Friday, July 19, 2013

BEKALAN LABCOAT (PEMBANTU MAKMAL) BAGI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH NEGERI PAHANG

KSKM NEGERI PAHANG 
Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Illahi kerana dengan keizinan dan rahmatnya maka KSKM Negeri Pahang telah melakar satu lagi sejarah perjuangan yang didokong oleh seluruh ahli-ahli KSKM Negeri Pahang dimana pihak Jabatan Pelajaran Negeri Pahang(JPNP) melalui Pejabat Pelajaran Daerah(PPD) sedang mengedarkan sampel saiz pakaian keselamatan"Lab Coat" kepada semua Pembantu Makmal di negeri Pahang. Diberitakan bahawa setiap Pembantu Makmal akan menerima 2 helaian 'lab coat' tersebut. Inilah satu peristiwa dimana, permohonan dan permintaan yang di bawa oleh KSKM Negeri Pahang melalui Pengerusi KSKM Negeri Pahang ketika mesyuarat'Majlis Bersama Jabatan' telah diluluskan oleh pihak JPN.~ADMIN~ ingin merakamkan ucapan TAHNIAH dan TERIMA KASIH kepada pihak Jabatan Pelajaran Pahang di atas kelulusan tersebut.


Surat dari Pejabat Pelajaran Daerah Raub
Inilah antara tanggungjawab yang telah dilaksanakan oleh Kepimpinan KSKM Negeri Pahang bagi memikul amanah yang telah disandarkan oleh sekelian ahli KSKM. Suara akar umbi ahli sangat-sangat didengari dan sikap cakna AJK KSKM Negeri Pahang telah menghasilkan apa yang kita tuntut selama ini diperolehi. Walaupun apa yang diperjuangkan ini tidaklah menghasilkan sesuatu yang besar nilainya bagi sesetengah Pembantu Makmal namun sekurang-kurangnya kita telah menuntut hak kita untuk mendapatkan pakaian keselamatan sepertimana termaktub di dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil 7 Tahun 1990 bertajuk"PERUNTUKAN BEKALAN PAKAIAN SERAGAM" pada para 2.1(b) bagi tujuan perlindungan dan keselamatan diri kakitangan daripada percikan bahan-bahan kimia dan kekotoran semasa bertugas, kakitangan terlibat dengan bidang tugas ini seperti PEKERJA MAKMAL, pekerja bengkel, pekerja am di luar pejabat dan wad rawatan pesakit adalah layak mendapat pakaian seragam.

Ulasan~ADMNKSKMPahang~
Di sini,~ADMIN~ ingin mengambil kesempatan untuk menjemput dan mempersilakan seluruh Pembantu Makmal di negeri Pahang ini yang masih tidak menjadi ahli KSKM agar dapat menganggotai dan seterusnya menyertai perjuangan bersama KSKM untuk memartabatkan profesion kita selaku Pembantu Makmal. Kekuatan kita adalah "SUARA"...SUARA yang kuat adalah datangnya dari jumlah AHLI yang ramai di dalam sesebuah Kesatuan. Marilah kita merubah dan malakar sejarah di dalam kesatuan ini demi untuk satu perubahan(transformasi) untuk kita menjadi sebahagian daripada sejarah perubahan dan bukan hanya menjadi PENUMPANG kepada perubahan tersebut..Wallahualam...

~ADMINKSKMPahang~


1 comment: