Saturday, May 11, 2013

MESYUARAT AJK KSKM PAHANG KALI KE-7 SESI 2011-2013


Assalamualaikum wbt...
Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal Negeri Pahang sekali lagi telah mengadakan Mesyuarat AJK KSKM Pahang kali ke-7 sesi 2011-2013.
Tarikh   : 29 April 2013
Masa    : 2.00 petang
Tempat : Makmal Sains SMK Kerdau,Temerloh

Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut:
1.Ucapan Pengerusi
2.Mengesahkan minit mesyuarat kali ke-6 sesi 2011-2013
3.Perkara berbangkit
4.Laporan Setiausaha
5.Laporan Bendahari
6.Hal-hal lain
7.Penangguhan
~ADMIN~ingin berkongsi perkara penting yang diperbincangkan sepanjang mesyuarat tersebut berlangsung.Antara perkara yang dapat dikongsikan bersama pelayar-pelayar Laman Blog KSKM Negeri Pahang ini adalah:

Mesyuarat telah bersetuju untuk mengeluarkan bajet bagi daerah Kuantan sebanyak RM800 untuk penganjuran kursus Pengendalian Mikroskop yang dijangka akan berlangsung padaakhir bulan Mei ini.
Mesyuarat juga membincangkan tentang "Program Annual Dinner" yang dijangka akan diadakan pada 18 Jun 2013.Ahli yang ingin turut serta di dalam program tersebut dikehendaki mengisi borang persetujuan dengan dikenakan sedikit bayaran iaitu sebanyak RM40 dan jika terdapat ahli yang ingin bermalam,KSKM Negeri telah menyediakan tempat penginapan dengan bayaran RM10.Tempat program tersebut akan diadakan adalah di Hotel Sri Malaysia,Temerloh dan tempat penginapan pula adalah di Pusat Latihan Guru,Sri Tualang,Temerloh.Borang persetujuan ahli untuk menghadiri program tersebut sedang diedarkan kesemua sekolah yang mempunyai ahli KSKM.Mohon kerjasama ahli yang ingin terlibat agar dapat memberikan jawapan persetujuan dengan kadar segera.Segala pertanyaan dan kemusykilan,Ahli boleh menghubungi Pengerusi KSKM Negeri;En.Khairul A'zli Hj Ahmad di talian 019-9161514(Clm) @
017-939495.Ahli juga boleh juga menghubungi Ketua Unit Latihan KSKM Negeri Pahang;Puan.Siti Hafizah binti Abdul Karim ditalian 012-9847374.

Mesyuarat terut membincangkan persediaan bagi mengadakan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan KSKM Negeri Pahang sesi 2013-2015 dimana di dalam mesyuarat itu nanti,semua jawatan AJK KSKM Negeri Pahang akan dipertandingkan.Borang pencalonan telah mula diedarkan oleh setiausaha KSKM Negeri kepada semua ahli-ahli KSKM yang berdaftar.Di sini juga~ADMIN~mengambil kesempatan dan menyeru kepada semua ahli-ahli KSKM Negeri Pahang yang berketokohan sebagai pemimpin agar dapat menawarkan diri untuk mengisi jawatan-jawatan penting melalui borang pencalonan yang sedang diedarkan.

Mesyuarat juga membincangkan satu "Kursus Jati Diri" anjuran KSKM Negeri Pahang dengan usahasama Pejabat Belia dan Sukan daerah Temerloh.Kursus ini akan menampung penyertaan seramai 80 peserta.
Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 6.oo petang.
Sekian,terima kasih...
~ADMINKSKMPahang~

No comments:

Post a Comment