Wednesday, June 20, 2012

DARI MINDA~ADMINKSKMPAHANG~


Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah,segala puji-pujian yang Maha Agong ditujukan kepadaNya kerana masih diberikan kekuatan yang tidak ternilai oleh kita sebagai hamba di muka bumi ini.Salawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad SAW,Rasul pilihan....
KSKM Negeri Pahang telah selesai menganjurkan Kursus kepada Ahli-Ahli KSKM Negeri.Seramai 100 ahli telah mengikuti kursus usahasama KSKM Negeri Pahang dan Giat Mara Malaysia.Usaha berterusan KSKM Pahang disambung dengan usaha mengadakan kursus-kursus yang berkaitan dengan aliran kerjaya Kakitangan Makmal di peringkat daerah pula.Mudah-mudahan,apa yang dirancang akan membuahkan hasil yang positif kepada setiap ahli KSKM Negeri. Sasaran KSKM Negeri dibawah Pengerusi En.Khairul A'zli Ahmad dan barisan AJK KSKM Negeri adalah bagi mendapatkan sekurang-kurangnya 1 kursus bagi setiap Ahli KSKM bagi sesi 2011-2013.
Usaha berterusan AJK KSKM Negeri Pahang bagi menggerakkan aktiviti di Pahang adalah mempromosikan Kameja Korporat (F1) kepada setiap ahli.Usaha ini diharap akan mendapat sambutan dari setiap ahli dengan bayaran bagi sehelai baju tersebut adalah serendah RM60(ahli) dan RM70(bukan ahli).Ketetapan telah dibuat didalam Mesyuarat AJK KSKM Pahang kali ke-4 baru-baru ini bahawa tiada keistimewaan kepada AJK KSKM Pahang untuk tidak membayar pada harga yang ditawarkan.Mesyuarat juga telah menetapkan bahawa keuntungan yang kecil akan disalurkan kepada akaun KSKM Negeri Pahang untuk manafaat bersama seluruh ahli KSKM Negeri.
KSKM Negeri Pahang sangat menghargai sokongan dan sumbangan seluruh ahli selama ini.Oleh yang demikian,bagi menghargai kembali jasa setiap ahli,KSKM Pahang telah merancang untuk mengadakan satu seminar bertajuk"Team Building".Seminar ini dijadualkan akan diadakan di antara bulan Oktober-November.Tarikh sebenar akan dimuktamadkan melalui Mesyuarat AJK nanti selepas menerima setiap pandangan dan cadangan dari ahli.Seminar ini akan diadakan di M.S.Garden Kuantan antara jam 7.00 malam-11.00 malam.Seminar ini memerlukan sekali lagi pengorbanan dimana setiap ahli diWAJIBkan membayar RM50.00.Seminar lebih kepada konsep 'Annual Dinner'.Disamping KSKM Pahang ingin menghargai seluruh ahli,Ssetiap Ahli juga perlulah menghargai diri ahli sendiri.Terkadang,kita lupa kepada diri kita sendiri kerana terlalu asyik dan sibuk untuk memenuhi permintaan dan memuaskan hati orang lain.Terpanggil dari situasi inilah maka,KSKM memikirkan bagaimana untuk setiap ahli dapat memberikan kasih sayang dan penghargaan yang tertinggi kepada diri ahli itu sendiri.Jika dibuat kajian dari lipatan sejarah KSKM Pahang selama ini,~ADMIN~masih tidak membaca atau mendengar tentang adanya program yang sebegini.Oleh itu,marilah kita bersama-sama menyokong usaha KSKM Pahang ini kerana sejumlah RM50.00 tersebut tidaklah menjadi bebanan jika kita telah menjadi ahli KSKM sejak 10 tahun yang lalu tanpa ada program yang sedemikian.Marilah kita "MENGHARGAI DIRI KITA SENDIRI".
