Monday, July 1, 2013

KONVENSYEN PROFESIONALISME KAKITANGAN MAKMAL SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH NEGERI PAHANG 2013

KSKM NEGERI PAHANG
Assalamualaikum wbt...
KSKM Negeri Pahang julung-julung kalinya telah berjaya menganjurkan satu program mega kepada seluruh ahli KSKM Negeri iaitu "Konvensyen Profesionalisme Kakitangan Makmal Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Pahang 2013". Konvensyen tersebut berlangsung sepertimana ketetapan:
Barisan VIP yang hadir ke Konvensyen

Tarikh    : 19 Julai 2013
Masa     : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat  : Dewan SMK Sri Tualang,Temerloh
Tajuk    : Konvensyen Profesionalisme Kakitangan Makmal Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Pahang 2013
Perasmi : Pengarah Pendidikan Negeri Pahang
Majlis Konvensyen dipengerusikan oleh En.Ahmad Rashidi bin Ismail dan Pn.Maslina bte Amreim.
Untuk memberkati Konvensyen,majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh En.Ahalluddin bin Mohd Arshad.
Konvensyen diteruskan oleh ucapan dari Pengerusi KSKM Negeri Pahang;En.Khairul A'zli Hj Ahmad. Beliau mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada Tuan Haji Karim bin Man, Ketua Sektor Jaminan Kualiti Jabatan Pendidikan Negeri Pahang selaku wakil Pengarah Pendidikan Negeri Pahang. Terima kasih juga kepada En.Hamran Ahmad; Presiden KSKM Pusat dan En.Ashaari Maarof;Setiausaha Agung KSKM Pusat,wakil Pengetua SMK Sri Tualang dan seluruh ahli KSKM Negeri Pahang kerana hadir ke Konvensyen tersebut.
Peserta-peserta yang hadir ke Konvensyen
Pengerusi KSKM Negeri Pahang turut menyingkap kembali perjuangan yang dijalankan oleh barisan AJK KSKM Negeri serta AJK Pelaksana KSKM Daerah-Daerah sesi 2011-2013 dalam menghasilkan kejayaan yang boleh dianggap berjaya dipersada negara. Pelbagai program kursus,seminar dan konvensyen telah dianjurkan bagi memberikan manafaat kepada setiap ahli. Beliau juga menyeru kepada ahli agar sentiasa bekerjasama samada di peringkat sekolah,daerah dan negeri. Beliau turut menyeru kepada kakitangan makmal yang masih belum menjadi ahli agar bersegera mendaftar sebagai ahli KSKM agar kesinambungan perjuangan dapat diteruskan kerana"Kekuatan Kita Adalah Suara".
Presiden KSKM Pusat dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada KSKM Negeri Pahang kerana telah berjaya menganjurkan konvensyen kali ini dengan penyertaan yang teramai jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya. Beliau juga turut bersetuju tentang keaktifan KSKM Negeri Pahang dalam menganjurkan program kepada ahli-ahli KSKM. Kewujudan Laman Blog KSKM Negeri Pahang dan Facebook yang aktif turut mencuri perhatian Presiden di dalam ucapannya. Beliau juga berkongsi maklumat berkaitan segala tuntutan yang di bawa ke Kementerian Pendidikan Malaysia bersama-sama ahli Negeri Pahang.
Tuan Haji Karim bin Man

Seterusnya ucapan perasmian oleh wakil Pengarah Pendidikan Pahang; Tuan Haji Karim bin Man, Ketua Sektor Jaminan Kualiti di Jabatan Pendidikan Pahang. Dalam ucapannya,beliau mempersoalkan berkaitan terdapat Pembantu Makmal di sekolah lama beliau berkhidmat yang tidak menganggotai KSKM. Beliau juga merupakan salah seorang pelayar Laman Blog KSKM Negeri Pahang kerana banyak maklumat di dalam ucapan beliau merupakan hasil layaran di Laman Blog tersebut. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada KSKM Negeri Pahang kerana kewujudan Laman Blog tersebut. Beliau turut menyeru kepada seluruh wargakerja makmal Negeri Pahang agar sentiasa cakna terhadap situasi semasa. Beliau berharap agar semua ahli dapat mengetahui berkaitan 'Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025', 'Prinsip Kerja X-Plus'. Beliau turut menyarankan agar ahli KSKM dapat mendalami 'Buku Haluan Kerja' dan 'Penjelasan Tentang Akujanji'. Beliau seterusnya merasmikan Konvensyen Profesionalisme pada hari tersebut.
Wakil KSKM Daerah Lipis;En.Lukman Baharuddin

