Monday, July 8, 2013

MESYUARAT AJK KSKM NEGERI PAHANG KALI PERTAMA SESI 2013-2015

KSKM NEGERI PAHANG
Assalamualaikum wbt...
Tahniah dan Syabas kepada barisan KSKM Negeri Pahang sesi 2013-2015 yang baru dilantik ketika Konvensyen Profesionalisme Kakitangan Makmal Negeri Pahang pada 19 Jun 2013 yang lalu kerana sekali lagi telah mengorak langkah yang drastik dengan mengadakan Mesyuarat AJK KSKM Negeri kali pertama walaupun tidak sampai sebulan perlantikan tersebut. Inilah komitmen dari semua barisan AJK dalam menunaikan amanah yang diberikan oleh seluruh AHLI KSKM Negeri Pahang.
Berikut ketetapan mesyuarat tersebut:
Tarikh      : 6 Julai 2013(Sabtu)
Masa       : 10.00 pagi
Tempat    : Kediaman Rasmi Puan Bendahari KSKM Negeri,Temerloh
Mesyuarat kali ini sangat istimewa kerana Puan Rogayah Othman(bendahari) telah mengizinkan AJK Negeri mengadakan mesyuarat di kediaman beliau bagi mencari kelainan dan persekitaran yang berbeza serta jauh dari sekitar alam persekolahan. Mesyuarat kali ini juga merintis kelainan apabila pengerusi mesyuarat AJK tidak lagi didominasi oleh Pengerusi KSKM Negeri tetapi telah disepakati untuk dipengerusikan oleh setiap AJK secara giliran. Untuk pertama kalinya, En.Ahmad bin Rahim telah diamanahkan memikul tanggungjawab tersebut.
Agenda Mesyuarat seperti berikut:
1.Ucapan Pengerusi Majlis :
- Memulakan majlis dengan bacaan Ummul Kitab.
- Mengalu-alukan kehadiran semua AJK KSKM serta juru audit dalam.
2. Ucapan Pengerusi KSKM Negeri Pahang ; 
- Mengucapkan selamat datang kepada semua AJK dan mengucapkan tahniah kepada En.Salehuddin Abdul Talib sebagai AJK yang baru dilantik serta En.Abdul Azam Mohamed sebagai juru audit luar yang dilantik.
- Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada Puan Norfazura(AJK KSKM Negeri sesi 2011-2013) diatas sumbang bakti beliau sepanjang sesi yang lalu.
3. Laporan Setiausaha :
- Keahlian KSKM Negeri sehingga 30 Jun 2013(secara tidak rasmi) seramai 418 ahli.
- Tuntutan sumbangan ahli meninggal dunia;Allahyarham Abu Hassan (SMK Kerambit) masih di dalam proses diperingkat KSKM Pusat.
- Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan Kali ke-12 yang dijadualkan pada September 2013 kemungkinan besar ditangguhkan kerana terdapat KSKM Negeri yang masih tidak menyelesaikan mesyuarat agung peringkat negeri masing-masing yang sepatutnya diadakan antara April-Jun 2013.
4. Laporan Bendahari :
- Mesyuarat kali pertama ini,tiada disediakan penyata kewangan.
- Bendahari membentangkan segala perbelanjaan secara terperinci sepanjang program Konvensyen dan Team Building yang lalu.
5. Membincangkan Perancangan AJK KSKM Cawangan Pahang Sepanjang Sesi 2013-2015 Cadangan Cadangan Pengerusi  KSKM Negeri Pahang:
i. Kempen tambah ahli diteruskan(lebih agresif);
-'Anugerah Kecemerlanagan' diteruskan.
- AJK Pemantau daerah harus mengenalpasti PM di sekolah2 yang belum menjadi ahli.
Perbincangan serius perancangan KSKMPahang sesi 2013-2015
ii.AJK Pemantau Daerah ditubuhkan dimana AJK ini berfungsi memantau,menyelia dan memastikan segala perjalanan program di daerah-daerah;
- Pengerusi; En.Khairul A'zli Hj Ahmad - Lipis, Raub dan Cameron Highlands.
- Setiausaha; En.Mohd Lotfan Abdul Aziz - Kuantan.
- Bendahari: Pn.Rogayah Othman - Maran.
- Pn. Siti Hafizah Abdul Karim - Pekan dan Rompin.
- En.Ahmad Rahim - Jerantut.
- Pn.Maslina Amreim - Temerloh.
- Norhana Haron - Bera.
- En.Salehuddin Abdul Talib - Bentong.
iv. Membincangkan usul dari Pn.Rosfarizam(SMK Sulaiman,Bentong) agar KSKM menerima tempahan baju korporat kembali dan memperkenalkan T'shirt KSKM Negeri. Insyallah,akan diusahakan.
v. Menubuhkan unit-unit di dalam organisasi KSKM Negeri : (Semua AJK terlibat)
- Unit Latihan dan Sumber Manusia ; Pn.SitiHafizah Abdul Karim dan Pn.Maslina Amreim.  
