Wednesday, May 30, 2012

KURSUS 'PENGENALAN ASAS PEMBANTU MAKMAL'

Tajuk     : Kursus'Pengenalan Asas Pembantu Makmal'
Tarikh    : 29 Mei 2012
Masa     : 08.00 pagi - 4.30 petang
Tempat  : Makmal SM Sains Tengku Abdullah(SEMESTA) Raub

Bertempat di SEMESTA,Wakil KSKM Daerah Raub En.Hermi Zakaria telah menerima kunjungan Pembantu Makmal "Baru" yang telah melapor diri di SM Agama Persekutuan Bentong.Apa yang istimewa kepada PM Baru ini adalah mereka ditempatkan di sekolah yang baru dibuka dan masih belum beroperasi sepenuhnya.~ADMIN~telah berkesempatan untuk bersama-sama di dalam kursus singkat pengenalan berkaitan makmal sains tersebut:


                               Peserta kursus diterangkan perjalanan kerja-kerja di asas dimakmal

              Penerangan dari En.Fahhizul(Juruteknik) berkaitan Pengurusan Stok-KEW PA

Pembantu Makmal "Baru" dari SM Agama Persekutuan Bentong tenang mengikuti taklimat
En.Ismanizam bin Mat Din, Pembantu Makmal 'Baru'di SM Sains Tengku Abdullah(SEMESTA)





                Melawat ke stor Kimia,pengenalan dan penerangan tentang proses pelebelan



                Wakil KSKM daerah Raub,menerangkan tentang bahayanya 'Kapas Kaca'



                                     Teori dan amali turut dimuatkan di dalam kursus tersebut


                                                     Cara-cara menghasilkan oksigen


Saturday, May 26, 2012

MESYUARAT AJK KSKM CAWANGAN PAHANG KALI KE 4

Assalamualaikum wbt dan Salam Kesatuan...
Mesyuarat AJK KSKM Pahang Kali Ke 4.
Tarikh : 25 Mei 2012(Jumaat)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Makmal Biologi SMK Temerloh
Alhamdulillah,KSKM Cawangan Pahang telah selesai mengadakan mesyuarat AJK kali ke 4 dimana mesyuarat kali ini amat istimewa dan bermakna dengan kehadiran En.Hamran Hj Ahmad(Presiden KSKM) dan En.Ashaari Maarof,PPW(Setiausaha Agung KSKM).
Pengerusi mesyuarat merangkap Pengerusi KSKM Pahang telah memberi laluan bagi kedua-dua Pegawai Kanan KSKM Pusat menyampaikan ucapan dan memberi info2 terkini berkaitan dengan perjalanan KSKM diperingkat pusat.
Dalam ucapan Presiden KSKM En.Hamran Hj Ahmad,beliau menyatakan bahawa beliau dan SUA baru sahaja selesai memberikan taklimat berkaitan kesatuan kepada lebih 170 Pembantu Makmal lantikan baru di Kolej Matrikulasi Gambang,Pahang dan PM ini akan mula melaporkan diri di penempatan masing2 di seluruh Negeri Pahang pada minggu hadapan.
Presiden menasihati semua wakil2 daerah agar menggerakkan program diperingkat daerah masing2 dengan mengadakan perbincangan bersama PPD masing2.
Program menambahkan ahli KSKM juga harus dijalankan bermula diperingkat daerah dan seterusnya diperingkat negeri.Pembantu Makmal samada ahli atau belum menjadi ahli di bawah KPM dan sekolah Agama perlu diberi perhatian agar tiada yang tercicir untuk menjadi ahli KSKM.
Berita baik bagi seluruh PM yang masih gagal di dalam Peperiksaan Perkhidmatan bahawa Kementerian telah memansuhkan peperiksaan amali dan esei.Hanya peperiksaan berbentuk objektif dan struktur yang mana berkisar kepada Buku Pengurusan dan Keselamatan Makmal Sains.
Akhiran ucapan Presiden KSKM adalah beliau berharap agar jika terdapat undangan samada diperingkat negeri mahupun daerah kepada Pegawai-Pegawai Kanan KSKM maka perlulah memaklumkan terlebih awal bagi mengelakkan perkara-perkara yang tak sepatutnya berlaku serta dapat memenuhi jadual yang padat.



