Sunday, June 30, 2013

JAWAPAN~ADMIN~ KEPADA PEMASALAHAN AHLI KSKM NEGERI PAHANG

KSKM NEGERI PAHANG
Assalamualaikum wbt...
Berikut merupakan permasalahan yang diangkat oleh ahli KSKM Negeri Pahang kepada ~ADMIN~ melalui medium Facebook KSKMPahang.Terima ksih dan kredit kepada ahli yang mengemukakan soalan dan pandangan...

"wlupn jd ahli,sya xrase pn ade keistimewaan ape2 stakat ni..sy ni memg org bru yg memerlukan byk pengetahuan pasal kerja2 makmal nie.tp xpnh plk ade dijemput ke kursus ape2 pasal makmal.kursus asas pn xder..cner nk jd pm yg bagus.yuran byr rm5/bln.tp kemana duit tu disalurkan??lw hnya org yg dh bpengalaman n brjwatan je yg dpt keistimewaan drp duit tu,baik xpyh msuk jd ahli.rm5 sorg tu bkn sdikit.bli ikan 1kg pn bleh thn 2hr bg mkn kt ank2..so renung2kn.."
pada 21hb Jun pukul 3.18 ptg · Suka                                                                                                                                                                   

Berikut jawapan yang ~ADMIN~ muatkan di dalam Facebook tersebut:
 Salam Puan..terima kasih di atas respon tersebut.~ADMIN~mengalu-alukan respon yang membina seperti ini agar KSKM Negeri akan terus mendapat 'feed-back' dari ahli seperti Puan. Untuk pengetahuan Puan,bagi sesi 2011-2013 yang lalu,KSKM Negeri menyedari bahawa program dan perjalanan yang diadakan di daerah Rompin sangat-sangat terbatas.Hanya satu program yang dianjurkan oleh KSKM Negeri Pahang dengan kerjasama Giat Mara Rompin iaitu 'Kursus asas Elektrik'.Kursus tersebut juga hanya dapat menampung penyertaan ahli sekitar 20 peserta sahaja.Oleh yang demikian,bagi menampung keperluan ilmu kepada ahli-ahli KSKM maka KSKM Negeri telah mengamanahkan kepada semua wakil-wakil KSKM daerah untuk memikir dan menjalankan program pengisian ilmu kepada semua ahli KSKM daerah masing-masing.Pihak KSKM Negeri akan menurunkan sedikit bajet yang diagih-agihkan kepada daerah-daerah yang menganjurkan program.Untuk makluman Puan,wang agihan tersebut merupakan yuran ahli yang Puan dan seluruh ahli KSKM di dalam negara ini membayarnya.~ADMIN~akan menerangkan kemana wang caruman RM5 tersebut diagih-agihkan agar Puan lebih mendapat pencerahan.Dari wang potongan Biro Angkasa pada setiap bulan sebanyak RM5 tersebut, RM3 akan disumbangkan kepada KSKM Pusat yang beribupejabat di Kuala Lumpur.Segala caruman RM3 tersebut akan dikendalikan oleh KSKM Pusat untuk segala kos bayaran pembelian pejabat KSKM di KL,Kebajikan,Mesyuarat Agong Cawangan-cawangan,Persidangan Perwakilan,elaun perjalanan pegawai KSKM Pusat,Bil2 setempat,Cukai taksiran DBKL,Penyelenggaraan bangunan,bayaran audit luar dan sebagainya namun ingin ~ADMIN~ highlightkan bahawa KSKM Pusat juga membayar yuran kepada CUEPACS sebagai syarat KSKM berada di bawah gabungan CUEPACS.Setiap apa yang dibawa oleh CUEPACS adalah hasil dari sumbangan dan sokongan Puan serta rakan-rakan ahli dan sedarlah bahawa jika kita bersa sebagai ahli tidak merasakan KEISTIMEWAANNYA maka kita kena kembali kepada prinsip perjuangan.Setiap perjuangan tidak akan mendapat hasilnya dengan sekelip mata sebagaimana kita membuat pelaburan.Kita yang menjadi Pembantu Makmal pada hari ini adalah merupakan perjuangan yang dibawa oleh atendan-atendan dan PAR Makmal pada waktu dahulu.Setiap perjuangan tidak semestinya kita akan merasakan hasilnya pada hari ini kerana mereka yang berjuang untuk jawatan Pembantu Makmal yang kita duduki kini mungkin telah bersara ataupun telah mengadap yang maha Esa. Al-Fatehah!
