Thursday, June 6, 2013

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME PEMBANTU MAKMAL DAERAH BENTONG 2013


                

                

           ..
KSKM DAERAH BENTONG
Assalamualaikum wbt...

~ADMINKSKMPahang~mewakili AJK KSKM Negeri Pahang mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH dan SYABAS kepada AJK Pelaksana KSKM Daerah Bentong kerana telah berjaya menganjurkan satu program bagi seluruh wargakerja makmal di daerah Bentong dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Bentong dan disokong sepenuhnya oleh KSKM Negeri Pahang.
Ketetapan kursus tersebut adalah seperti berikut:
Tarikh     : 5 Jun 2013
Masa      : 8.00 pagi - 4.30 petang
Tempat   : Dewan Seminar PPD Bentong
Anjuran   : AJK Pelaksana KSKM Daerah Bentong dan PPD Bentong
Kursus tersebut dibahagikan kepada 3 slot iaitu:
Slot 1: Kerja Berpasukan dibawah kendalian Tn.Hj.Mohd Yusof bin Abdul Rashid dari SMK Selancar.
Slot 2 : Sambungan Kerja Berpasukan.
Majlis penyampaian sijil kepada semua wargakerja Pembantu Makmal yang hadir telah di sempurnakan oleh wakil PPD Bentong iaitu En.Hanifah.
Kursus berhenti rehat pada jam 12.30 tengahari diikuti dengan jamuan makan dan rehat.
Slot 3 :Mesyuarat Pembantu Makmal Daerah Bentong sesi 2013-2015. Mesyuarat tersebut diadakan bagi melantik AJK Pelaksana KSKM Daerah Bentong bagi sesi 2013-2015.Semua wargakerja Makmal telah turut serta di dalam undian bagi melantik AJK yang akan berkhidmat kepada seluruh wargakerja makmal sepanjang tempoh antara 2013-2015.
AJK Pelaksana KSKM Daerah Bentong sesi2013-2015 seperti berikut:
Wakil KSKM Daerah:
En.Sallehuddin bin Abd Talib
Timbalan Wakil KSKM Daerah:
Pn.Rogayah bte Abd Aziz
Setiausaha: Pn.Rozni bte Othman
Pen.Setiausaha : Pn.Julia bte Abdul Aziz
Bendahari : Pn.Fauziah bte Nordin
Mesyuarat bersetuju untuk melantik seorang wakil bagi setiap sekolah bagi memudahkan segala maklumat dan perhubungan antara AJK Tertinggi dan semua sekolah di daerah Bentong.Seramai 17
Biro Pelaksana Daerah Bentong:
i.  Biro Latihan Kemajuan dan Kecemerlangan.
ii. Biro Kebajikan Ahli.
iii.Sukan dan Kebudayaan.
iv.ICT dan Multimedia
v. Lawatan dan Rombongan.

Wakil Pelaksana KSKM Daerah Bentong;En.Sallehuddin Abd Talib
Mesyuarat telah bersetuju untuk menetapkan yuran tahunan bagi setiap ahli iaitu sebanyak RM30.00 bagi menampung segala aktiviti dan program yang akan dilaksanakan sepanjang tahun.
Mesyuarat juga telah menjemput Pengerusi KSKM Negeri Pahang;En.Khairul A'zli Hj Ahmad untuk memberikan taklimat berkaitan KSKM Negeri.Taklimat difokuskan kepada galakkan dan kelebihan menjadi ahli KSKM.
Pengerusi juga menyampaikan maklumat tentang perjuangan yang di bawa oleh KSKM Negeri di peringkat Negeri Pahang ketika Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan di JPN Pahang.
Semoga KSKM Daerah Bentong akan terus bersatu sesama ahli,Kerjasama,Kukuh dan Maju bagi merealisasikan perancangan yang telah dirancang agar akan menjadi daerah yang hebat dengan aktiviti KSKM di peringkat daerah Bentong..
Sekian,terima kasih...
~ADMINKSKMPahang~

No comments:

Post a Comment