        Presiden En.Hamran Hj Ahmad,PPW menyampaikan info dan maklumat tentang KSKM Pusat


   Setiausaha Agung En Ashaari Maarof,PPW sedang menerangkan perjalanan perjuanagan KSKM


Dalam ucapan Setiausaha Agung KSKM En.Asshari Maarof,PPW  beliau berkongsi beberapa maklumat :
1.Pembantu Am Pejabat(PAP) yang menjalani temuduga tukar lantik pada 23,24 dan 25 April baru2 ini seramai 350 orang seluruh semenanjung dan hanya 20% sahaja yang berjaya.Baki 80% tidak berjaya atas beberapa faktor dan syarat yang ditetapkan oleh SPP.KSKM akan terus berusaha untuk memperjuagkan nasib PAP(HANYA AHLI KSKM)yang berpengalaman lama di makmal bagi mendapatkan penggilan ke-2.Doakan agar usaha murni ini akan berjaya.
2.Pembantu Makmal lantikan baru seramai 1,029 orang akan mengisi kekosongan di sekolah2 seluruh semenanjung.SUA memohon agar semua PM2 senior dan akan menerima PM lantikan baru,memberi tunjuk ajar kpd mereka.
3.Jawatan C22.Borang tawaran "Pemangkuan c22"akan keluar kpd umum dijangka bermula pada minggu hadapan dan C22(KUP) sedang berjalan.
4.Kesemua Pembantu Makmal di dalam Malaysia adalah seramai 8,927 dan sasaran bagi tahun 2014 adalah seramai 10,000 PM.
5.Kursus Jururlatih(JU) peringkat negeri Pahang sedang dirancang bagi melahirkan bakat2 baru unutk menjadi jurulatih Sains bagi mengisi program2 kursus anjuran JPN mahupun KPM.
6.Sebanyak 5 kertaskerja sedang dan akan diangkat kepada KPM:
   i.Penukaran nama jawatan Pembantu Makmal kepada nama yang difikirkan sesuai.
  ii.Mengubah kelayakan masuk jawatan PM.
 iii.Kajian semula gred permulaan PM.
 iv.Pembantu Am Pejabat(PAP) makmal.
  v.Norma-norma perjawatan yang akan datang.
7.Perjuangan bersama CUEPACS dimana akan mengadakan bengkel bagi memperjuangkan bersama gred2 perjawatan.
8.Koperasi CUEPACS yang dinamakan 'Koperasi Penjawat Awam' dimana SUA memohon agar kewujudannya diwar-warkan kepada semua ahli KSKM Negeri Pahang.
~ADMINKSKMPahang~ mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih atas kesudian Pegawai-pegawai Kanan KSKM yang dapat meluangkan masa yang terbatas untuk bersama-sama KSKM Pahang.

Antara panorama yang dapat dikutip sepanjang Mesyuarat AJK KSKM Cawangan Pahang oleh ~ADMINKSKMPahang~
  Bangunan dimana segala perbincangan dan keputusan diambil oleh KSKM Pahang...
  Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh (SMKT)
 Pengerusi KSKM Pahang sedang meneliti proses susun atur tempat duduk kesemua AJK dan tetamu

 Wajah-wajah ceria sebahagian AJK KSKM Pahang yang hadir ke mesyuarat tersebut

 Beginilah sibuknya urusan menyusun atur kesemua AJK dan Pegawai-Pegawai Tinggi KSKM Pusat

 Setiausaha KSKM Pahang,En.Lotfan sedang mengedarkan minit mesyuarat kepada semua AJK

 Dari kiri:En.Ashaari Maarof,PPW,En.Hamran Hj Ahmad.En.Khairul A'zli dan En.Lotfan Abd Aziz
Dari kiri:Pn.Zalina Mohamad(Wakil KSKM daerah Pekan),Pn.Nor Azizah Mohamad (Wakil KSKM daerah Jerantut),Pn.Siti Hafizah Abd Karim(AJK KSKM Pahang) dan Pn.Maslina Amriem(AJK)
 Dari kanan : Pn.Faizatul Akmar(Tim.Wakil KSKM daerah Pekan) dan Pn.Norfaizura Ismail(AJK)
 En.Hamran Hj Ahmad sedang menyampaikan amanat beliau tentang perjuangan KSKM
 Sebahagian AJK KSKM Pahang yang khusyuk mendengar amanat dari Pegawai-Pegawai Tinggi KSKM

