Tuesday, July 9, 2013

UCAPAN SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK DARIPADA ~PENGERUSI KSKM NEGERI PAHANG~

KSKM NEGERI PAHANG


Assalamualaikum Wbt dan Salam Kesatuan...

En.Khairul A'zli Hj Ahmad
Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan kehadrat Allah SWT kerana dengan keizinan dan limpah kurnia yang tidak terhingga yang diberikan kepada kita maka sekali lagi dipertemukan kita dengan bulan yang mulia,bulan yang penuh keberkatan,bulan rahmat dan bulan keampunan daripada Allah kepada setiap insan yang bermunajat kepadaNya.
Alhamdulillah, dikesempatan ini, saya selaku Pengerusi KSKM Negeri Pahang dan barisan AJK KSKM Negeri Pahang serta AJK Pelaksana Daerah-Daerah di Negeri Pahang ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh Wargakerja Makmal terutama seluruh AHLI KSKM Negeri Pahang yang dihormati. ("sila tamatkan pembacaan anda sehingga keakhir tulisan ini untuk mendapat kefahaman erti sebenar berpuasa dan implikasinya terhadap perjuangan KSKM").
Marilah kita bersama-sama mengambil iktibar dan pengajaran yang terdapat di dalam ibadah puasa kita kali ini dimana saya ingin kongsikan bersama-sama pembaca Laman Blog ini berkaitan "HIKMAH DAN FAEDAH BERPUASA".
~ Islam mengariskan seluruh umatnya yang bertaqwa kepada Allah agar mengerjakan puasa sebulan di bulan Ramadhan dimana puasa merupakan salah satu rukun Islam yang lima. Firman Allah SWT  di dalam Surah Al-Baqarah ayat:183 yang bermaksud;"Wahai orang-orang yang beriman,diwajibkan berpuasa keatas kamu sebagaimana diwajibkan keatas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu,semoga kamu bertaqwa". 
~ Apabila kita berpuasa,kita dapat menjaga kesihatan diri kita . Ini dibuktikan dengan hadis dari Nabi Muhammad SAW yang bermaksud; "Berpuasalah kamu,nescaya kamu akan sihat".
~ Dengan berpuasa,kita akan menjadi tunduk serta tawaduq kepada kebesaranNya serta mensyukuri segala limpah kurniaNya.
~ Puasa juga dapat mentarbiaah jiwa manusia agar sentiasa bersyukur dan dapat merasai keperitan dan kesengsaraan orang yang kurang bernasib baik daripada kita.
~ Apabila kita berpuasa,kita akan terhindar dari nafsu Ammarah kepada nafsu Lawwamah.   ~Disamping itu juga,dengan berpuasa,kita dapat mendidik diri kita  dari sifat-sifat keji(Mazmumah).
~ Hikmah dan faedah yang terakhir dari saya adalah mendidik diri,jiwa dan raga kita agar sentiasa bersabar, ketahanan diri yang kuat terhadap pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup.
Inilah antara sedikit sebanyak hikmah dan faedah dari kita berpuasa dan saya yakin banyak lagi yang boleh diperolehi oleh Tuan/Puan sekelian.
Disini ingin saya menarik perhatian kepada seluruh wargakerja makmal sekelian bahawa antara hikmah dan faedah berpuasa yang disebutkan tadi,"kesabaran dan daya ketahanan diri dalam menempuh pelbagai cabaran dalam perjuangan kita" boleh diaplikasikan di dalam perjuangan kita di dalam KSKM ini. Disini, ingin saya fokuskan kepada AHLI KSKM dan Pembantu Makmal yang masih belum terdetik untuk menjadi ahli KSKM terutama di Negeri Pahang yang tercinta ini.
Tuan/Puan yang dihormati sekelian, di dalam kita menempuh cabaran dan perjuangan di dalam kesatuan ini, kesabaran merupakan asas untuk kita terus bergerak terkehadapan. Perjuangan,pengorbanan dan kesabaran yang diadun bersama dengan tindakan yang positif akan menghasilkan kesan yang positif. Dalam perjuangan ini,kita seharusnya berkorban untuk mendapatkan yang terbaik untuk kita selaku Pembantu Makmal. Harapan untuk mendapatkan sesuatu tanpa ada pengorbanan merupakan satu kerja yang sia-sia dan tidak akan mendapat hasil yang selama ini kita impikan.Jika kita telah berjuang berserta pengorbanan yang kita berikan tetapi hasil yang tidak dapat kita kecapi ketika kita berjuang maka kita seharusnya menanamkan kesabaran di dalam diri kita kerana apa yang diperjuangkan pada hari ini tidak semestinya akan membuahkan hasil pada hari esok. Insyallah,dengan berkat perjuangan dan diiringi dengan doa dari sekelian ahli serta kesabaran maka hasil perjuangan tersebut akan dapat dilihat juga akhirnya.
Kepada Pembantu Makmal yang masih selesa berada diluar KSKM dan hanya menunggu sahaja apa juga keistimewaan yang diperolehi hasil dari usaha dan pengorbanan orang lain,saya menyeru dengan rasa rendah diri agar kita sama-sama bermuhasabah dan merenung sejenak akan diri kita bersempena Ramadhan Al-Mubarak ini.

Ingin saya tinggalkan PERSOALANAN ini buat renungan Tuan/Puan (bukan ahli KSKM):
1. Mengapa AKU masih berada selesa di luar KSKM?
2. Haruskah AKU terus berada di sini? 

3. Sampai bila AKU akan berada selesa seperti ini?
4. Mengapa AKU tidak menjadi sebahagian dari sejarah KSKM?
5. Mengapa AKU dapat sedangkan rakan-rakan AKU yang usahakan?
6. Apakah aku BERDOSA? 


Marilah untuk kali ini kita bersama-sama menjalani ibadah puasa dengan penuh keimanan dan ketaqwaan dan marilah kita jadikan landasan yang baik untuk kita bersama-sama KSKM dalam merealisasikan segala apa yang kita suara dan impikan kearah 'Memartabatkan Profesion Pembantu Makmal' sebagai penjawat awam... Wallahualam!!!
P/S : Bersempena Ramadhan ini,marilah kita bersama sedekahkan AL-FATIHAH khusus kepada Allahyarham Abu Hassan bin Rejab yang telah kembali ke Rahmatullah ketika beliau masih menganggotai KSKM Negeri Pahang...
~ADMINKSKMPahang~

No comments:

Post a Comment