Puan,duit RM5 yang Puan sumbangkan itu akan dikembalikan kepada KSKM Negeri Pahang bagi melakukan aktiviti dan program-program peringkat negeri mahupun diperingkat daerah-daerah.Alhamdulillah,kSKM Pahang baru sahaja melangsungkan Konvensyen Profesionalisme Kakitangan Makmal Negeri Pahang dan setiap ahli diwajibkan hadir melalui surat yang di e-mailkan oleh Jabatan Pendidikan Pahang ke sekolah menengah di seluruh negeri Pahang.Jika Puan ahli,kenapa Puan tidak hadir ke konvensyen tersebut? Puan diwajibkan hadir agar segala permasalahan Puan yang membelenggu seperti ini dapat diselesaikan di dalam konvensyen tersebut.
Untuk makluman Puan seterusnya,wakil KSKM daerah Rompin pada sesi 2011-2013 yang lalu adala EN.Kamaruzaman dari SMK Tanjung Gemok.Beliau merupakan wakil yang dilantik secara sah di dalam Mesyuarat Agung Dwi Tahunan KSKM Negeri Pahang sesi 2011-2013 yang lalu namun kerana kesihatan yang tidak mengizinkan maka banyak program yang dirancang di Rompin tidak dapat dijalankan sepertimana yang dirancang.
Isu orang baru yang bekerja di makmal dan tidak diberikan kursus atau pengetahuan kepada bidang tugas yang berkaitan merupakan isu yang telah lama diperjuangkan.Oleh kerana tiadanya kursus untuk semua PM samada baru atau lama maka KSKM Pahang telah mengambil inisiatif sendiri untuk menganjurkan program kursus tersebut dengan kerjasama JPN ataupun PPD.Puan boleh merujuk kepada semua PM yang lama terutama ahli KSKM adakah mereka mendapat kursus atau pembelajaran secara khusus di dalam bidang pembantu makmal ini?Secara jujurnya,kebanyakkan akan mengatakan TIDAK...ada yang telah bekerja selama hanpir 10 tahun tetapi tidak pernah menghadiri sebarang kursus kecuali kursus wajib bagi pengesahan jawatan.Profesion PM ini adalah profesion yang 'On Job Training'.Natijah dari ini maka KSKM Negeri Pahang yang dibarisi oleh AJK KSKM Negeri sesi 2011-2013 yang lalu telah cuba memberikan sedikit usaha dan bakti kepada semua ahli KSKM terutama kepada ahli-ahli lama yang sangat-sangat setia dan tidak pernah sedikitpun berganjak dari landasan perjuangan biarpun mereka tidak pernah dipanggil untuk berkursus.Perjuang-pejuang tulen ini harus diutamakan kerana mereka tidak sedikitpun memikirkan akan keuntungan dan manafaat khusus kepada mereka namun mereka sedar bahawa apa yang kita nikmati kita dan semua PM yang nikmati kini,adalah hasil RM5 mereka yang telah mereka sumbangkan kepada KSKM dan kepada CUEPACS.Ingatlah bahawa apa juga yang diperolehi oleh kita melalui CUEPACs...itu adalah suara dan sumbangan dari kita sebagai ahli KSKM.
Akhirnya,~ADMIN~ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan atas respon yang dianggap positif tersebut kerana mungkin ramai lagi ahli KSKM Negeri Pahang diluar sana yang masih kabur tentang perjuangan KSKM terutama di daerah Rompin.Insyallah Puan,jika diizinkan Allah,KSKM Negeri akan merangka program ke daerah Rompin bagi memberikan taklimat dan penerangan berkaitan dengan perjalanan dan perjuangan KSKM Negeri Pahang.
Sekian,mohon kemaafan sekiranya terdapat perkara yang terkasar dan menguris hati Puan di dalam jawapan ~ADMIN~ ini. Segala yang baik dari Allah dan perkara yang buruk itu datangnya dari ~ADMIN~ sendiri...Wallahualam!!!
~ADMINKSKMPahang~

Terdapat ralat diatas penerangan tersebut dan ~ADMIN~ membuat pembetulan sepertimana yang di poskan di Facebook...
 Ralat: Wang caruman bulanan ahli sebanyak RM5 akan dibahagikan mengikut nisbah RM3(Ibupejabat) dan RM2(KSKM Negeri Pahang).Harap maklum..
~ADMINKSKMPahang~

No comments:

Post a Comment