 Puan.Maslina Amrien(AJK KSKM Pahang) dan Puan.Rogayah Othman(Bendahari KSKM Pahang)
                                    En.Abdul Halim Abd Manaf (Wakil KSKM daerah Maran)

En.Kamaruzaman Abd Manaf (Wakil KSKM daerah Rompin)
Orang kuat  KSKM Cawangan Pahang,En.Lotfan Abd Aziz (Setiausaha KSKM Pahang)
       Dari kiri: En.Hermi Zakaria (Wakil KSKM daerah Raub) dan En.Ahmad Rahim (AJK KSKM Pahang)

Mesyuarat KSKM Cawangan Pahang dimulakan mengikut agenda mesyuarat:
i. Perbincangan khusus berkaitan program'Kursus Kemahiran Asas Elektrik'usahasama KSKM Pahang bersama Giat Mara Malaysia.Kelulusan telah diterima dari Jabatan Pelajaran Negeri Pahang dimana dalam siri 1 ini seramai 100 ahli KSKM akan dipanggil untuk menyertainya.Giat Mara yang terpilih akan memberi latihan asas elektrik iaitu: 1.Giat Mara Raub (05 Jun 2012)-20 ahli KSKM daerah Raub,Bentong,Kuala Lipis dan Cameron Highlands.
2.Giat Mara Jerantut (06 Jun 2012)-20 ahli KSKM daerah Jerantut,Temerloh dan Bera.
3.Giat Mara Maran (07 Jun 2012)-20 ahli KSKM daerah Maran dan Jengka.
4.Giat Mara Pekan (12 Jun 2012)-20 ahli KSKM daerah Pekan dan Kuantan.
5.Giat Mara Rompin (13 Jun 2012)-20 ahli KSKM daerah Rompin,Muazam dan Pekan.
ii. Mesyuarat membincangkan program Seminar"Team Building" yang akan dijangka berlangsung di De' Rhu Beach Resort,Kuantan pada bulan November 2012 atau pada bulan April 2013.Program ini akan menjemput seluruh ahli KSKM Pahang untuk bersama-sama dengan mengenakan sedikit bayaran.Program ini akan dijalankan jika mendapat sambutan dari ahli2 KSKM Pahang melalui 'survey' yang akan dijalankan.Sehubungan dengan itu,AJK KSKM Pahang berharap agar program ini akan mendapat sambutan selain objektif utamanya adalah untuk menjalinkan silaturrahim,memupuk ukhwah dan kerjasama yang kukuh dari seluruh ahli KSKM Pahang.
iii. Mesyuarat juga membincangkan berkaitan mempromosikan baju F1(korporat) dan T-Shirt yang berlogokan KSKM disamping sedikit keuntungan dari jualan tersebut akan dimasukkan kedalam akaun KSKM Pahang.
iv.Lain-lain hal dan mesyuarat AJK KSKM Pahang kali ke 4 ditangguhkan tepat jam 5.50 petang.
Sekian...Wassalam!!!




