Wednesday, May 15, 2013

MESYUARAT'MAJLIS BERSAMA JABATAN' BIL 1 2013


                 



Assalamualaikum wbt...
Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Pahang telah berlangsung sepertimana ketetapan di bawah:
Tarikh      : 13 Mei 2013 (Isnin)
Masa       : 11.00 Pagi
Tempat    : Bilik Gerakan Jabatan Pelajaran Pahang
                  Bandar Indera Mahkota Kuantan
~ADMIN~ hanya akan meng'up-date' perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Pengerusi KSKM Negeri Pahang;En.Khairul A'zli Hj Ahmad semasa mesyuarat tersebut diadakan.
Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan kali ini telah di pengerusikan oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang;E.Rosdi bin Ismail.
Antara isu yang diutarakan:
1.PAKAIAN KESELAMATAN
KSKM mengangkut kembali ini pakaian keselamatan bagi semua Pembantu Makmal iaitu'Lab Coat' dan kasut keselamatan.Pengerusi menegaskan bahawa peruntukan ini BUKANNYA untuk Pakaian Uniform tetapi Pakaian Keselamatan.
JAWAPAN UNIT PENTADBIRAN AM:
Pembekalan akan dilakukan jika terdapat lebihan peruntukan dari bekalan pakaian seragam 2012.
Pengerusi meminta agar bajet pakaian Pembantu Makmal dimasukkan dalam ABM 2013.
Unit Pentadbiran Am akan menurunkan waran peruntukan pembekalan pakaian Pembantu Makmal setelah jumlah Pembantu Makmal diperolehi daripada Unit Perjawatan.Anggaran kos RM100 sehelai.

2.PELUPUSAN BAHAN KIMIA DI MAKMAL SEKOLAH
Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan memaklumkan bahawa isu pelupusan tersebut telah dibincangkan di dalam mesyuarat bersama Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset(BPPA)KPM. BPPA akan melantik sebuah kontraktor secara berpusat bagi menguruskan pelupusan bahan kimia makmal sekolah bagi seluruh negara,Pihak BPPA dalam proses membincangkan garis panduan berkenaan tatacara pelupusan bahan kimia untuk edaran semua pihak berkaitan.Keputusan mengenai perkara tersebut masih dalam tindakan BPPA.
JAWAPAN UNIT PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET.
Unit telah memaklumkan bahawa Syarikat Kualiti Alam telah dipertanggungjawabkan menguruskan proses pelupusan bahan kimia.Jabatan telah menerima peruntukan sebanyak RM100,000.00 bagi tujuan pelupusan bahan kimia tahun 2013.Semua PPD telah dimaklumkan dalam mesyuarat JKPAK bil 2 tahun 2013 pada 22/4/2013 supaya mengemukakan permohonan pelupusan bahan kimia yang telah tamat tempoh.Permohonan pelupusan bahan kimia hendaklah dikemukakan bersama-sama dengan borang KEW.PS 19 mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil.5 tahun 2009.

3.LARANGAN PEMAKAIAN BAJU KORPORAT
KSKM  merujuk kepada surat arahan yang dikeluarkan oleh Pejabat Pengarah Pelajaran :Rujukan:JPNP.SKPP.03.100-1/1(13) bertarikh 24 September 2012.
'LARANGAN PEMAKAIAN BAJU KORPORAT SEMASA BERTUGAS'
Merujuk perkara 2 ayat mulai ketiga terakhir"imej profesion perguruan".
Persoalan yang ditimbulkan oleh Pengerusi adalah,adakah imej profesion perguruan tersebut termasuk semua staf sokongan yang berada di sekolah?
JAWAPAN UNIT PENTADBIRAN AM
Merujuk kepada pekeliling am berkaitan tatacara berpakaian  semasa bertugas,larangan tersebut tertakluk kepada semua penjawat awam di Malaysia.
ULASAN~ADMIN~
Isu ini bergantung kepada budibicara pihak pentadbir di sekolah masing-masing.Jika masih ada pentadbir yang tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap larangan ini maka Tuan/Puan bolehlah memakainya semasa bertugas namun jika pihak pentadbit melarang semua staf di sekolah memakai pakaian korporat maka semua Pembantu Makmal seharusnya akur terhadap arahan tersebut dan pihak KSKM tidak akan memperjuangkan lagi isu ini diperingkat negeri Pahang.

