Wednesday, July 31, 2013

TEKS UCAPAN PENGERUSI KSKM NEGERI PAHANG DI DALAM PROGRAM 'TEAM BUILDING'

KSKM NEGERI PAHANG

Assalamualaikum wbt...
~ADMIN~ mengambil kesempatan di Laman Blog ini untuk memuatnaik teks ucapan Pengerusi KSKM Negeri Pahang;En.Khairul A'zli Hj Ahmad bagi menyampaikan hasrat dan tujuan beliau untuk dikongsikan bersama seluruh AHLI-AHLI KSKM Negeri Pahang yang tidak berkesempatan bersama-sama di dalam program tersebut. Berikut merupakan teks ucapan tersebut:
En.Khairul A'zli Hj Ahmad

Bismillahirrahmaanirrahimm...
Terima kasih pengacara majlis,
Barisan tetamu yang diraikan ;
Kekanda Nik Man Mk Chu, Kekanda Tuan Haji Abdullah Abd Ghani dan Kekanda Mahmud Ali.
Barisan AJK KSKM Negeri Pahang dan keluarga.
Barisan AJK KSKM Pelaksana daerah-daerah negeri Pahang
Seterusnya hadirin dan hadirat yang dihormati sekelian.
Assalamualaikum wbt...


Pertama-tamanya marilah kitamemanjatkan keyukuran kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinnya maka dapatlah kita bersama-sama berkumpul pada malam ini di Hotel Sri Malaysia ini dalam melaksanakan program anjuran KSKM Negeri Pahang.



Setelah beberapa kali survey dan kaji selidik dijalankan terhadap mood dan sambutan ahli terhadap program ini maka sebanyak 3 kali rancangan penganjurannya terpaksa ditunda dan Alhamdulillah, pada malam ini apa yang dirancang dan julung-julung kalinya diadakan telah terlaksana. Terima kasih kepada semua yang hadir dan memberikan sambutan dan sokongan kepada program ini.



Objektif program'Team Building' ini diadakan adalah untuk meraikan pejuang-pejuang tulen di dalam KSKM Negeri Pahang. Tanpa kelibat dan susuk mereka ini di dalam kesatuan kita maka saya beranggapan bahawa kita tidak akan berada di sini pada waktu ini. Bekas pejuang tulen ini seharusnya dihargai kerana KSKM yang kita dukungi kini merupakan kesinambungan hasil usaha dan keringat yang ditaburkan oleh orang-orang lama di dalam KSKM. Maka benarlah pepatah ada mengatakan bahawa "Tiada yang Lama maka Tiadalah yang Baru". AJK KSKM Negeri telah bersetuju untuk mengangkat kembali nostalgia perjuangan yang dibawa oleh tokoh-tokoh ini kerana apa yang kita miliki dan kita perolehi di dalam profesion kita sebagai wargakrrja makmal,tidak boleh tidak sama sekali kita nafikan bahawa ini merupakan hasil perjuangan oleh tokoh-tokoh yang kita raikan pada malam ini.

Tokoh Pejuang Unggul KSKM Negeri Pahang

Penghormatan yang tinggi seharusnya kita berikan kepada tokoh-tokoh ini kerana amanah yang saya dan rakan-rakan AJK KSKM Negeri Pahang pikul selama 2 tahun ini merupakan rentetan dari amanah yang telah dipikul oleh mereka satu masa yang lalu.

Saya selaku Pengerusi KSKM Negeri Pahang sesi 2011-2013 ini mewakili AJK KSKM Negeri Pahang dan seluruh AHLI KSKM Negeri Pahang mengharap dan mendoakan agar segala penat dan lelah serta keringat yang dikeluarkan selama ini akan mendapat pembalasan yang baik daripada Allah SWT...Amin Yaa Rabbalaalaminn...


Tuan2 dan Puan2 sidang hadirin yang dihormati sekelian...

Penganjuran program "Team Building" ini juga berobjektif untuk meraikan seluruh ahli KSKM Negeri Pahang disamping dapat memperkukuh dan mempereratkan hubungan sillatulrahim antara sesama rakan makmal di negeri Pahang. Walaupun profesion kita adalah sama tetapi pelbagai kekangan dari beberapa aspek menyebabkan kita wargakerja makmal tidak mengenali antara satu sama lain. Kedudukan geografi negeri Pahang yang luas dan besar juga merupakan antara kekangan tersebut. Justeru, KSKM Negeri telah menmcadangkan agar satu program mega yang dapat menghimpunkan seluruh wargakerja makmal di negeri ini seharusnya digerakkan. Alhamdulillah, walaupun penglibatan semua AHLI KSKM Negeri ini tidak mecapai tahap yang maksimum namun kami selaku penganjur kepada program ini tetap positif kepada situasi ini. Ini merupakan program yang julung-julung kali dianjurkan dan sambutannya sangat menggalakkan dan Insyallah, saya memohon kepada hadirin dan hadirat yang hadir pada malam ini agar dapat menyampaikan ceritera yang hebat berkaitan program ini kepada rakan-rakan makmal di sekolah masing-masing nanti. Saya amat berfikiran positif bahawaprogram yang sebegini akan terus dianjurkan dan Insyallah akan mendapat sambutan yang lebih baik lagi.


Barisan yang diraikan dan hadirin yang dihormati sekelian...

Saya ingin mengajak Tuan2 dan Puan2 berfikir sejenak di dalam diri kita sendiri, berapa kali kita dapat meraikan diri kita sendiri? Kita hanya sering cuba sedaya upaya untuk meraikan dan membuat orang disekeliling kita berpuashati dan genbira samada kepada keluarga dan juga ketika berada di tempat kerja. Kadang-kadang kita terlupa bahawa kita juga harus meraikan dan membelai diri kita sendiri. Sehubungan dengan itu, objektif penganjuran  "Team Building" kita pada malam ini adalah untuk meraikan diri kita sendiri selaku wargakerja makmal di negeri Pahang ini. Saya menyeru kepada seluruh hadirin rakan-rakan makmal sekelian agar dapat bergembira dan menikmati makanan yang tersedia. Lepaskan dan keluarkanlah diri Tuan2 dan Puan2 dari masalah dan inviroment makmal pada hari ini. Marilah kita bersama-sama menikmati malam ini sebagai malam untuk kita semua...Insyallah,


Jutaan terima kasih kepada kesemua tokoh-tokoh yang diraikan pada malam ini kerana kesudian untuk hadir dan bersama-sama memeriahkan lagi program KSKM Negeri Pahang.



Sekalung tahniah kepada AJK KSKM Negeri Pahang terutama Unit Latihan KSKM Negeri yang banyak membantu untuk menjayakan program kita pada malam ini dan seterusnya program "Konvensyen  Profesionalisme Kakitangan Makmal Negeri Pahang" di Dewan SMK Sri Tualang pada pagi esok. Semoga sedikit usaha kepada semua ahli-ahli KSKM Negeri ini akan mendapat sokongan dan dokongan yang berterusan dari semua ahli.



Wabillahitaufiqwallhidayah Wassalamualaikum wbt... 


~ADMINKSKMPahang~

No comments:

Post a Comment