KUALA LIPIS:MESYUARAT BERSAMA KSKM CAWANGAN PAHANG


Assalamualaikum wbt dan Salam Kesatuan...
Mesyuarat Bersama Kesatuan Kakitangan Makmal Negeri Pahang.
Tarikh : 24 Mei 2012
Masa : 8.30pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat SMK Clifford,K.Lipis
Alhamdulillah dan ucapan Tahniah dan Syabas kerana Pembantu Makmal dan PAP(makmal) Daerah Lipis telah berjaya mengadakan sesi taklimat bersama KSKM Cawangan Pahang.
~ADMIN~difahamkan bahawa daerah Lipis telah menjalankan banyak aktiviti yang melibatkan PM dan PAP(Makmal) antaranya,pelbagai kursus bersama PPD,Jabatan Bomba,Lawatan ke Parlimen Malaysia.Daerah Lipis juga sedang merancang untuk mengadakan lawatan ke Kuantan dan bermalam di De'Rhu Beach Resort.Hebatnya daerah Lipis!!!
Turut hadir wakil KSKM Pahang adalah En.Khairul A'zli Ahmad(Pengerusi),En.Lotfan Abd Aziz(S/U) dan Pn.Rogayah(Bendahari).
Apa yang dibanggakan adalah penglibatan dan sokongan yang padu diberikan oleh penaung daerah Kuala Lipis, En.Hassan Basri bin Shamsuddin(Pegawai Sains dan Matematik).
"Kredit harus dianugerahkan kepada En.Hassan Basri".
Begitu juga AJK daerah yang banyak menggerakkan aktiviti KSKM diperingkat daerah.
Seramai lebih dari 20 Pembantu Makmal daerah Lipis telah memohon menjadi ahli Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal.
Taklimat dan penerangan tentang KSKM telah dibentangkan oleh Pengerusi KSKM Pahang,En.Khairul A'zli Ahmad dan dibantu oleh setiausaha serta bendahari KSKM Caw Pahang.Sepanjang taklimat berlangsung,Pengerusi KSKM Pahang banyak memberi laluan kepada sebarang persoalan dan kemushkilan yang diutarakan oleh Pembantu Makmal dan PAP(makmal).
Tahniah sekali lagi dari ~ADMINKSKMPahang~


