KSKM CAWANGAN PAHANG |
KSKM Negeri Pahang dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Pahang telah berjaya menganjurkan satu program berbentuk kerja berkumpulan yang dinamakan 'Team Buildimg'. Penganjuran program tersebut telah mendapat sambutan yang baik dari ahli-ahli KSKM Negeri Pahang.
Panorama venue"Team Building"-Hotel Sri Malaysia,Temerloh |
Tarikh : 18 Jun 2013
Masa : 2.00 petang - 11 malam
Tempat : Pusat Latihan Guru,Sri Tualang
dan Hotel Sri Malaysia,Temerloh
Tetamu : Mantan AJK KSKM Negeri Pahang
Program 'Team Building' bermula dengan pendaftaran semua peserta kursus di Pusat Latihan Guru, Sri Tualang Temerloh.
Di dalam slot pertama,peserta diberikan taklimat dan penerangan ringkas berkaitan perjalanan program'Team building' dan Konvensyen Profesionalisme Kakitangan Makmal Negeri Pahang tahun 2013. Disamping itu juga,peserta didedahkan dengan arah tuju serta aktiviti yang dianjurkan oleh KSKM Negeri Pahang.
Di dalam slot ke 2 pula, bertempat di Hotel Sri Malaysia,Temerloh pada jam 8.00 malam dengan ucapan pengerusi majlis En.Ahmad Rashidi (SMK Teluk Cempedak,Kuantan) mengambil tempat dengan gaya pengucapan yang tersendiri dan diiringi pembacaan doa oleh En.Mohd Lotfan bin Abdul Aziz dari SMK Kerdau.
Ucapan oleh Pengerusi KSKM Negeri Pahang |
VVIP yang diraikan dalam program tersebut |
Antara objektif penganjuran program ini adalah untuk menghargai dan mengenang kembali jasa kepada mantan-mantan AJK KSKM Negeri Pahang yang telah benyak menabur jasa dan bakti kepada KSKM Negeri. Sehingga kini,hasil perjuangan mereka terus disambung oleh AJK KSKM Negeri sesi 2011-2013. Antara mantan pemimpin yang hadir adalah:
En.Nik Man bin Mk Chu (Mantan Pengerusi Negeri)
Tn Hj Abdullah bin Abd Ghani dan En.Mahmud bin Ali. Sebagai tanda penghargaan kepada Pejuang-pejuang tulen ini, KSKM Negeri Pahang telah menganugerahkan sijil "Anugerah Jasamu Dikenang" dan cenderahati.Semoga pengorbanan mereka akan mendapat pembalasan yang baik dari Allah SWT. Insyallah!
Sebahagian daripada peserta 'Team Building' |
Objektif seterusnya adalah untuk merapatkan hubungan dan silaturrahim diantara seluruh kakitangan makmal negeri Pahang kerana jika ukuran georafi diambil kira maka keluasan negeri yang terbesar di semenanjung Malaysia ini agak sukar untuk mempertemu dan mempereratkan hubungan antara sesama rakan sejawat.Natijah dari itu maka KSKM Negeri Pahang telah mengambil inisiatif untuk merapatkan silatulrahim dengan menganjurkan program tersebut disamping dapat merealisasikan harapan terhadap program 'Team Building' itu sendiri. Kerja berkumpulan sangat-sangat penting untuk diaplikasikan ketika wargakerja makmal berada di tempat kerja masing-masing.
Keceriaan terpancar diwajah setiap peserta..Tahniah |
Sebahagian peserta yang masih setiasa sehungga ke ahkir program |
~ADMINKSKMPahang~
No comments:
Post a Comment