Wednesday, July 17, 2013

MESYUARAT'MAJLIS BERSAMA JABATAN' (MBJ) BIL 2 TAHUN 2013

KSKM NEGERI PAHANG


 Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah,sekali lagi KSKM telah menghantar wakil ke Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan(MBJ) kali kedua bagi tahun 2013 iaitu Pengerusi KSKM Negeri Pahang;En.Khairul A'zli Hj Ahmad sepertimana ketetapan di bawah:
Tarikh    : 16 Julai 2013
Masa     : 9.00 pagi
Tempat  : Bilik Gerakan,Jabatan Pelajaran Pahang
Mesyuarat telah dipngerusikan oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang; En.Rosdi bin Ismail.
 
Pengerusi KSKM Negeri Pahang;En.Khairul A'zli Hj Ahmad 
Di dalam Laman Blog ini,~ADMIN~ suka untuk berkongsi bersama pembaca sekelian iaitu suara dari AHLI-AHLI KSKM Negeri Pahang yang telah diangkat ketika mesyuarat tersebut berlangsung.
KSKM Negeri telah mengangkat 3 usul untuk diperbincangkan iaitu:
1. Ucapan tahniah kepada pihak JPN kerana telah bekerjasama dengan KSKM Negeri Pahang dalam penganjuran Konvensyen Profesionalisme Kakitangan Makmal Negeri Pahang pada 19 Jun 2013 yang lalu.
~KSKM memmohon kepada pihak JPNPahang dan pihak PPD di Negeri Pahang agar dapat memperuntukkan sedikit peruntukan bagi tujuan Tuntutan Elaun Pejalanan (TNT) kepada setiap peserta kursus,seminar ataupun konvensyen.Ini disebabkan pihak KSKM Negeri yang menganjurkan sebarang program bersama pihak JPN Pahang akan menanggung kos2 seperti penyediaan tempat program, makan dan minum peserta tetapi KSKM tidak mampu untuk menyediakan atau mengeluarkan peruntukan bagi elaun perjalanan.
- Pihak JPN Pahang akan memperuntukkan elaun perjalanan kepada semua peserta kursus jika program tersebut diadakan melalui JPN ataupun PPD. Elaun perjalanan juga akan diberi berdasarkan kemampuan kewangan JPN.
Pn.PPD Temerloh dan Akauntan di JPN Pahang

2. Ucapan terima kasih kepada pihak JPN Pahang kerana telah mengedarkan 'Buku Penghuraian Tugas Pembantu Makmal' kepada seluruh sekolah di negeri Pahang. dari maklumat dan lapuran ahli-ahli KSKM Negeri,terdapat kebanyakkan pihak pentadbir di sekolah-sekolah tidak meneliti isi kandungan buku tersebut.
~KSKM memohon agar 'SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS' pada fasa (f) perlu di 'highlight'kan di dalam surat siaran atau edaran atau pekeliling JPNP kepada semua sekolah. Ini disebabkan arahan tersebut melibat 3 pihak iaitu; Pihak Pentadbir, Pihak Pembantu Makmal dan Pihak Kontraktor Pembersihan.
- Pihak JPN Pahang akan mengambil tindakan.
3. KSKM memohon agar semua PPDdapat bekerjasama melalui unit Sains dan Matematik di setiap PPD terhadap aktiviti yang dirancang oleh KSKM peringkat daerah. Kebanyakkan PPD telah memberikan kerjasama yang baik namun masih ada terdapat unit Sains dan Matematik di PPD tertentu yang agak kurang mesra dengan aktiviti KSKM.Insyallah,KSKM akan bergerak aktif dalam penganjuran kursus-kursus kepada ahli bagi membantu pihak JPN dan PPD bagi mengisi keperluan ilmu kepada Pembantu Makmal.
- Timbalan Pengarah selaku Pengerusi telah mengarahkan semua PPD  terutama Unit Sains dan Matematik di daerah-daerah agar dapat memberikan kerjasama yang baik kepada KSKM.

Keadaan dan suasana mesyuarat MBJ
Selain usul yang dibentang itu,KSKM juga mendapat maklumbalas dari pihak JPN Pahang berkaitan:  i.Pengedaran pakaian keselamatan 'Lab Coat' kepada semua Pembantu Makmal melalui PPD masing-masing. Proses pengukuran saiz lab Coat telah,sedang dan akan berlaku dalam masa yang terdekat ini
ii. Pelupusan Bahan Kimia masih sedang berlaku mengikut daerah-daerah. Proses pelupusan bahan kimia tersebut di lakukan oleh kontraktor Syarikat Kualiti Alam. Antara daerah yang telah menjalankan proses pelupusan tersebut adalah Kuantan, Bentong, Raub dan Lipis.
Ulasan ~ADMINKSKMPahang~
Inilah perjuangan yang dibawa oleh KSKM Negeri Pahang dibawah bidang kuasa yang terhad di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri Pahang untuk semua ahli-ahli KSKM Negeri. Namun apa yang menyedihkan adalah apabila hasil yang diperjuangkan oleh setiap ahli KSKM melalui sokongan,dorongan dan sumbangan wang ringgit setiap bulan ahli kepada KSKM telah dikecapi bersama oleh pembantu makmal yang BUKAN AHLI. Sempena Ramadhan yang penuh keberkatan ini,~ADMIN~menyeru seluruh pembantu makmal yang masih belum mendaftar sebagai ahli agar bersama-sama berjuang di dalam KSKM dengan tindakan menjadi ahli KSKM. Marilah kita bersama-sama mencipta perubahan dan bukan hanya menjadi penumpang kepada perubahan tersebut. Wallahualam...
~ADMINKSKMPahang~    

No comments:

Post a Comment