Sunday, July 15, 2012

MESYUARAT KAKITANGAN MAKMAL DAERAH JERANTUT BERSAMA AJK TERTINGGI KSKM CAWANGAN PAHANG

Assalamualaikum wbt...
Program   : Mesyuarat Kakitangan Makmal Daerah Jerantut bersama AJK Tertinggi KSKM                            Pahang.
Tarikh      : 18 Julai 2012 (Rabu)
Masa       : 2.00 - 5.00 petang
Tempat    : Pejabat Pelajaran Daerah Jerantut
Anjuran   : KSKM Daerah Jerantut dan PPD Jerantut

~ADMINKSKMPahang~mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada seluruh Kakitangan Makmal daerah Jerantut kerana telah diberi kesempatan melalui jalinan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Jerantut untuk menghadiri satu program Mesyuarat Kakitangan Makmal Daerah yang berobjektif untuk mengerakkan aktiviti KSKM diperingkat daerah terutama kepada seluruh AHLI-AHLI KSKM disamping menggalakkan Pembantu Makmal yang masih belum menjadi ahli KSKM supaya menyertai KSKM.
~ADMIN~juga ingin mengucapkan Tahniah bagi pihak AJK KSKM Negeri Pahang terutama Pengerusi KSKM Negeri,En.Khairul A'zli Ahmad kepada Wakil KSKM Daerah Jerantut ,En.Ahmad Khatimi bin Bahaudin kerana hasil inisiatif beliau maka program ini dapat dijalankan pada tarikh yang ditetapkan nanti.
Semoga program yang dirancang akan menjadikan seluruh AHLI-AHLI KSKM Daerah Jerantut lebih bersemangat dan dapat menggerakkan lagi aktiviti KSKM diperingkat daerah.
Program ini juga diharap akan menjadi satu program tahunan disamping kursus-kursus yang akan hanya melibatkan AHLI-AHLI KSKM dirancang diperingkat daerah dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah.
~ADMIN~menharapkan agar program ini akan mencetuskan idea dan membuka minda Wakil-Wakil KSKM daerah lain di dalam Negeri Pahang yang masih belum mengatur dan merancang program di peringkat daerah untuk turut sama bergerak aktif bagi menjayakan program kepada AHLI-AHLI KSKM di daerah masing-masing.

~ADMIN~difahamkan bahawa AJK KSKM Negeri akan turut mempromosikan tempahan baju koprat bagi Fasa ke-2 di mesyuarat itu nanti.Contoh ukuran baju sebenar dan jenis kain akan dibawa bersama.Oleh yang demikian,seluruh AHLI-AHLI KSKM daerah Jerantut diharap akan menempah baju tersebut untuk tujuan penyeragaman baju AHLI-AHLI KSKM Negeri Pahang.Tempahan boleh dibuat kepada Wakil KSKM daerah Jerantut ketika sesi mesyuarat itu nanti disamping diingatkan bahawa semua tempahan baju koprat perlulah menyertakan wang tempahan mengikut kadar harga yang telah ditetapkan sepenuhnya selepas tempahan dibuat.Harga 1 helai Kemeja Koprat(F1) adalah:
Ahli KSKM  sebanyak RM 60.00 dan bagi BUKAN AHLI KSKM sebanyak RM 70.00.
Akhir kalam dari~ADMINKSKMPahang`semoga segala perancangan yang diatur oleh Wakil KSKM daerah Jerantut,En.Ahmad Khatimi Bahaudin akan menghasilkan satu kesan yang positif kepada semua kakitangan makmal daerah dan semoga program ini akan berjaya dan mendapat keberkatan dariNya.
Sekian,terima kasih...
~ADMINKSKMPahang~

No comments:

Post a Comment