Thursday, June 7, 2012

KURSUS KEMAHIRAN ASAS ELEKTRIK - GIAT MARA JERANTUT

KSKM Cawangan Negeri Pahang dengan kerjasama Giat Mara Malaysia telah berjaya menganjurkan satu kursus kepada Ahli-Ahli KSKM Pahang.Kursus kemahiran Asas Elektrik dianggap satu kursus yang berkaitrapat dengan bidang tugas sebagai Pembantu Makmal.
Siri kursus ini merupakan hari kedua kursus sedemikian bermula dengan kursus yang sama di Giat Mara Raub.
Tarikh   : 06 Jun 2012
Masa      : 8.00 pagi - 4.30 petang
Tempat : Giat Mara Jerantut
~ADMIN~mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua peserta-peserta kursus (ahli2 KSKM sahaja) yang terpilih untuk kursus kali ini.
Tahniah kepada KSKM Cawangan Pahang kerana berjaya menganjurkan satu bentuk kursus yang sangat penting dan perlu kepada Pembantu Makmal.
Dalam majlis penutupan kursus tersebut,wakil dari Pejabat Pelajaran Jerantut turut hadir dan mengucapkan tahniah beliau kepada KSKM Pahang kerana inilah julung2 kalinya Jabatan Pelajaran  bekerjasama untuk mendapatkan kursus di Giat Mara.Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Wakil KSKM Daerah Jerantut,En.Ahmad Khatimi Bahauddin kerana bekerjasama dengan PPD Jerantut untuk menjayakan program ini.
Akhirnya,~ADMIN~ mewakili seluruh AJK KSKM Pahang mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Giat Mara Jerantut kerana sudi menerima ahli-ahli KSKM menjadi pelatih di Giat Mara Jerantut.
Antara gambar-gambar menarik sepanjang kursus tersebut berlangsung...

AJK KSKM Negeri dan urusetia kursus


Peserta kursus sedang melawat bengkel elektrik






Pengerusi KSKM Negeri Pahang sedang menyampaikan ucapan

Wkil PPD Jerantut merasmikan majlis penutup kursus

Cenderahati kepada wakil PPD Jerantut

En.Khairul A'zli Hj Ahmad menyampaikan cenderahati kepada  wakil Giat Mara Jerantut
Tahniah dari ~ADMIN~ kepada semua......Jumpa Anda di Giat Mara Maran pada 07 Jun 2012...

No comments:

Post a Comment