Tuesday, May 22, 2012

JAWAPAN BERKAITAN KEDUDUKAN PAP DI MAKMAL


    • sikit sikit pem makmal yg pap makmal duduk kat makmal di anak tirikan sedih tau tidak dihargai pun bertahun tahun dimakmal
      10 jam yang lalu melalui mudah alih ·  ·  1
    • Kskm Negeri Pahang Tuan Asman Jani...Terima kasih kerana memberi respon terhadap hebahan yang ~ADMIN~poskan di dinding Kskm Negeri Pahang ini.Bagi menjawab kemusykilan Tuan tentang PAP yang di anak tirikan oleh KSKM meskipun PAP makmal adalah merupakan aset penting kepada organisasi di makmal.Tidak dinafikan bahawa ada diantara PAP Makmal yang telah bertahun2 berkhidmat di makmal mempunyai ilmu dan pengalaman yang luas tentang susun atur dan perjalanan P&P di sekolah.Tidak keterlaluan jika ~ADMIN~katakan bahawa sesetengah PAP ini mempunyai pengetahuan tentang makmal jauh lebih tinggi dari guru sains(guru2 baru)dan Pembantu Makmal(PM Baru) itu sendiri.Tahniah ~ADMIN~ucapkan kepada PAP yang selama ini mencurahkan segala tenaga dan usaha mereka bagi melicinkan proses P&P di makmal.
      Tuan Asman Jani...Untuk pengetahuan,KSKM telah sedaya upaya membela nasib wargakerja makmal tanpa mengira jawatan samada PM mahupun PAP kerana kedua2 jawatan tersebut merupakan gabungan ahli yang membentuk KSKM.Melalui KSKM Pusat,nasib semua PAP makmal terbela apabila KPM telah bercadang untuk menarik semua PAP makmal keluar dari makmal dengan mewujudkan atau mengantikan nama jawatan Pembantu Am Rendah(PAR) kepada Pembantu Am Pejabat(PAP)sedikit masa dahulu.Namun,atas keprihatinan dan sikap tanggungjawab KSKM terhadap PAP yang kebanyakkannya menjadi ahli KSKM maka proses penarikan PAP keluar dari makmal telah ditangguhkan sehingga ke tahun 2014.
      Usaha KSKM tidak terhenti setakat itu sahaja,KSKM terus memperjuangkan nasib PAP Makmal ini dengan mengangkat satu kertaskerja bertajuk'Tukar Lantik PAP(N1) kepada Pembantu Makmal(C17)'.Kertaskerja tersebut telah dipersetujui di peringkat KPM dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran(SPP).Satu tawaran telah dikeluarkan oleh KPM kepada semua PAP yang berkelayakan untuk memohon'Tukar Lantik 'tersebut dengan kaedah mengisi segala maklumat melalui internet.Apa yang mendukacitkan pihak KSKM adalah,ramai pemohon yang mengisi maklumat melalui internet merupakan BUKAN AHLI KSKM dan semasa sesi temuduga yang berlangsung dalam bulan April baru lalu,hampir melebihi 70% yang berjaya ditemuduga adalah terdiri dari BUKAN AHLI KSKM.Ini amat-amat mendukacitakan seluruh ahli-ahli KSKM.Sikap segelintir PAP yang bukan ahli KSKM telah mengambil HAK yang sepatutnya diberkani kepada AHLI KSKM kerana Jawatan Tukar Lantik ini merupakan usaha berterusan KSKM bagi membela nasib PAP yang menjadi ahli KSKM.Sikap PAP yang BUKAN AHLI KSKM ini bolehlah diklasifikasikan sebagai 'PARASIT' dimana kehidupan mereka hanya menumpang penat lelah dan usaha dari orang lain namun hasilnya dimiliki oleh golongan ini.~ADMIN~memohon kemaafan seandainya apa yang dititipkan ini menimbulkan kemarahan dan kebencian segelintir wargakerja makmal namun inilah hakikat yang perlu ditelan di dalam kehidupan.
      Tuan Asman Jani...Untuk makluman,pada tahun 2014 nanti,KPM telah menetapkan bahawa semua makmal di sekolah2 menengah di dalam Malaysia TIDAK ada lagi jawatan PAP ditempatkan.Semua kekosongan yang ditinggalkan oleh PAP,akan terisi dengan pengambilan baru PM dan PM(Tukar Lantik).PAP makmal akan ditarik keluar dari makmal dan akan ditempatkan dimana2 bahagian yang difikirkan perlu oleh pihak pentadbir di sekolah masing-masing.Semasa Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan Kali ke11(KSKM) di Shah Alam pada bulan Disember tahun lepas,semua perwakilan telah bersetuju sebulat suara untuk menerima cadangan Pindaan Peraturan iaitu peraturan1,perkara 1 dimana nama Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal(KSKM)Kementerian Pelajaran Malaysia akan ditukar kepada Kesatuan Pembantu Makmal Kementerian Pelajaran Malaysia(KPMKPM).Cadangan ini hanya menunggu kelulusan sahaja lagi dari Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja(JHEIKS).Apabila telah mendapat kelulusan maka KPMKPM akan memfokuskan segala permasalahan dan halatuju kesatuan hanya kepada Pembantu Makmal sahaja.Bagi PAP yang menjadi ahli KSKM,mereka diberikan pilihan samada ingin kekal bersama KPMKPM atau mereka bolah menarik diri dari menjadi ahli KPMKPM.~ADMIN~mencadangkan agar seandainya terdapat ahli2 KSKM yang berstatus PAP maka adalah lebih baik bagi ahli2 ini untuk berjuang membela nasib PAP melalui kesatuan yang khusus dan fokus terhadap PAP,PRA,Tukang Masak,Tukang K dan pemandu iaitu Kesatuan Pekerja-Pekerja Pusat Kementerian Pelajaran Malaysia(KPPPKPM).
      ~ADMIN~ mengucapkan tahniah kepada Tuan Asman Jani kerana sudi memberikan pandangan terhadap KSKM dan sokongan Tuan terhadap KSKM selama ini sangat2 dihargai dan dihormati.Semoga Tuan akan lebih fokus dan gemilang di dalam kerjaya Tuan dan mudah2an akan mendapat keredhaan dan keberkatan dalam kehidupan.Amin!
      Akhir kalam dari ~ADMIN~,marilah kita bersama-sama meningkatkan kerjasama diantara wargakerja makmal demi mengukuhkan perpaduan sesama kita dan seterusnya akan memajukan KSKM...Insyallah!!!

No comments:

Post a Comment