Monday, June 18, 2012

MESYUARAT KAKITANGAN MAKMAL DAERAH RAUB

Mesyuarat Kakitangan Makmal daerah Raub telah diadakan: pada 14 Jun 2912 bersamaan hari Khamis tepat jam 3.00 petang dan bertempat di Makmal Fizik SEMESTA.Alhamdulillah,kehadiran Pembantu Makmal dan Pembantu Am Pejabat(Makmal) amat membanggakan.
Majlis dipengerusikan oleh Wakil KSKM Daerah Raub,En.Hermi Zakaria.Dalam perbincangan tersebut,beliau menerangkan tentang beberapa program yang akan dilakukan oleh KSKM Daerah dan KSKM Cawangan Pahang sepanjang tahun ini dan akan bersambung sehingga ke tahun hadapan.
i.Mesyuarat membincangkan tentang tempahan baju korporat(F1) sedang dijalankan untuk seluruh ahli KSKM Negeri Pahang.Harga yang ditawarkan adalah serendah RM60.00(lelaki/perempuan).Bagi menampung kewangan KSKM Negeri,tempahan dari bukan ahli KSKM juga dibuka namun harga yang di tawarkan adalah RM70.00.Pengerusi mesyuarat sangat-sangat mengalu-alukan semua PM daerah agar menjadi ahli KSKM.
ii.Mesyuarat turut membincangkan bancian ahli yang ingin turut serta di dalam program"TEAM BUILDING" yang telah dirancang diperingkat KSKM Negeri untuk dilaksanakan di Hotel M.S.Garden,Kuantan.Program yang disertakan dengan Makan Malam tersebut memerlukan komitmen dari setiap ahli dengan bayaran sebanyak RM50 seorang.
iii.Mesyuarat telah bersetuju untuk mengadakan satu program kursus bagi peringkat daerah Raub di mana satu usahasama dijalankan dengan Kolej Komuniti Raub.Kursus.ini hanya akan melibatkan ahli-ahli KSKM sahaja.Kursus tersebut dijangka dilaksanakan pada bulan Julai nanti.Difahamkan,setiap ahli akan dikenakan bayaran komitmen sebanyak RM5.00 dan KSKM Cawangan Negeri Pahang akan menyediakan peruntukan bagi tujuan makan dan minum para peserta.
Dalam mesyuarat itu juga,Pengerusi KSKM Negeri Pahang,En.Khairul A'zli Hj Ahmad turut menyampaikan ucapan dan memberi penerangan dan maklumat tentang perjalanan KSKM Negeri Pahang.Beliau turut melancarkan program terbaru KSKM Negeri Pahang iaitu Kempen "MOH JADI AHLI" peringkat daerah Raub.Semoga kempen ini akan meningkatkan lagi jumlah ahli KSKM bagi negeri Pahang.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.40 petang.
Sekitar Mesyuarat Kakitangan Makmal Daerah Raub yang sempat ~ADMIN~ kutip untuk sajian pengunjung laman blog KSKMPahang ini.

Mesyuarat Kakitangan Makmal daerah Raub dipengerusikan oleh Wakil KSKM Daerah Raub,En.Hermi



Pelancaran kempen"MOH JADI AHLI KSKM"disempurnakan oleh Pengerusi KSKM Negeri Pahang.

Pengerusi KSKM Negeri Pahang menyampaikan hadiah kepada Pn.Roziha Abd Karim sempena pertukaran beliau ke SMK Sulaiman Bentong.Selamat berjuang bersama KSKM Daerah Bentong


No comments:

Post a Comment