Wednesday, June 5, 2013

MESYUARAT KHAS AJK KSKM NEGERI PAHANG

KSKM NEGERI PAHANG



Assalamualaikum WBT...
KSKM Negeri Pahang sekali lagi telah mengadakan satu mesyuarat AJK dimana mesyuarat kali ini merupakan Mesyuarat Khas AJK KSKM Negeri Pahang bagi membincangkan aktiviti terakhir sepanjang sesi 2011-2013 iaitu Mesyuarat Agung Dwi Tahunan KSKM Cawangan Pahang sesi 2013-2015 nanti.

Mesyuarat Khas kali ini lebih istimewa kerana lokasi mesyuarat telah diadakan di daerah Raub tidak sebagaimana kebiasaannya semua mesyuarat AJK KSKM Negeri diadakan di daerah Temerloh.Kesemua AJK KSKM Negeri Pahang iaitu seramai 8 orang telah hadir di dalam mesyuarat tersebut.Mesyuarat itu juga sangat istimewa kerana pihak Kolej Komuniti Raub telah mengizinkan pihak KSKM Negeri menggunakan bilik mesyuarat Kolej tanpa mengenakan sebarang bayaran.Ini disebabkan AJK Pelaksana KSKM Daerah Raub menganjurkan Kursus ICT di tempat dan waktu yang sama.~ADMIN~mewakili AJK KSKM Negeri Pahang merakamkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak pentadbir Kolej Komuniti Raub di atas kerjasama yang diberikan.

Agenda Mesyuarat Khas:
1.Ucapan Pengerusi
2.Mengesahkan minit mesyuarat kali  ke-7 sesi 2011-2013
3.Perkara Berbangkit
4.Laporan Setiausaha
5.Laporan Bendahari
6.Laporan Khas Mesyuarat Agung Dwi Tahunan sesi 2013-2015
7.Hal-hal lain
8.Penangguhan

Antara perkara-perkara penting yang dapat ~ADMIN~ dikongsikan bersama pelayar-pelayar Blog KSKM Negeri Pahang ini adalah:
~Mesyuarat  telah menubuhkan AJK bagi program'Annual Dinner' pada 18.6.2013 serta majlis 'Konvensyen Profesionalisme Pembantu Makmal Negeri Pahang 2013' pada 19.6.2013.
~Majlis 'Annual Dinner' tersebut akan menjemput 5 orang (ahli yang telah bersara) ahli KSKM Negeri yang terlibat secara langsung di dalam KSKM Negeri Pahang dan akan menerima anugerah"Jasamu Dikenang".
~Majlis akan diadakan di Hotel Sri Malaysia,Temerloh bermula jam 8.00 malam.
~Majlis turut menyediakan cabutan bertuah kepada ahli yang hadir.
~Seramai 50 orang ahli telah mengesahkan akan menghadiri majlis tersebut.
~Penginapan di Pusat Latihan Guru di Sri Tualang telah dimuktamadkan kepada semua ahli yang memerlukan penginapan.
~Ketua Unit Latihan KSKM Pahang telah mengangkat nama peserta kepada JPNPahang untuk mendapatkan surat pelepasan melalui program"Team Building".
~Mesyuarat Agung Dwi Tahunan sesi 2013-2015 telah ditetapkan di Dewan SMK Sri Tualang,Temerloh.
~Mesyuarat telah menetapkan bahawa setiap ahli yang hadir akan diberi'door gift' dan wang saguhati sebanyak RM10.
~Surat pelepasan dari JPN Pahang bagi program 'Konvensyen Profesionalisme Pembantu Makmal Negeri Pahang 2013' kan menyusul kepada setiap ahli.
~Setiap ahli KSKM Negeri adalah WAJIB menghadiri konvensyen tersebut bermula jam 8.00 pagi.
~Setiap ahli digalakkan untuk memakai 'Baju Korporat KSKM Negeri'.
~Mesyuarat bersetuju menyediakan cabutan bertuah kepada ahli-ahli KSKM.
Oleh yang demikian,~ADMIN~menyeru semua ahli-ahli KSKM Negeri agar menyokong dan mendokong serta berkolaborasi terhadap program yang dianjurkan nanti.
Sekian,terima kasih...
~ADMINKSKMPahang~

No comments:

Post a Comment