Tuesday, June 26, 2012

KURSUS ICT - KSKM DAERAH TEMERLOH



Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah dipanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan keizinan dan rahmatNya maka KSKM Cawangan Negeri Pahang telah berjaya menganjurkan satu kursus kepada semua ahli-ahli KSKM Daerah Temerloh dengan kerjasama KSKM Daerah Temerloh dan Pejabat Pelajaran Daerah Temerloh.Cetusan idea menganjurkan kursus tersebut diilhamkan oleh Wakil KSKM Daerah Temerloh,En.Ahalluddin bin Mohd Arshad dengan kerjasama PPD Temerloh dan Kolej Komuniti Temerloh.
Kertas cadangan yang diangkat telah disokong serta diluluskan oleh PPD Temerloh.
Tajuk    : Kursus ICT
Tarikh   : 26,27 dan 28 Jun 2012
Masa    : 8.00 pagi
Tempat : Kolej Komuniti Temerloh
Seramai 42 orang AHLI KSKM terlibat di dalam kursus selama 3 hari.Setiap sesi bermula 26 Jun 2012 sehingga 28 Jun 2012,peserta kursus akan dibahagikan kepada 14 peserta bagi setiap hari.
Pendedahan tentang perkembangan ilmu ICT dalam dunia global kini akan menjadi asas kepada kursus tersebut.
Penguasaan ilmu ICT pada masa kini amat-amat dituntut agar setiap ahli KSKM tidak akan ketinggalan didalam arus kemajuan yang begitu pesat dewasa ini.KSKM telah memberi peluang kepada setiap ahli KSKM agar dapat menguasai seberapa banyak ilmu pengetahuan yang akan diberikan di dalam kursus tersebut..
KSKM telah menetapkan agar semua Pembantu Makmal mahupun Pembantu Am Pejabat(Makmal) yang menjadi ahli KSKM sahaja dipanggil untuk menghadiri kursus,disamping Pembantu Makmal yang masih selesa berada diluar KSKM,diharap akan bersama-sama menjadi ahli KSKM.~ADMIN~difahamkan oleh Pengerusi KSKM Negeri Pahang,En.Khairul A'zli Ahmad bahawa perbincangan khusus bersama Jabatan Pelajaran Negeri Pahang telah mencapai satu persetujuan dimana pada masa akan datang,KSKM Negeri akan diberi kepercayaan untuk menentukan bentuk dan kehendak kursus serta pemilihan peserta-peserta kursus anjuran JPNPahang.Ketetapan telah dibuat dimana HANYA AHLI-AHLI KSKM sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri kursus-kursus samada anjuran Jabatan Pelajaran Negeri mahupun KSKM.
Teramat besar harapan ~ADMIN~agar semua Pembantu Makmal seluruh Negeri Pahang ini akan bersama-sama menjadi ahli KSKM seterusnya merapatkan kembali ikatan kesatuan yang dibina sekian lama dan dapat turut serta berganding tangan dan sokongan yang padu kepada KSKM Negeri Pahang.
Sekali lagi,~ADMIN~mewakili AJK KSKM Negeri Pahang mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Wakil KSKM Daerah Temerloh,En.Ahalluddin bin Mohd Arshad kerana komitmen dan inisiatif beliau sehingga berjayanya kursus pada kali ini.Tahniah juga disampaikan kepada semua peserta-peserta kursus ICT(ahli-ahli KSKM)kerana telah berjaya meningkatkan ilmu pengetahuan tentang ICT disamping sokongan yang padu selama ini kepada KSKM Cawangan Pahang.
Akhir kalam dari~ADMIN~ semoga apa yang ditimba dan dipelajari sepanjang kursus tersebut berlangsung akan dapat diaplikasikan di dalam kehidupan seharian dan di dalam kerjaya.Insyallah!
~ADMINKSKMPahang~


No comments:

Post a Comment