Friday, June 15, 2012

KURSUS KEMAHIRAN ASAS ELEKTRIK - GIAT MARA ROMPIN


KSKM Cawangan Negeri Pahang dengan kerjasama Giat Mara Malaysia telah berjaya menganjurkan satu kursus kepada Ahli-Ahli KSKM Pahang.Kursus kemahiran Asas Elektrik dianggap satu kursus yang berkaitrapat dengan bidang tugas sebagai Pembantu Makmal.
Siri kursus ini merupakan kursus ke-5 yang bermula dengan kursus yang sama di Giat Mara Raub,Giat Mara Jerantut ,Giat Mara Maran & Giat Mara Pekan
Tarikh   : 13 Jun 2012
Masa      : 8.00 pagi - 4.30 petang
Tempat : Giat Mara Rompin
~ADMIN~mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua peserta-peserta kursus (ahli2 KSKM sahaja) yang terpilih untuk kursus kali ini.
Tahniah kepada KSKM Cawangan Pahang kerana berjaya menganjurkan satu bentuk kursus yang sangat penting dan perlu kepada Pembantu Makmal.
~ADMIN~ juga mengucapkan tahniah kepada Wakil KSKM Daerah Rompin,En.Kamaruzaman bin Abd Manaf kerana berusaha bagi menjayakan program ini.
Ucapan terima kasih juga disampaikan dari~ADMIN~ kepada Pegawai Pelajaran Daerah Rompin kerana sudi hadir untuk perasmian penutup kursus tersebut.
Akhirnya,~ADMIN~ mewakili seluruh AJK KSKM Pahang mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Giat Mara Rompin kerana sudi menerima ahli-ahli KSKM menjadi pelatih di Giat Mara Rompin.
Antara gambar-gambar menarik sepanjang kursus tersebut berlangsung...  



Di luar program kursus,anggota bomba sedang cuba menangkap seekor ular yang tersesat masuk ke kawasan Giat Mara Rompin

Tenaga Pengajar Elektrik kedua,En.Mohammad sedang mencurahkan ilmu kepada peserta kursu
Sesi kedua,peserta kursus diminta untuk mencuba sendiri proses pemasangan barangan elektrik


Bergambar kenang-kenangan antara AJK KSKM Negeri,Tenaga Pengajar Giat Mara dan peserta-peserta kursus


Wakil KSKM Daerah Rompin,En Kamaruzaman bin Abd Manaf selaku pengerusi majlis penutup Kursus Kemahiran Asas Elektrik

Ucapan dan taklimat ringkas tentang KSKM disampaikan oleh Pengerusi KSKM Cawangan Pahang,En.Khairul A'zli Hj Ahmad

                                            Ucapan dari wakil Giat Mara Rompin,En.Roshidi
Ucapan dan perasmian penutup Kursus Kemahiran Asas Elektrik disempurnakan oleh Tuan Hj Mohammad(PPD Rompin)

                  Pengerusi KSKM Pahang menyampaikan cenderahati kepada Tuan PPD Rompin
Pengerusi KSKM Pahang,En.Khairul A'zli Hj Ahmad menyampaikan cenderahati kepada Giat Mara Rompin






No comments:

Post a Comment