Wednesday, June 13, 2012

KURSUS KEMAHIRAN ASAS ELEKTRIK - GIAT MARA PEKAN


KSKM Cawangan Negeri Pahang dengan kerjasama Giat Mara Malaysia telah berjaya menganjurkan satu kursus kepada Ahli-Ahli KSKM Pahang.Kursus kemahiran Asas Elektrik dianggap satu kursus yang berkaitrapat dengan bidang tugas sebagai Pembantu Makmal.
Siri kursus ini merupakan kursus ke-4 yang bermula dengan kursus yang sama di Giat Mara Raub,Giat Mara Jerantut & Giat Mara Maran
Tarikh   : 12 Jun 2012
Masa      : 8.00 pagi - 4.30 petang
Tempat : Giat Mara Pekan
~ADMIN~mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua peserta-peserta kursus (ahli2 KSKM sahaja) yang terpilih untuk kursus kali ini.
Tahniah kepada KSKM Cawangan Pahang kerana berjaya menganjurkan satu bentuk kursus yang sangat penting dan perlu kepada Pembantu Makmal.
~ADMIN~ juga mengucapkan tahniah kepada Wakil KSKM Daerah Pekan,Pn.Zalina kerana berusaha bagi menjayakan program ini.
Akhirnya,~ADMIN~ mewakili seluruh AJK KSKM Pahang mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Giat Mara Pekan kerana sudi menerima ahli-ahli KSKM menjadi pelatih di Giat Mara Pekan.
Antara gambar-gambar menarik sepanjang kursus tersebut berlangsung... 


         



Ucapan perasmian penutup kursus oleh Pengurus Giat Mara Pekan

En.Khairul A'zli Hj Ahmad menyampaikan cenderahati kepada Giat Mara Pekan
  


No comments:

Post a Comment