Wednesday, July 4, 2012

MESYUARAT"MAJLIS BERSAMA JABATAN" (MBJ)


Tarikh   : 27 Jun 2012
Masa    : 10.00 pagi
Tempat : Bilik Gerakan
              Jabatan Pelajaran Pahang
              Bandar Indera Mahkota
              25604 Kuantan
Pengerusi Mesyuarat : En.Rosdi bin Ismail
                                  Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang

AGENDA :
i.Perutusan Pengerusi
ii.Mengesahkan Minit Mesyuarat Lalu
iii.Perkara-perkara Berbangkit
iv.Perkara-perkara Baru
v.Hal-hal Lain
vi.Penutup
Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal telah diwakili oleh Pengerusi KSKM Negeri Pahang,En.Khairul A'zli bin Ahmad.
Antara isu yang dibawa ke mesyuarat tersebut adalah:
Perkara 4.3:

4.3.1 Peruntukan bagi kot makmal dan elaun kasut 
Mesyuarat dimaklumkan di negeri-negeri seperti Johor,Selangor,Melaka dan Kelantan layak mendapat sepasang 'Lab Coat' dan elaun kasut sebanyak RM150.00.Kesatuan mohon penjelasan sama ada terdapat peruntukan berkenaan di JPN Pahang.

Jawapan : Mesyuarat dijelaskan bahawa Jabatan akan membekalkan kot makmal dan kasut kepada Pembantu Makmal sekiranya ada lebihan dan peruntukan pakaian sedia ada.

4.3.2 Pembantu Am Pejabat  
Kesatuan memaklumkan bahawa Pembantu Am Pejabat yang telah lama berkhidmat di makmal-makmal sains telah ditarik ke pejabat.Ini menyukarkan pembantu makmal melaksanakan bidang tugas.

Jawapan ; Pengerusi menjelaskan bahawa makmal mesti diuruskan oleh Pembantu Makmal kerana Pembantu Am Pejabat telah dijumudkan dan ditempatkan di pejabat.Tempat ini akan digantikan dengan C17.

4.3.3 Pelupusan Bahan Kimia
Kesatuan memaklumkan bahawa terdapat bahan kimia yang sudah usang dan tidak dapat dilupuskan begitu sahaja.Proses pelupusan adalah sukar kerana ia melibatkan Jabatan kimia dan Jabatan Alam Sekitar.Kesatuan cadangkan Jabatan Pelajaran membuat pelupusan secara berpusat diperingkat Daerah kerana ia lebih menjimatkan.

Jawapan : Pengerusi menjelaskan bahawa pada tahun lepas telah dilantik satu syarikat untuk membuat pelupusan secara berpusat.Bagi tahun ini perlantikan lain akan dibuat.

4.3.4 Pembersihan Makmal
Kesatuan memaklumkan bahawa pembersihan makmal sebelum ini dibuat oleh Pembantu Am Pejabat.Ketiadaan Pembantu Am Pejabat telah menambahkan tugas sedia ada Pembantu Makmal.Kesatuan ingin mencadangkan supaya tugas membersihkan makmal diserahkan kepada kontraktor pembersihan.

Jawapan : Pengerusi menjelaskan perjanjian kontrak pembersihan dengan jelas menerangkan kawasan pembersihan diluar bangunan,Oleh itu pembersihan di dalam makmal masih di bawah tanggungjawab Pembantu Makmal.

4.3.5 Tempoh Masa Bekerja
Kesatuan memaklumkan bahawa tempoh bekerja Pembantu Makmal terbahagi kepada 3 katagori iaitu dari 7 pagi ke 4 petang, 7.30 pagi ke 4.30 petang dan 8 pagi ke 5 petangiaitu 8 jam bekerja.Terdapat cadangan dari ahli untuk diberi kelonggaran waktu rehat pada jam 1 petang sehingga 2 petang tidak dapat dimanafaatkan oleh Pembantu Makmal kerana ia merupakan waktu puncak pembelajaran di makmal.

Jawapan : Pengerusi memaklumkan bahawa waktu bekerja mesti 8 jam sehari dan mesti ada waktu rehat.Bekerja secara terus menerus tanpa waktu rehat adalah tidak praktikal.

Inilah isu-isu yang telah dibawa oleh Pengerusi KSKM Pahang untuk diperjuangkan di peringkat Negeri. Suara yang dibawa ini merupakan suara seluruh ahli-ahli KSKM untuk diperjuangkan.Nikmat dan hasil dari perjuangan ini akan dinikmati oleh semua Pembantu Makmal sama ada AHLI mahupun yang bukan menjadi Ahli KSKM.Kita diberikan satu platfom untuk menyuarakan permasalahan semua Pembantu Makmal.Setiap perjuangan memerlukan sokongan dan penglibatan semua Pembantu Makmal untuk menjadi ahli.Di sini ~ADMIN~menyeru seluruh Pembantu Makmal di negeri Pahang ini yang masih selesa berada diluar Kesatuan,marilah kita bersama-sama mendaftar sebagai ahli.Marilah kita bersama-sama berkorban usaha,tenaga,idea dan sebagainya untuk kita bersama-sama menikmati hasil dari usaha tersebut.Janganlah kita tergolong di dalam kelompok Pembantu Makmal yang hanya hidup menumpang keringat dan usaha dari orang lain untuk mendapat kenikmatan diri sendiri.Janganlah kita lupa bahawa hasil pengorbanan dari ahli-ahli KSKM untuk mendapatkan sesuatu bagi manafaat seluruh Pembantu Makmal dianggap sebagai nikmat bersama kerana hasil yang tercapai melalui perjuangan orang lain dapatlah dianggap sebagai nikmat yang tiada berkatnya.Mar



No comments:

Post a Comment