4.TUGAS PEMBERSIHAN MAKMAL
Pengerusi KSKM Pahang membangkitkan isu diatas dengan merujuk Skop Perkhidmatan (Syarikat Pembersihan) pada perkara (L) Skop Perkhidmatan adalah seperti berikut:
Pada perenggan (L) ii.Bangunan Jabatan/Sekolah/Institusi/Asrama:
Kawasan:   Makmal
Perkhidmatan : i.  Disapu,dimop dan dibersihkan
                       ii. Permaidani dibersihkan dengan mesin penyedut hampagas
                       iii.Memungut sampah dan dimasukkkan didalam karung plastik,dibuang
                       iv. Membekalkan karung plastik pada tong sampah.
Kekerapan    : 2 kali sehari.
Pengerusi juga membawa fakta rujukan buku Penghuraian Tugas Pembantu Makmal yang dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Pelajaran Malaysia.
~ADMIN~ingin merakamkan terima kasih dan kredit untuk Putralan Avanzarian(Perak) kerana berkongsi info buku tersebut.
Rujuk: 1.Skop Fungsi dan Bidang Tugas
1.1 Pembantu Makmal Gred C17/C22(KUP)
      1.1.1 (f). Menyelia kerja-kerja pembersihan yang tidak melibatkan bahan/radas seperti membersih         tingkap/sawang/lampu/lantai yang dilaksanakan oleh Syarikat Pembersihan.
JAWAPAN; TINDAKAN JPN PAHANG.

5.SUSUNAN PEGAWAI PENILAI SMK DAN SRK NEGERI PAHANG
Pengerusi membangkitkan melalui rujukan surat yang dikeluarkan Pejabat Pelajaran Daerah Temerloh.
Rujuk: PPDT(S).500-3/4/4/(06)
Perkara: Susunan Pegawai Penilai di SM dan SRK di Negeri Pahang,Penyediaan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 2012.
Merujuk surat tersebut: Jawatan Pembantu Makmal C17 dan C22(KUP)
Pegawai Penilai Pertama(PPP) - GPK Pentadbiran atau GPK HEM
Pegawai Penilai Kedua (PPK) - Pengetua
Ulasan Pegerusi ; Banyak aduan daripada Pembantu Makmal yang mengatakan bahawa PPP masih di nilai oleh Ketua Pembantu Tadbir di sekolah-sekolah.
JAWAPAN : TINDAKAN JPN DAN SEMUA PPD NEGERI PAHANG.

6.NORMA PERJAWATAN PEMBANTU MAKMAL
Pengerusi membangkitkan norma perjawatan jawatan Pembantu makmal 2014 adalah 1 Makmal 1 Pembantu Makmal.Kesan daripada proses tersebut,ramai PAP(makmal) yang telah berkhidmat melebihi 5 tahun telah di tarik keluar dari makmal samada di tempatkan di bahagian-bahagian lain di sekolah tersebut atau bertukar sekolah.Ini mengakibatkan kekurangan Pembantu Makmal di sekolah-sekolah disebabkan PAP yang ditarik keluar tidak diisikan kekosongan tersebut dengan jawatan Pembantu Makmal.
Pengerusi membawa contoh di SMK Karak dan SMK Sri Lipis.
JAWAPAN: Ketua Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan megatakan bahawa proses penarikan PAP di sekolah-sekolah telah dan sedang berlaku.Mengakui masalah kekosongan yang tidak dapat diisi oleh Pembantu Makmal,beliau menyarankan supaya Pembantu Makmal dapat bersabar berkaitan perkara tersebut kerana pihak JPN sedang mengisi kekosongan tersebut dengan kadar segera.Beliau juga menegaskan bahawa jika 1 Pembantu Makmal masih menjaga  2 makmal pada ketika ini,ia merupakan perkara yang harus diterima dalam jangka waktu pengisian Pembantu Makmal yang baru.

7.MASALAH PEMBANTU MAKMAL DI SMK CHUNG HWA KUALA LIPIS.
Pengerusi membawa isu Pembantu Makmal di sekolah tersebut yang duduk bersama bahan-bahan kimia di dalam bilik persediaan.Masalah ini telah belarutan dengan kadar waktu yang lama.Natijah dari perkara ini,Pembantu Makmal sering mengalami serangan penyakit seperti demam,batuk,pening kepala dan sebagainya.
Sistem pendawaian elektrik juga dialami oleh sesetengah sekolah yang mengakibatkan semua perkakas elektrik di sekolah tersebut tidak dapat berfungsi.
JAWAPAN : TINDAKAN JPN DAN PPD LIPIS.

Pengerusi juga memohon tindakan dari Pengerusi CUEPACS Pahang agar permasalahan Pembantu Makmal di Negeri Pahang dapat diselesaikan dengan kadar segera.
Sekian,semoga apa yang diperjuangkan dan dibawa oleh Pengerusi KSKM Negeri Pahang di dalam mesyuarat Majlis Bersama Jabatan ini akan mendapat sokongan dan dokongan dari semua AHLI-AHLI KSKM Negeri dan Pembantu Makmal.~ADMIN~ juga menyeru dan menjemput dengan segala hormatnya semua Pembantu Makmal di Negeri Pahang yang masih belum menyertai KSKM agar dapat bersama-sama menjadi ahli KSKM kerana perjuangan yang di bawa oleh KSKM adalah untuk kepentingan kita bersama.
Terima kasih...
~ADMINKSKMPahang~





No comments:

Post a Comment