Bertempat di Hospital Daerah Raub,semua AHLI-AHLI KSKM di daerah Raub telah berpeluang mengikuti satu program anjuran AJK Pelaksana KSKM Daerah Raub dengan kerjasama Kolej Komuniti Raub iaitu 'Kursus Pertolongan Cemas'.Kursus ini telah mendapat kerjasama yang sangat baik dari Kolej Komuniti Raub dan ianya terpaksa diadakan di Hospital Raub kerana Kolej komuniti tidak dapat menyediakan semua peralatan yang perlu didedahkan kepada para peserta kursus agar semua peserta kursus akan mendapat input,situasi dan kaedah yang sebenar ketika suasana kecemasan benar-benar berlaku.Kredit perlu diberi kepada Kolej Komuniti kerana dapat menyediakan segala yang terbaik untuk peserta kursus.Kursus yang berlangsung selama 1 hari itu dikendalikan oleh semua tenaga pengajar yang terlatih terdiri daripada Doktor,Pembantu Perubatan(MA) dan Ketua Jururawat dari Hospital Raub.Peserta kursus didedahkan dengan pelbagai kaedah bagaimana untuk melakukan pertolongan cemas.Kaedah yang betul dan selamat amat penting ketika berlaku kecemasan terutama situasi di makmal sains.Para peserta juga bebas untuk bersoal-jawab bersama tenaga pengajar dan suasana tersebut dapat dilihat ketika hampir semua sesi yang diajar,mendapat respon yang baik dari peserta kursus.
~ADMIN~ mendapat maklum-balas dari para peserta bahawa kursus yang dianjurkan pada kali ini amat berbeza dan berlainan dengan kursus-kursus yang pernah dihadiri sebelumnya.Peserta juga berpendapat agar kursus yang sedemikian ini akan dianjurkan khusus kepada semua AHLI-AHLI KSKM kerana tugas Pembantu Makmal sentiasa terdedah dengan keadaan yang memerlukan 'skill' pertolongan cemas.~ADMINKSKMPahang~mewakili seluruh Ahli Jawatankuasa KSKM Negeri Pahang mengucapkan TAHNIAH dan SYABAS kepada Wakil KSKM Daerah Raub iaitu En.Hermi bin Zakaria dan seluruh Ahli Jawatankuasa Pelaksana Peringkat Daerah Raub kerana telah berjaya menganjurkan kursus yang sangat baik dan berkesan sertamemberikan input-input yang baik kepada seluruh AHLI-AHLI KSKM Daerah Raub.Semoga usaha ini akan dapat menjadi satu aktiviti yang baik kepada seluruh AHLI-AHLI KSKM.Usaha murni ini juga mudah-mudahan akan menjadi contoh yang terbaik kepada Wakil-Wakil KSKM Daerah yang lain serta barisan Ahli Jawatankuasa Pelaksana Daerah di Negeri Pahang yang lain yang masih belum menganjurkan sebarang aktiviti kepada AHLI-AHLI di daerah masing-masing.
Tajuk : Kursus Pertolongan Cemas.
Tarikh : 16 Julai 2012.
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang.
Tempat : Hospital Daerah Raub.
Anjuran : KSKM Peringkat Daerah Raub dengan kerjasama Kolej Komuniti Raub.Antara panorama yang dapat dikutip sepanjang kursus tersebut berlangsung.~ADMIN~ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Wakil KSKM Daerah Raub,En.Hermi Zakaria kerana sudi berkongsi hasil lensa pada hari tersebut.
Pertolongan Cemas'CPR' |
Peserta Kursus menunjukkan minat yang mendalam terhadap penerangan yang diber |
Sebahagian peserta kursus yang berpeluang menimba ilmu pertolongan cemas |
Wakil KSKM Daerah Raub mencuba sendiri kaedah yang dipelajari |
Peserta kursus.En.Azahari dari SMK LKTP Tersang |
Cenderahati kepada Tenaga Pengajar disampaikan oleh Timbalan Wakil KSKM Daerah Raub