Dalam merialisasikan agenda KSKM Pahang bagi sesi 2011-2013 ini,satu kempen "MOH JADI AHLI KSKM"telah dilancarkan oleh Pengerusi KSKM Negeri Pahang,En.Khairul A'zli Ahmad bermula di daerah Kuala Lipis dan seluruh daerah-daerah di Negeri Pahang.Objektif kempen ini adalah untuk memberi kesedaran dan maklumat sebanyak mungkin kepada setiap Pembantu Makmal tentang betapa pentingnya untuk menjadi ahli KSKM.Bagi memberi keutamaan kepada ahli,KSKM Negeri telah memulakan langkah yang drastik dimana hanya ahli KSKM sahaja yang akan diberikan keutamaan dalam mendapatkan peluang kursus samada anjuran JPN Pahang mahupun anjuran KSKM.Sebagai suntikan semangat dan motivasi kepada setiap Wakil KSKM Daerah yang dilantik,KSKM Negeri telah berjanji akan memberikan sedikit sumbangan berupa wang tunai kepada daerah yang berjaya mengumpulkan bilangan ahli baru yang berdaftar dan sumbangan tersebut dijadualkan akan diberi ketika Mesyuarat Agong Dwi Tahunan kali ke-9 pada tahun hadapan.Sehubungan dengan itu,marilah kita bersama-sama menjayakan kempen ini dengan setiap ahli KSKM diminta untuk memainkan peranan masing-masing bagi menjemput dan mempersilakan setiap Pembantu Makmal disekolah masing-masing yang masih selesa berada diluar KSKM agar sama-sama berganding bahu dan tenaga untuk menjadi ahli KSKM.
Dalam dunia yang terkehadapan,dunia IT ini,ADMIN~menyeru seluruh ahli-ahli KSKM Negeri Pahang agar tidak melepaskan diri dalam persaingan ledakan teknologi maklumat terkini.Sehubungan dengan itu,KSKM Pahang juga tidak ketinggalan dalam situasi tersebut.Laman Facebook yang semakin banyak manafaatnya dalam menyampaikan maklumat terutama tentang perjalanan aktiviti KSKM Pahang juga seharusnya direbut sama oleh ahli-ahli KSKM Pahang yang masih lagi tidak berjinak-jinak tentang FB.Rakan-rakan ~ADMIN~ di FB ini terutama rakan ahli yang bernaung di bawah KSKM Negeri Pahang diseru agar membantu ahli-ahli KSKM mahupun bukan ahli untuk membuka akaun FB sendiri agar setiap ahli tidak akan tercicir dari arus teknologi maklumat.
Kecanggihan teknologi ini tidak terbatas kepada satu medium sahaja,maka dikesempatan tersebut~ADMIN~telah menerokai medium yang tidak kurang juga manafaatnya dan sangat efektif dalam menyampaikan maklumat tentang KSKM Negeri Pahang.
Laman Blog Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal Negeri Pahang telah diwujudkan bertujuan memberi impak yang berkesan kepada setiap ahli KSKM mahupun bukan ahli.Alhamdulillah,ketika ~ADMIN~mencoretkan diruangan ini,jumlah pengunjung laman Blog tersebut telah mencapai 1,090 pengunjung.Ini satu jumlah pengunjung yang agak besar jika dibuat perbandingan dengan laman-laman blog yang berjuta-juta jumlahnya. Carian yang mudah melalui jaringan Google dengan manaip KSKM negeri Pahang sepenuhnya maka setiap ahli dapat mencapai laman tersebut dengan begitu mudah.Carian juga dapat diperolehi melaui link ini :
http://kskmpahang.blogspot.com/
Terbitan Buletin berkaitan KSKM Negeri Pahang juga sedang dijalankan oleh AJK KSKM Pahang.Usaha murni ini bertujuan untuk memberikan maklumat dan informasi kepada ahli-ahli KSKM sekurang-kurangnya sekali dalam sesi 2011-2013 ini.Insyallah,~ADMIN~berdoa dan kita sebagai ahli-ahli KSKM Pahang juga harus berdoa agar Buletin ini akan dapat diterbitkan nanti.
Semoga apa yang dicoretkan oleh ~ADMIN~ini akan menjadi satu sumber maklumat yang sangat berguna bagi setiap ahli KSKM Negeri Pahang dan semoga sokongan yang berterusan dari setiap ahli KSKM Negeri Pahang akan menambahkan lagi usaha murni dari pihak AJK KSKM Pahang untuk kepentingan ahli.Perkataan yang baik dan benar itu datangnya dari Allah manakala perkataan yang buruk dan kesat itu adalah kelemahan dan ketidakmampuan diri ~ADMIN~sendiri.Akhir kalam dari~ADMIN~dengan lafaz yang mulia...Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakaatuh.....

No comments:

Post a Comment