Tuesday, July 10, 2012

KURSUS PERTOLONGAN CEMAS ANJURAN KSKM DAERAH RAUB DENGAN KERJASAMA


Gambar Profil
Satu kursus berkaitan pertolongan cemas terutama ketika berada di makmal telah dirancang dan mendapat kelulusan dari Pejabat Pelajaran Daerah Raub.KSKM Daerah Raub dibawah kendalian En.Hermi bin Zakaria beserta AJK peringkat daerah telah berusaha menganjurkan satu kursus yang khusus kepada setiap ahli-ahli KSKM di daerah Raub.Semoga usaha dan perancangan ini akan mendapat kejayaan dengan keizinan Allah SWT.
Tajuk   : 'KURSUS PERTOLONGAN CEMAS'
Anjuran: KSKM Daerah Raub dengan kerjasama Kolej Komuniti Raub di Hospital Daerah Raub.
Tarikh   : 16 Julai 2012 (Isnin).
Masa    : 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.
Tempat : Hospital Daerah Raub.
~ADMIN~ difahamkan bahawa setiap peserta(HANYA AHLI-AHLI KSKM SAHAJA)akan mendaftar di Kolej Komuniti Raub pada jam 8.00 pagi.Semua peserta yang terlibat akan bergerak ke Hospital Daerah Raub untuk mengikuti kursus di Dewan Hospital Raub.Setiap peserta akan didedahkan dengan kaedah-kaedah yang betul ketika memberikan pertolongan cemas,Kursus tersebut dikendalikan oleh seorang doktor dan beberapa orang jururawat.
Semoga kursus ini akan berjaya dan akan dapat memberi panduan serta ilmu kepada Ahli-Ahli KSKM ketika berlaku kecemasan terutama ketika di makmal.
~ADMIN~ingin mengucapkan TAHNIAH dan SYABAS bagi pihak Pengerusi KSKM Negeri Pahang,En.Khairul A'zli Hj Ahmad serta AJK KSKM Negeri kepada barisan AJK KSKM Peringkat daerah Raub kerana telah memulakan langkah menganjurkan aktiviti KSKM diperingkat daerah serta kepada seluruh AHLI-AHLI KSKM daerah yang telah banyak memberi sokongan dan perhatian kepada KSKM Negeri Pahang.Semoga aktiviti yang sedemikian ini akan dapat memberikan inspirasi dan idea kepada wakil-wakil KSKM daerah yang lain yang masih belum memulakan sebarang aktiviti KSKM diperingkat daerah.
~ADMINKSKMPahang~

No comments:

Post a Comment