Usai ucapan perasmian, majlis diteruskan dengan penyampai sijil kepada semua AJK KSKM Negeri Pahang, AJK Pelaksana KSKM Daerah-Daerah dan AJK Kerja Konvensyen. Majlis turut julung-julung kalinya memperkenalkan "ANUGERAH KECEMERLANGAN" kepada KSKM Daerah yang dapat menambah keahlian baru teramai dan menganjurkan aktiviti yang padu kepada semua ahli-ahli KSKM Daerah masing-masing.
Wakil KSKM Daerah Kuantan:Pn.Rosidah Adam Ahmad
KSKM Negeri Pahang telah mengiktiraf dan menobatkan "Anugerah Kecemerlangan" tersebut kepada KSKM Daerah Lipis dan KSKM Daerah Kuantan. KSKM Negeri Pahang terpaksa menganugerahkan kepada dua KSKM Daerah kerana kedua-duanya telah memenuhi kretiria yang ditetapkan oleh KSKM Negeri. Hadiah .berupa sijil dari KSKM Negeri Pahang dan wang tunai. Tahniah dan Syabas kepada kedua-dua KSKM Daerah tersebut semoga akan terus menjadi perangsang bagi menggerakkan KSKM di peringkat daerah.

Di dalam slot kedua pula, Mesyuarat Agung Dwi Tahunan KSKM Cawangan Pahang 2013-2015 dimulakan. Semua AJK KSKM Negeri serta semua ahli-ahli KSKM mengambil tempat masing-masing.
Mesyuarat Agung KSKM Cawangan Pahang sedang di jalankan
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengerusi KSKM Negeri Pahang;En.Khairul A'zli Hj Ahmad.
AGENDA MESYUARAT:
1. Ucapan Pengerusi Mesyuarat; Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang hadir dan berharap agar mesyuarat kali ini akan berlangsung dengan lancar dan teratur.
2. Melantik 2 orang Pencatat Minit;
Mesyuarat bersetuju melantik Pn.Hazita bte Mokhtar dan Pn.Siti Hafizah bte Abdul Karim.
3.Melantik 5 orang Pengira Undi Sulit;
Mesyuarat bersetuju melantik;
Pengira Undi Sulit sedang menjalankan amanah.TAHNIAH!

i. Pn.Nor Azizah Abdul Rahman(SMK Pelindung,Kuantan)
ii.Pn.Noraini Zakaria (Kolej Matrikulasi Pahang,Jengka)
iii.Pn.Noriza Mat Isa (SMK Padang Saujana,Jerantut)
iv.Pn.Siti Asma Khairus (SMK Tanah Puteh,Kuantan)
v.En.Mokhtar Jantan (SMK Maran 2, Maran)
Tahniah dan terima kasih khas kepada semua pengira undi sulit yang bertungkus lumus dalam melaksanakan amanah seluruh ahli.
4. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Dwi Tahunan kali ke-8;
Mesyurat menerima dan mengesahkan minit tersebut.
5. Membentang dan Mengesahkan Laporan Tahunan sesi 2011-2013;
Mesyuarat menerima dan mengesahkan laporan tersebut.
6. Membentang dan Menerima Laporan Kewangan sesi 2011-2013;
Mesyuarat menerima dan mengesahkan laporan tersebut.
7. Meluluskan anggaran Penerimaan dan Perbelanjaan sesi 2013-2015;
Mesyuarat bersetuju untuk menambahkan peruntukan bagi kursus/seminar daerah-daerah (10 daerah) dari RM6,500.00 kepada RM 10,000.00. Terima kasih kepada semua ahli.
Sebahagian ahli yang mengikuti perjalanan mesyuarat