Tuesday, May 22, 2012

JAWAPAN BERKAITAN KEDUDUKAN PAP DI MAKMAL


    • sikit sikit pem makmal yg pap makmal duduk kat makmal di anak tirikan sedih tau tidak dihargai pun bertahun tahun dimakmal
      10 jam yang lalu melalui mudah alih ·  ·  1
    • Kskm Negeri Pahang Tuan Asman Jani...Terima kasih kerana memberi respon terhadap hebahan yang ~ADMIN~poskan di dinding Kskm Negeri Pahang ini.Bagi menjawab kemusykilan Tuan tentang PAP yang di anak tirikan oleh KSKM meskipun PAP makmal adalah merupakan aset penting kepada organisasi di makmal.Tidak dinafikan bahawa ada diantara PAP Makmal yang telah bertahun2 berkhidmat di makmal mempunyai ilmu dan pengalaman yang luas tentang susun atur dan perjalanan P&P di sekolah.Tidak keterlaluan jika ~ADMIN~katakan bahawa sesetengah PAP ini mempunyai pengetahuan tentang makmal jauh lebih tinggi dari guru sains(guru2 baru)dan Pembantu Makmal(PM Baru) itu sendiri.Tahniah ~ADMIN~ucapkan kepada PAP yang selama ini mencurahkan segala tenaga dan usaha mereka bagi melicinkan proses P&P di makmal.
      Tuan Asman Jani...Untuk pengetahuan,KSKM telah sedaya upaya membela nasib wargakerja makmal tanpa mengira jawatan samada PM mahupun PAP kerana kedua2 jawatan tersebut merupakan gabungan ahli yang membentuk KSKM.Melalui KSKM Pusat,nasib semua PAP makmal terbela apabila KPM telah bercadang untuk menarik semua PAP makmal keluar dari makmal dengan mewujudkan atau mengantikan nama jawatan Pembantu Am Rendah(PAR) kepada Pembantu Am Pejabat(PAP)sedikit masa dahulu.Namun,atas keprihatinan dan sikap tanggungjawab KSKM terhadap PAP yang kebanyakkannya menjadi ahli KSKM maka proses penarikan PAP keluar dari makmal telah ditangguhkan sehingga ke tahun 2014.
      Usaha KSKM tidak terhenti setakat itu sahaja,KSKM terus memperjuangkan nasib PAP Makmal ini dengan mengangkat satu kertaskerja bertajuk'Tukar Lantik PAP(N1) kepada Pembantu Makmal(C17)'.Kertaskerja tersebut telah dipersetujui di peringkat KPM dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran(SPP).Satu tawaran telah dikeluarkan oleh KPM kepada semua PAP yang berkelayakan untuk memohon'Tukar Lantik 'tersebut dengan kaedah mengisi segala maklumat melalui internet.Apa yang mendukacitkan pihak KSKM adalah,ramai pemohon yang mengisi maklumat melalui internet merupakan BUKAN AHLI KSKM dan semasa sesi temuduga yang berlangsung dalam bulan April baru lalu,hampir melebihi 70% yang berjaya ditemuduga adalah terdiri dari BUKAN AHLI KSKM.Ini amat-amat mendukacitakan seluruh ahli-ahli KSKM.Sikap segelintir PAP yang bukan ahli KSKM telah mengambil HAK yang sepatutnya diberkani kepada AHLI KSKM kerana Jawatan Tukar Lantik ini merupakan usaha berterusan KSKM bagi membela nasib PAP yang menjadi ahli KSKM.Sikap PAP yang BUKAN AHLI KSKM ini bolehlah diklasifikasikan sebagai 'PARASIT' dimana kehidupan mereka hanya menumpang penat lelah dan usaha dari orang lain namun hasilnya dimiliki oleh golongan ini.~ADMIN~memohon kemaafan seandainya apa yang dititipkan ini menimbulkan kemarahan dan kebencian segelintir wargakerja makmal namun inilah hakikat yang perlu ditelan di dalam kehidupan.
      Tuan Asman Jani...Untuk makluman,pada tahun 2014 nanti,KPM telah menetapkan bahawa semua makmal di sekolah2 menengah di dalam Malaysia TIDAK ada lagi jawatan PAP ditempatkan.Semua kekosongan yang ditinggalkan oleh PAP,akan terisi dengan pengambilan baru PM dan PM(Tukar Lantik).PAP makmal akan ditarik keluar dari makmal dan akan ditempatkan dimana2 bahagian yang difikirkan perlu oleh pihak pentadbir di sekolah masing-masing.Semasa Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan Kali ke11(KSKM) di Shah Alam pada bulan Disember tahun lepas,semua perwakilan telah bersetuju sebulat suara untuk menerima cadangan Pindaan Peraturan iaitu peraturan1,perkara 1 dimana nama Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal(KSKM)Kementerian Pelajaran Malaysia akan ditukar kepada Kesatuan Pembantu Makmal Kementerian Pelajaran Malaysia(KPMKPM).Cadangan ini hanya menunggu kelulusan sahaja lagi dari Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja(JHEIKS).Apabila telah mendapat kelulusan maka KPMKPM akan memfokuskan segala permasalahan dan halatuju kesatuan hanya kepada Pembantu Makmal sahaja.Bagi PAP yang menjadi ahli KSKM,mereka diberikan pilihan samada ingin kekal bersama KPMKPM atau mereka bolah menarik diri dari menjadi ahli KPMKPM.~ADMIN~mencadangkan agar seandainya terdapat ahli2 KSKM yang berstatus PAP maka adalah lebih baik bagi ahli2 ini untuk berjuang membela nasib PAP melalui kesatuan yang khusus dan fokus terhadap PAP,PRA,Tukang Masak,Tukang K dan pemandu iaitu Kesatuan Pekerja-Pekerja Pusat Kementerian Pelajaran Malaysia(KPPPKPM).
      ~ADMIN~ mengucapkan tahniah kepada Tuan Asman Jani kerana sudi memberikan pandangan terhadap KSKM dan sokongan Tuan terhadap KSKM selama ini sangat2 dihargai dan dihormati.Semoga Tuan akan lebih fokus dan gemilang di dalam kerjaya Tuan dan mudah2an akan mendapat keredhaan dan keberkatan dalam kehidupan.Amin!
      Akhir kalam dari ~ADMIN~,marilah kita bersama-sama meningkatkan kerjasama diantara wargakerja makmal demi mengukuhkan perpaduan sesama kita dan seterusnya akan memajukan KSKM...Insyallah!!!

Monday, May 21, 2012

HEBAHAN TERKINI


Assalamualaikim wbt...Salam Kesatuan...
Hebahan Terkini :
~ADMIN~dimaklumkan oleh JPNPahang bahagian Perjawatan bahawa seramai 155 Pembantu Makmal baru(dibawah JPNP) bagi penempatan diseluruh negeri Pahang telah menerima surat tawaran dan akan diminta untuk menghadirkan diri ke Kolej Matrikulasi Gambang bagi sesi pengenalan pada 23-24 Mei 2012(Rabu dan Khamis).Pembantu Makmal ini akan diberikan penempatan apabila selesai sesi tersebut.
Pembantu Makmal di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia juga turut diberi penempatan tetapi pihak JPN tidak dimaklumkan jumlah PM tersebut ditempatkan di negeri Pahang dan ~ADMIN~berdoa agar PM(dibawah KPM)akan dapat ditempatkan di negeri Pahang semaksimum mungkin.
~ADMIN~ sangat2 berharap agar semua PM yang berpengalaman luas dengan kerjaya masing2,dapat memberikan kerjasama yang baik kepada PM yang baru ini.Disamping itu juga,~ADMIN~memohon jasa baik Tuan/Puan semua untuk bersama2 berkempen kepada PM baru ini untuk menjadi ahli KSKM demi meningkatkan taraf dan martabat kita sebagai Pembantu Makmal...Wallahualam!!!
~ADMINKSKMPahang~

Thursday, May 17, 2012

SELAMAT BERKURSUS'KURSUS KESELAMATAN MAKMAL SIRI2/2012

Assalamualaikum wbt...
~ADMIN~mengucapkan 'selamat berkursus'kepada semua Pembantu Makmal Negeri Pahang yang terpilih menghadirinya.Jadikan peluang ini untuk menimba sepenuhnya ilmu yang diberi kerana anda merupakan rakan2 PM yang sangat2 bertuah jika dibandingkan dengan rakan2 yang tidak berkesempatan menghadiri kursus namun begitu bersemangat untuk turut serta.
~ADMIN~mendoakan agar semua peserta kursus akan sentiasa sihat dan bersemangat tinggi sehingga ke hari terakhir kursus.
~ADMINKSKMPahang~

Wednesday, May 16, 2012

HEBAHAN 'KURSUS KEMAHIRAN ASAS ELEKTRIK'

Assalamualaikum wbt...
Hebahan kepada ahli2 KSKM Negeri Pahang:
~ADMIN~ dimaklumkan melalui Pengerusi KSKM Pahang,En.Khairul A'zli Ahmad dan Ketua Unit Biro Latihan KSKM Pahang,Pn.Siti Hafizah binti Abdul Karim bahawa pihak Jabatan Pelajaran Negeri Pahang telah meluluskan kertaskerja 'Kursus Kemahiran Asas Elektrik'untuk Pembantu Makmal Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Pahang (AHLI-AHLI KSKM sahaja) dengan kerjasama GiatMara Malaysia.Sehubungan dengan itu,KSKM Pahang telah menyusun tentatif kursus secara berperingkat-peringkat dimana seramai 20 peserta bagi setiap kursus di Giat Mara yang terpilih:
1.Giat Mara Raub - ahli KSKM daerah Raub,Lipis,Bentong dan Cameron Highlands.
2.Giat Mara Jerantut - ahli daerah Jerantu,Temerloh dan Bera.
3.Giat Mara Maran - ahli daerah Maran dan Kawasan Jengka.
4.Giat Mara Pekan - ahli daerah Pekan dan Kuantan.
5.Giat Mara Rompin - ahli daerah Rompin,Pekan dan Muazam.
Tarikh kursus akan dimuktamadkan sedikit waktu lagi.
Pihak JPNPahang akan mengeluarkan surat hadir kursus dan kepada 100 ahli KSKM Negeri Pahang yang terpilih, ~ADMIN~ mengucapkan tahniah dan syabas.
Kepada ahli yang tidak terpilih untuk sesi ini,Insyallah..pihak KSKM Pahang akan meneruskan program'Kursus Kemahiran Asas Elektrik' ini pada sesi ke2 dan ke3.Diharap Tuan/Puan akan bersabar.
~ADMINKSKMPahang~

Tuesday, May 15, 2012

ULASAN~ADMIN~TENTANG PERJUANGAN KSKM

Salam Puanl...terima kasih kerana memberi pendapat yang bernas dan membina.Situasi ketika Puan berada di Uni mungkin teramat berbeza dengan situasi sekarang dimana Puan ditempatkan di sekolah.Cara kerja,alam persekitaran,rakan sekerja dan pelbagai lagi situasi baru akan mencabar dari segi pemikiran dan tempo pengyesuaian diri Puan.Puan juga sekarang telah bernaung dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia dan bukan lagi dibawah Kementerian Pengajian Tinggi.Ada juga segelintir PM di negeri Pahang ini bersituasi seperti Puan dan Alhamdulillah,mereka dapat menyesuaikan diri masing2 dgn keadaan yang baru.
~ADMIN~sangat2 bersetuju dengan pandangan yang dilontarkan oleh Pn.Puteh Rejab berkaitan dengan kursus tersebut.Bagi makluman Puan,KSKM diwujudkan adalah untuk mendengar,membantu dan bertindak atas apa juga laporan dari ahli2 tentang perkara2 yang HANYA berkaitan dengan PM.KSKM akan menjadi perantaraan samada dengan PPD,JPN mahupun KPM.Jika berlaku permasalahan yang lebih besar lagi sehingga keperingkat Kerajaan,KSKM mampu menyuarakannya bersama-sama CUEPACs kerana KSKM adalah bernaung dibawah CUEPACs.Bagi gambaran yang lebih jelas lagi,kebanyakan AJK KSKM peringkat cawangan seperti contoh KSKM Cawangan Pahang,Pengerusi dan S/U KSKM pahang adalah AJK Cuepacs Cawangan Pahang.Cuepacs peringkat Kebangsaan juga yang berPresidenkan Datuk Hj Omar Osman,Setiausaha Agong KSKM Pusat merupakan salah seorang AJK yang dilantik.
Disamping bertujuan seperti yang dibicarakan diatas,KSKM juga diperingkat Pusat dan Cawangan harus memikirkan dan bekerjasama dgn JPN@KPM untuk merangka kursus,seminar@bengkel untuk setiap ahli yang berdaftar.Program yang melibatkan KSKM dan JPN biasanya akan dihadiri oleh semua PM samada ahli mahupun bukan ahli tetapi program yang dirancang oleh KSKM HANYA kepada AHLI KSKM.Ini bukanlah satu bentuk diskriminasi ilmu sains kepada setiap PM tetapi merupakan aktiviti yang dirancang oleh KSKM kepada ahli2 KSKM sahaja kerana sokongan dan bantuan ahli2 inilah yang menjadikan KSKM dapat bertahan dan dinobatkan sebagi Kesatuan Sekerja Contoh pada tahun 2010 dimana Kementerian Sumber Manusia telah mengangkat KSKM antara kesatuan yang terbaik di Malaysia.
Diperingkat Negeri,KSKM telah diberikan satu penghormatan oleh Jabatan Pelajaran Negeri masing2 untuk duduk bersama2 dengan Pengarah Pelajaran Negeri,Tim.Pengarah Negeri,Ketua2 Sektor,Pegawai Pelajaran Daerah2 di dalam satu mesyuarat yang diberinama"Majlis Bersama Jabatan"(MBJ).Ini merupakan satu flatform bagi KSKM untuk menyuarakan apa juga permasalahan yang dihadapi oleh setiap Pembantu Makmal samada dari segi kemudahan,keselamatan,penambahbaikan makmal dan sebagainya dimana setiap permasalahan tersebut mestilah dibawa kepada Pengerusi KSKM cawangan masing2.
Disamping itu Puan,banyak telah usaha2 yang dilakukan oleh KSKM bagi memartabatkan profesion PM ke taraf yang lebih tinggi.Jika dibuat perbandingan antara kedudukan Pembantu Makmal 10@20 tahun yang lalu dengan PM yang ada sekarang,tidak adil jika ada PM yang mengatakan KSKM tidak membuat apa2 perubahan kepada profesion ini.Jika kita ikhlas dalam PERJUANGAN dan benar2 mengerti apa itu PERJUANGAN nescaya kita akan berfikiran positif dan lebih terbuka dalam memikirkan tentang KSKM.Di mana lagi kita di kelompok minoriti ini untuk membawa suara akar umbi ahli jika tidak melalui Kesatuan.
Didalam hal ini~ADMINKSKMPahang~ agak tegas apabila mengemukan senarai nama peserta kursus anjuran JPN/KSKM dimana HANYA ahli KSKM SAHAJA yang LAYAK dipanggil.Bagi PM atau PAP Makmal yang masih selesa berada diluar KSKM,~ADMIN~ berharap mereka akan terpanggil untuk \bersama-sama menyokong,berjuang,berkongsi susah senang bersama KSKM.Perjuangan ahli dari segi masa,tenaga dan wang ringgit kadang-kala dinafikan oleh kelompok bukan ahli ini dalam memdapat keuntungannya.~ADMIN~berharap agar kesedaran akan menjelma kepada kelompok tersebut.
Akhir kalam dari ~ADMINKSKMPahang~semoga Puan akan diberi ketenteraman dan kesesuaian ditempat baru dan Puan akan lebih berjaya di dalam kerjaya Pembantu Makmal bersama Kementerian Pelajaran Malaysia.Mohon kemaafan seandainya bicara ~ADMIN~ ada yang menguris hati dan emosi Puan dan ~ADMIN~ akhiri dengan Wallahuallam....TQ!
~ADMINKSKMPahang~

