Monday, June 17, 2013

PERSIDANGAN PERWAKILAN TRITAHUNAN CUEPACS BAHAGIAN NEGERI PAHANG SESI 2013-2016

     












Assalamualaikum wbt....
Cuepacs Bahagian Negeri Pahang telah mengadakan Mesyuarat Persidangan Perwakillan Negeri Pahang sesi 2013-2016 sepertimana ketetapan di bawah:
Tarikh     : 16 Jun 2013
Masa       : 8.00 pagi
Tempat    : Hotel M.S.Garden, Kuantan
KSKM Negeri Pahang telah menghantar 4 orang delegat bagi mewakili semua ahli-ahli KSKM Cawangan Pahang.


                       :
Antara delegat tersebut adalah:
1.Khairul A'zli Hj Ahmad - Pengerusi
2.Mohd Lotfan Abdul Aziz - Setiausaha
3.Ahmad Rahim - Ahli Jawatankuasa
4.Hermi Zakaria - Wakil KSKM Daerah Raub
Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh YB.Norol Azali bin Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan,Sumber Manusia dan Tugas-Tugas Khas Negeri.
Cuepacs Ibu Pejabat pula telah menghantar wakil ke persidangan tersebut iaitu Pn.Lok Yim Pheng, Setiausaha Agung dan En.Abdul Rahman bin Hj Mohd Nordin,Timbalan Setiausaha Agung 111.


Agenda Mestuarat Persidangan Perwakilan Cuepacs Negeri Pahang adalah:
1. Melantik Setiausaha Persidangan.
2. Melantik 3 orang Ahli Jawatankuasa Tauliah.
3. Melantik 3 orang Ahli Jawatankuasa Tetap.
4. Melantik 3 orang Ahli Jemaah Pemeriksa dan Pengira Undi bagi sesi 2013-2016.
5. Mengesahkan minit Mesyuarat Persidangan Perwakilan Tritahunan pada 19 Jun 2010.
6. Perkara-perkara berbangkit.
7. Membentang dan meluluskan Laporan Tritahunan bagi tempoh 1 April 2010 sehingga 31 Mac 2013.
8. Mempertinbangkan dan menerima Laporan Kewangan bagi tempoh 1 April 2010 sehingga 31 Mac 2013
9. Mempertimbangkan dan menerima Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tempoh 1 April 2013 sehingga 31 Mac 2016.
10.Usul-usul (jika ada).
11.Pemilihan Jawatankuasa Cuepacs Bahagian Negeri Pahang bagi sesi 2013-2016 mengikut peraturan 20.4 adalah seperti berikut:
  1 Pengerusi
  1 Naib Pengerusi
  1 Setiausaha  
  1 Penolong Setiausaha
  1 Bendahari
  1 Pegawai Pelajaran
  1 Wakil Konvensyen Tritahunan



Mesyuarat kali ini telah berjaya mengekalkan semua jawatan yang dipertandingkan oleh semua jawatankuasa yang terdahulu dengan kaedah musyawarah agar segala perancangan dan aktivit yang telah dirancang akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.
KSKM Negeri Pahang mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua kesatuan yang telah menghantar perwakilan di dalam persidangan tersebut.Semoga kejayaan penganjuran 'Hari Pekerja peringkat kebangsaan di Pahang pada tahun 2012 yang lalu akan menjadi pemangkin kepada Ceupacs Pahang untuk tidak menoleh kebelakang lagi dalam membawa kejayaan yang lebih gemilang kepada Cuepacs Pahang
 Sekian,terima kasih...
~ADMINKSKMPahang~




No comments:

Post a Comment