Saturday, June 9, 2012

KURSUS KEMAHIRAN ASAS ELEKTRIK - GIAT MARA MARAN


KSKM Cawangan Negeri Pahang dengan kerjasama Giat Mara Malaysia telah berjaya menganjurkan satu kursus kepada Ahli-Ahli KSKM Pahang.Kursus kemahiran Asas Elektrik dianggap satu kursus yang berkaitrapat dengan bidang tugas sebagai Pembantu Makmal.
Siri kursus ini merupakan kursus ke-3 yang bermula dengan kursus yang sama di Giat Mara Raub dan Giat Mara Jerantut.
Tarikh   : 07 Jun 2012
Masa      : 8.00 pagi - 3.30 petang
Tempat : Giat Mara Maran
~ADMIN~mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua peserta-peserta kursus (ahli2 KSKM sahaja) yang terpilih untuk kursus kali ini.
Tahniah kepada KSKM Cawangan Pahang kerana berjaya menganjurkan satu bentuk kursus yang sangat penting dan perlu kepada Pembantu Makmal.
~ADMIN~ juga mengucapkan tahniah kepada Wakil KSKM Daerah Maran,En.Abd Halim kerana berusaha bagi menjayakan program ini.
Akhirnya,~ADMIN~ mewakili seluruh AJK KSKM Pahang mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Giat Mara Maran kerana sudi menerima ahli-ahli KSKM menjadi pelatih di Giat Mara Maran.
Antara gambar-gambar menarik sepanjang kursus tersebut berlangsung...


En.Mat(Tenaga Pengajar)Giat Mara Maran
 En.Hafizan(Tenaga Pengajar)
Pengerusi KSKM Cawangan Pahang turut berminat mendengar penerangan dari pelatih Giat Mara
    Ucapan dan taklimat ringkas tentang KSKM di sampaikan oleh En.Khairul A'zli Ahmad

En.Khairul A'zli(Pengerusi KSKM Pahang)menyampaikan cenderahati kepada wakil Giat Mara Maran


Majlis Jamuan Makan Tengahari turut disediakan oleh KSKM Cawangan Pahang kepada peserta kursus

No comments:

Post a Comment