berada di sekolah di bawah Kementerian Pendidikan seperti Kolej Matrikulasi, Vokasional dan Teknik serta sekolah-sekolah dibawah SBP. Mohon mendapat kelulusan memandangkan jumlah pembantu makmal di bawah KPM tidaklah ramai. Untuk makluman mesyuarat, daerah Raub turut mengagihkan lab-coat kepada setiap pembantu makmal di SBP.
4. KSKM mengangkat kembali isu Pembantu Makmal di SM Chung Hwa, Kuala Lipis 
yang  duduk sekali di dalam stor bahan kimia. Isu ini telah diusulkan di dalam mesyuarat 
MBJ yang lalu namun sehingga kini ianya masih berlarutan. Situasi ini sangat merbahaya 
kepada Pembantu Makmal di sekolah tersebut. Mohon JPNP dapat menyelesaikan 
permasalahan ini.

~ADMIN~ difahamkan juga oleh Pengerusi KSKM Negeri Pahang; En.Khairul A'zli Hj Ahmad 
bahawa beliau turut akan membawa permasalahan yang dilaporkan oleh ahli-ahli secara terus 
kepada beliau di dalam agenda hal-hal lain. Semoga SUARA kita akan dapat didengari dan
diperkasakan di peringkat Negeri Pahang, Insyallah!!
~ADMIN~ memohon kepada semua ahli KSKM Negeri Pahang agar berdoa semoga apa yang 
akan dibawa di dalam mesyuarat itu nanti akan mendapat kejayaan dan manafaat kepada kita 
bersama...Amin!!!
Sekian,terima kasih...
~ADMINKSKMPahang~


1 comment: