Monday, July 2, 2012

KURSUS ICT ANJURAN KSKM TEMERLOH

Tarikh   : 26,27 dan 28 Jun 2012
Masa    : 8.00 pagi
Tempat : Kolej Komuniti Temerloh
Kursus ICT anjuran KSKM peringkat daerah Temerloh telah berlangsung dengan jayanya.Inisiatif dan usaha ini diilhamkan oleh Wakil KSKM Daerah Temerloh dibawah En.Ahalluddi bin Mohd Arshad(SMK Kerdau,Temerloh) dengan mendapat kerjasama dari Pejabat Pelajaran Daerah Temerloh serta Kolej Komuniti Temerloh.Seramai 42 orang peserta kursus yang terlibat sepanjang 3 hari berkursus dimana setiap hari atau sesi kursus akan menampung seramai 14 orang peserta.Peserta-peserta yang terlibat terdiri daripada semua AHLI-AHLI KSKM sahaja samada Pembantu Makmal mahupun Pembantu Am Pejabat(Makmal).
Ini merupakan satu usaha murni KSKM Peringkat Negeri dan KSKM Daerah Temerloh dalam memberikan ilmu pengetahuan kepada semua AHLI-AHLI KSKM yang telah banyak memberi sokongan dan menyumbang bakti,tenaga dan kewangan dalam agenda meneruskan usaha-usaha membela nasib semua ahli KSKM.Semoga usaha murni dalam memartabatkan ilmu kepada AHLI-AHLI KSKM Negeri Pahang ini akan mendapat sokongan yang padu dari semua peringkat dan akan menjadi contoh kepada semua wakil-wakil KSKM daerah-daerah yang lain untuk menggerakkan aktiviti kepada semua AHLI-AHLI diperingkat daerah masing-masing.
Akhirnya,~ADMINKSKMPahang~ingin merakamkan TAHNIAH dan SYABAS kepada daerah Temerloh dan kredit diberikan kepada Wakil KSKM Daerah Temerloh,En.Ahalluddin Mohd Arshad serta seluruh peserta-peserta kursus(AHLI-AHLI KSKM) yang terlibat di dalam kursus tersebut.
Gambar-gambar menarik sekitar program kursus ICT tersebut.
Gambar:  Ehsan dari Pn.Nor Haniah(Temerloh).

 

                                                                                                           


Foto

Foto

Foto

Foto: Kursus Asas Internet Dan Email

No comments:

Post a Comment