- Unit ICT dan Multimedia : En.Khairul A'zli Hj Ahmad dan En.Mohd Lotfan Abdul Aziz.
- Unit Kewangan dan Penambahan Dana ; Pn.Rogayah Othman,En.Ahmad Rahim dan Mohd Azam.
- Unit Kebajikan,Sosial dan Sukan ; Pn.Norhana Haron dan En.Salehuddin Abdul Talib.
vi. Wakil KSKM Negeri Pahang ke Mesyuarat Cuepacs Pahang.
Pengerusi dan Setiausaha KSKM Negeri Pahang.Jika kedua-duanya tidak dapat menghadiri mesyuarat tersebut,Wakil KSKM Daerah Kuantan; Pn.Rosidah Adam Ahmad dan Pn.Samseema Harun akan mewakili KSKM Negeri Pahang.
vii.Peruntukan perbelanjaan dari KSKM Negeri Pahang kepada KSKM Daerah diperbincangkan.
Keputusan dari perbincangan tersebut adalah seperti ketetapan berikut:
Daerah yang berubah peruntukan mengikut keahlian di dalam daerah adalah; Bentong - dari RM200 ke RM300. Bera - dari RM100 ke RM200. Maran - dari RM250 ke RM300. Daerah-daerah lain tiada perubahan.
viii.Mesyuarat juga bersetuju untuk menganjurkan beberapa program peringkat negeri.
- Kursus 'Jati Diri' usahasama Biro Tatanegara(BTN) - (80 peserta).
- Kursus 'Pengendalian Mikroskop' usahasama KSKM Negeri,KSKM Daerah Kuantan dan PPD Kuantan. 3 peserta dari setiap daerah. Objektif; melahirkan Jurulatih Utama(JU) diperingkat daerah.
- Kursus 'Kepimpinan' usahasama Jabatan selain KPM. Peserta terdiri daripada AJK KSKM Negeri,
AJK  Pelaksana KSKM Daerah(AJK Tertinggi). Objektif; pendedahan kepada ilmu kepimpinan.
- Program 'Hari Keluarga' KSKM Negeri Pahang.
- Program 'Bersama Menteri Besar Pahang' usahasama Cuepacs Pahang.
Kediaman Bendahari KSKM Negeri Pahang;Pn.Rogayah Othman
Cadangan En.Abdul Azam bin Mohamed:
- Memastikan Pembantu Makmal lama yang berpengaruh ditarik untuk menjadi ahli.
- Borang keahlian KSKM diharap diedarkan kepada setiap sekolah agar memudahkan PM yang ingin menjadi ahli.
Cadangan Unit Latihan dan Sumber Manusia:
- KSKM Negeri dengan kerjasama KSKM daerah Maran akan mengadakan satu kursus di daerah Maran dan dijangka pada 29.8.2013.
- Merancang dan mengambil tanggungjawab untuk menganjurkan kursus kepada setiap ahli.
Cadangan Bendahari; Pn.Rogayah Othman:
KSKM Negeri harus menganjurkan kursus berbentuk keagamaan dan rohani.
6. Hal-hal Lain :
- Pn.Maslina Amreim memohon KSKM Negeri Pahang agar mencari jalan agar 'Buku Penghuraian Tugas Pembantu Makmal' yang diedarkan ke semua sekolah di negeri Pahang dapat dilaksanakan oleh pihak pentadbir di sekolah-sekolah terutama bahagian pembersihan makmal yang seharusnya dilaksanakan oleh kontraktor pembersihan.
Respon Pengerusi KSKM Negeri Pahang:
i. Peringkat Pusat; Usul telah dibawa ke Persidangan Perwakilan KSKM Pusat nanti dan akan diperbahaskan.
ii.Peringkat Negeri; Pengerusi akan membawa permasalahan tersebut ketika mesyuarat MBJ nanti.
iii.Peringkat Daerah;Mohon kerjasama semua Wakil KSKM Daerah agar berbincang bersama pihak PPD.
iv.Peringkat Sekolah; Mohon semua Pembantu Makmal berbincang bersama pihak pentadbir.
- Mohon agar pakaian Pembantu Makmal dibenarkan untuk menggunakan seluar sepertimana penjawat awam yang bekerja di farmasi hospital serta jururawat.
- Puan Norhana Haron memohon agar elaun perjalanan kehadiran mesyuarat terutama Wakil KSKM Daerah-Daerah disebut semula bagi sesi 2013-2015 ini.
- Pengerusi Negeri mengucapkan jutaan terma kasih kepada tuan rumah,Puan Rogayah kerana membenarkan kediamannya digunakan untuk mesyuarat kali ini.
- Pengerusi juga mengingatkan agar kes Pn.Julia(SMK KhaiMun,Bentong) yang tidak tersenarai di dalam nama panggilan ke Konvensyen baru-baru ini tidak akan berulang lagi.
- Pengerusi Mesyuarat AJK yang akan datang akan dipengerusikan oleh Pn.Norhana Haron.
Mesyuarat AJK Kali Pertama sesi 2013-2015 ditangguhkan pada jam 2.50 petang...
Wallahualam...
~ADMINKSKMPahang~




No comments:

Post a Comment