Thursday, May 10, 2012

PERSIDANGAN PERWAKILAN DWI TAHUNAN KALI KE-11

Assalamualaikum wbt...Salam Kesatuan dari ~ADMINKSKMPahang~kepada semua wargakerja Pembantu Makmal di negeri Pahang khususnya dan seluruh PM yang berada di Malaysia.
~ADMIN~memohon kemaafan kerana agak terlewat untuk ~ADMIN~meng'up-date' program yang sangat penting bagi KSKM.
Program    :  Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan Kali ke-11
Tempat      : CARLTON HOLIDAY HOTEL & SUITES. SHAH ALAM SELANGOR
Tarikh        : 16 hingga 18 Disember 2011
Perasmian  : Yang Berusaha Datuk Haji Omar Osman
                    (Presiden CUEPACS)
Untuk seluruh wargakerja Pembantu Makmal samada AHLI KSKM mahupun yang akan menjadi AHLI KSKM,eksklusif untuk anda!!.Panorama yang dapat dikutip oleh ~ADMIN~ sepanjang program tersebut.

Sesi taklimat program pada malam 16 Dis 2011 bertempat di dewan utama Charlton Hotel&Suite.


                                              Setiausaha Agung sedang memberikan taklimat

                                     Pengerusi KSKM Negeri Pahang En.Khairul A'zli Ahmad

Inilah tempat berlansungnya Persidangan Perwakilan KSKM dan juga tempat penginapan perwakilan
ICT Shah Alam..Dari Kiri:En.Ahmad Rahin(AJK),En.Khairul A'zli Ahmad(Pengerusi) dan En.Lotfan Abd Aziz(Setiausaha).
Perbincangan "Arahtuju"tempat duduk perwakilan Pahang antara Pengerusi Negeri dan Urusetia
Pengerusi Pahang sibuk menyusun strategi bagi mendapatkan tempat duduk bagi perwakilan Pahang
                                                  Barisan Perwakilan Negeri Pulau Pinang
                                           Perwakilan Pahang yang terpisah oleh tiang dewan

 Bergambar-kenangan bersama Tn.Haji Omar Osman,Presiden CUEPACS Malaysia
                                                   Sidang akhbar Presiden CUEPACs
Setiap asakan soalan yang dilontarkan oleh wartawan dapat dijawab dengan bernas oleh Datuk Omar

                                                          Tegas dan bertanggungjawab
                                       Barisan Ahli Majlis Jawatankuasa Agung KSKM Pusat

 Pengerusi Pahang,En.Khairul A'zli Ahmad turut mengambil bahagian dalam perbahasan


Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan Kali ke-11 ditangguhkan pada jam 10.52 malam dengan ucapan penangguhan terakhir oleh Yang Dipertua KSKM Pusat.
Semoga buah tangan dari ~ADMINKSKMPahang~ini akan dapat memberi satu suntikan semangat bagi seluruh ahli-ahli KSKM untuk bersama-sama mengembeling tenaga dan usaha bagi memantapkan lagi jentera perjuangan bagi memartabatkan profesion Pembantu Makmal ketaraf yang lebih tinggi.
Akhir kalam dari~ADMIN~ "Tanpa sokongan anda sebagai ahli KSKM maka KSKM tidak akan kemana-mana oleh itu marilah kita bersama memberikan sokongan tanpa berbelah bagi untuk KESATUAN SEKERJA KAKITANGAN MAKMAL"