8. Membahaskan Usul;
Terdapat beberapa usul yang dibawa oleh KSKM Negeri untuk diangkat dan diperbahaskan diperingkat Pusat ketika Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan KSKM Kali Ke-12 nanti.
Terdapat juga usul yang dibawa ahli untuk tindakan KSKM Negeri. Terima kasih kepada semua yang terlibat.
9. Mengumumkan Keputusan Pemilihan Pegawai-Pegawai KSKM Cawangan Sesi 2013-2015;
Pengerusi : En.Khairul A'zli Hj Ahmad (Menang Tanpa Bertanding)
Setiausaha ; En.Mohd Lotfan Abdul Aziz (Menang Tanpa Bertanding)
Bendahari : Pn.Rogayah Othman (Menang Tanpa Bertanding)
Antara Ahli KSKM Negeri Pahang yang BERTUAH!
AJK:
i. Pn.Siti Hafizah Abdul Karim (203 undi)
ii.Ahmad Rahin (178 undi)
iii.Norhana Haron (168 undi)
iv.Maslina Amreim (144 undi)
v. Salehuddin Abdul Talib (130 undi)
Tahniah kepada yang berjaya dan Tahniah juga kepada ahli yang bertanding kerana menjadi sebahagian daripada ahli yang menjayakan  program penyuburan demokrasi di dalam KSKM Negeri Pahang.
Majlis Konvensyen kali ini diselang-seli dengan acara cabutan hadiah bertuah kepada ahli yang hadir. Ini merupakan kaedah bagi menenang dan menyegarkan keadaan di dalam dewan. Hadiah-hadiah merupakan sumbangan orang perseorangan dan dari KSKM Negeri.
10. Mengumumkan Nama Perwakilan ke Persidangan Dwi Tahunan Kali Ke-12 sesi 2013-2015.
i. En.Khairul A'zli Hj Ahmad (224 undi)
ii.Pn.Rogayah Othman (202 undi))
iii.Pn.Siti Hafizah Abdul Karim (167 undi)
iv.Pn.Norhana Haron (149 undi)
v. En.Ahmad Rahim (124 undi)
vi.En.Hermi Zakaria (119 undi)
vii.Pn.Maslina Amreim (118 undi)
ix. En.Muhammad Nazri Ibrahim (112 undi)
Tahniah kepada semua perwakilan.Jalankan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan oleh seluruh ahli KSKM Negeri Pahang.
11. Melantik 2 orang Juruaudit Dalam;
Mesyurat bersetuju sebulat suara melantik: i.Pn.Ameerina Ripin (SMK Temerloh)  ii. En.Abdul Azam Muhamed (SMK Mentakab).
Penerima "ANUGERAH KECEMERLANGAN" KSKM Lipis

12. Melantik Wakil-Wakil Daerah;
i. Kuantan - Pn.Rosidah Adam Ahmad (SMK Tanah Puteh)
ii.Pekan - En.Hamirul Nizam Abdul Hamid (SM SHAH,Pekan)
iii.Temerloh - Pn Hazita Mokhtar (SMJK Hwa Lian,Mentakab)
iv.Bera - Pn.Norhana Haron (SMK Mengkarak)
v.Jerantut - En.Ahmad Khatimi Bahaudin (SMK Padang Piol)
vi.Lipis - En.Lukman Baharuddin (SMK Setia Wangsa)
vii. Raub - En.Hermi Zakaria (SEMESTA)
viii.Bentong - En Sallehudin Abdul Talib (SM Teknik Tengku Ampuan Afzan)
ix. Cameron Highlands - Pn.Rossila Hassan (SMK Ringlet)
x. Rompin dan Maran - akan dilantik ketika mesyuarat AJK KSKM Negeri yang pertama nanti.
13. Penangguhan; Beberapa ahli mengemukakan pandangan dan cadangan yang positif untuk dilaksanakan oleh semua AJK KSKM Negeri yang baru dilantik menerajui KSKM Negeri Pahang bagi sesi 2013-2015.
Pengerusi mesyuarat merangkap Pengerusi KSKM Negeri Pahang sekali lagi mengucapkan tahniah,syabas dan terima kasih kepada sekelian ahli yang hadir sehingga tamatnya konvensyen kali ini dengan jayanya.
Semoga KSKM Negeri Pahang akan lebih bertenaga dan lebih upaya dalam menjalankan program yang memberikan manafaat yang optimum kepada seluruh ahli selesai sahaja konvensyen kali ini. Beliau
juga menasihati semua ahli agar berhati-hati ketika memandu kenderaan masing-masing untuk pulang ke destinasi. Pengerusi menjemput semua ahli yang ingin mengambil wang saguhati agar menuntut daripada AJK yang bertugas. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.35 petang.
Sekian,terima kasih...
~ADMINKSKMPahang~




No comments:

Post a Comment