Saturday, May 26, 2012

KUALA LIPIS:MESYUARAT BERSAMA KSKM CAWANGAN PAHANG


Assalamualaikum wbt dan Salam Kesatuan...
Mesyuarat Bersama Kesatuan Kakitangan Makmal Negeri Pahang.
Tarikh : 24 Mei 2012
Masa : 8.30pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat SMK Clifford,K.Lipis
Alhamdulillah dan ucapan Tahniah dan Syabas kerana Pembantu Makmal dan PAP(makmal) Daerah Lipis telah berjaya mengadakan sesi taklimat bersama KSKM Cawangan Pahang.
~ADMIN~difahamkan bahawa daerah Lipis telah menjalankan banyak aktiviti yang melibatkan PM dan PAP(Makmal) antaranya,pelbagai kursus bersama PPD,Jabatan Bomba,Lawatan ke Parlimen Malaysia.Daerah Lipis juga sedang merancang untuk mengadakan lawatan ke Kuantan dan bermalam di De'Rhu Beach Resort.Hebatnya daerah Lipis!!!
Turut hadir wakil KSKM Pahang adalah En.Khairul A'zli Ahmad(Pengerusi),En.Lotfan Abd Aziz(S/U) dan Pn.Rogayah(Bendahari).
Apa yang dibanggakan adalah penglibatan dan sokongan yang padu diberikan oleh penaung daerah Kuala Lipis, En.Hassan Basri bin Shamsuddin(Pegawai Sains dan Matematik).
"Kredit harus dianugerahkan kepada En.Hassan Basri".
Begitu juga AJK daerah yang banyak menggerakkan aktiviti KSKM diperingkat daerah.
Seramai lebih dari 20 Pembantu Makmal daerah Lipis telah memohon menjadi ahli Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal.
Taklimat dan penerangan tentang KSKM telah dibentangkan oleh Pengerusi KSKM Pahang,En.Khairul A'zli Ahmad dan dibantu oleh setiausaha serta bendahari KSKM Caw Pahang.Sepanjang taklimat berlangsung,Pengerusi KSKM Pahang banyak memberi laluan kepada sebarang persoalan dan kemushkilan yang diutarakan oleh Pembantu Makmal dan PAP(makmal).
Tahniah sekali lagi dari ~ADMINKSKMPahang~


No comments:

Post a Comment