Thursday, July 19, 2012

MESYUARAT PEMBANTU MAKMAL DAN PELANTIKAN AJK PELAKSANA KSKM DAERAH JERANTUT 2012





Tarikh    : 18 Julai 2012 (Rabu)
Masa     : 2.30 - 5.00 petang
Tempat  : Dewan Seminar PPD Jerantut
Alhamdulillah,setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Illahi kerana dengan keizinan dan restuNya maka KSKM Daerah Jerantut telah berjaya mengumpulkan seluruh Pembantu Makmal di daerah itu untuk melaksanakan satu program'Mesyuarat Pembantu Makmal dan Perlantikan AJK Pelaksana Peringkat Daerah Jerantut'.

Agenda:
1.0. Ucapan dari Pengerusi KSKM Negeri Pahang En.Khairul A'zli Ahmad
2.0  Mesyuarat Jawatankuasa Kesatuan Pembantu Makmal Daerah Jerantut.
       2.1   Perlantikan Pengerusi Mesyuarat.
       2.2   Melantik Pencatat Minit.
       2.3   Perlantikan Jawatankuasa Perlaksana.
3.0. Taklimat KSKM oleh Pengerusi,Setiausaha dan Bendahari KSKM Negeri Pahang.
4.0. Hal-hal lain.
5.0. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perlaksana.
Dalam ucapan Pengerusi KSKM Negeri,beliau sangat-sangat berharap agar semua Pembantu Makmal di daerah Jerantut ini akan bersama-sama menyertai dan menjadi ahli Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal(KSKM)kerana suara Pembantu Makmal di Negeri Pahang ini boleh dibawa sehingga ke Jabatan Pelajaran Pahang melalui Mesyuarat'Majlis Bersama Jabatan'yang dipengerusikan oleh Pengarah Pelajaran Pahang.Inilah medium yang sepatutnya digunakan oleh seluruh Pembantu Makmal bagi menanggani sebarang permasalahan yang berlaku di tempat kerja.Jika KSKM mempunyai ahli yang ramai,maka suara dan pandangan dari KSKM akan diambil kira di peringkat negeri.
Disamping itu juga,Pengerusi KSKM Negeri berharap agar AJK Pelaksana diperingkat daerah ini akan lebih aktif bagi memberikan ruang dan peluang kepada HANYA AHLI-AHLI KSKM sahaja untuk mendapatkan sebarang kursus yang berkaitan dengan bidang tugas Pembantu Makmal.
Diakhir ucapan,beliau berharap agar semua Pembantu Makmal di daerah Jerantut bersatu,bekerjasama dan saling bantu membantu supaya hasrat murni mesyuarat pada hari ini akan menguatkan lagi KSKM diperingkat daerah seterusnya diperingkat Negeri Pahang.
~ADMIN~ingin mengucapkan TAHNIAH dan SYABAS kepada En.Ahmad Khatimi Bahauddin kerana hasil usaha beliau bekerjasama dengan PPD Jerantut maka program pada hari ini terlaksana dengan jayanya.Tahniah juga kepada semua barisan Ahli Jawatankuasa Pelaksana Peringkat Daerah yang telah dilantik.~ADMIN~sangat berharap agar amanah yang telah diberikan ini dapat dipikul dengan baik dan ikhlas.
~ADMIN~melalui lanser Pengerusi KSKM Negeri Pahang ingin berkongsi panorama sepanjang program tersebut berlangsung.





Pengerusi PerlaksanaAJK Pembantu Makmal Daerah Jerantut
Ahli Jawatankuasa Pelaksana daerah Jerantut
Timbalan Pengerusi 

No comments:

Post a Comment