Friday, May 31, 2013

KURSUS ICT KSKM DAERAH RAUB

                   
Assalamualaikum wbt...
TAHNIAH  dan SYABAS kepada Ahli Jawatankuasa Pelaksana KSKM Daerah Raub sesi 2013-2015 yang baru dilantik kerana telah mengorak langkah awal dengan mengadakan satu kursus kepada semua ahli-ahli KSKM daerah iaitu 'KURSUS ICT' dengan kerjasama Kolej Komuniti Cawangan Raub seperti ketetapan di bawah:
Tarikh    : 30 Mei 2013 (Khamis)
Masa     : 8.00 pagi - 5 petang
Tempat  : Kolej Komuniti Raub
Anjuran : KSKM Daerah Raub dengan kerjasama Kolej Komuniti Raub


Sebahagian Peserta Kursus ICT
 Seramai 30 orang peserta kursus yang terdiri daripada AHLI-AHLI KSKM daerah telah hadir.
Sepanjang kursus tersebut berlangsung,3 tenaga pengajar(pakar komputer) dari SKMM telah berkongsi ilmu bersama-sama peserta.Kursus tersebut dibahagikan kepada dua slot iaitu pada sebelah pagi,peserta didedahkan dengan Microsoft Word.Walaupun sebahagian besar daripada peserta kursus telah memahami asas ilmu tersebut namun terdapat ilmu-ilmu baru berkaitan Microsoft Word yang selama ini tidak diketahui oleh peserta.

Peserta kursus lelaki menumpukan sepenuh perhatian
 Pada slot disebelah petang pula, kursus dijadualkan akan mempelajari ilmu Microsoft Excel namun perancangan tersebut terpaksa ditunda disebabkan kursus bagi Microsoft Word masih lagi tertangguh.
Insyallah, AJK KSKM Daerah Raub dijangka akan merancang bagi melaksanakan kursus berkaitan Microsoft Excel pada masa yang akan datang.


Semua Ahli Jawatankuasa KSKM Negeri Pahang  telah bersama-sama menghadiri kursus tersebut disebabkan satu Mesyuarat Khas AJK KSKM Cawangan Pahang telah berlangsung di bilik mesyuarat Kolej Komuniti Raub.


Tumpuan dan minat yang ditunjukkan oleh sebahagian peserta kursus


Kursus tersebut diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada tenaga pengajar yang telah banyak menyumbangkan ilmu pengetahuan kepada semua peserta kursus.Majlis penyampaian cenderahati tersebut telah dilaksanakan oleh Timbalan Wakil KSKM Daerah Raub;Puan Halimah Osman dan diiringi oleh Wakil KSKM Daerah Raub;En.Hermi Zakaria.

Majlis penyampaian cenderahati kepada tenaga pengajar

Semoga usaha murni AJK Pelaksana KSKM Daerah Raub ini akan memberi manafaat dan ilmu pengetahuan kepada semua AHLI-AHLI KSKM Daerah seterusnya akan dapat diaplikasi ilmu tersebut di dalam urusan seharian.
Selamat Maju Jaya kepada KSKM Daerah Raub...
Sekian,terima kasih...
~ADMINKSKMPahang~

No comments:

Post a Comment