Tuesday, May 15, 2012

ULASAN~ADMIN~TENTANG PERJUANGAN KSKM

Salam Puanl...terima kasih kerana memberi pendapat yang bernas dan membina.Situasi ketika Puan berada di Uni mungkin teramat berbeza dengan situasi sekarang dimana Puan ditempatkan di sekolah.Cara kerja,alam persekitaran,rakan sekerja dan pelbagai lagi situasi baru akan mencabar dari segi pemikiran dan tempo pengyesuaian diri Puan.Puan juga sekarang telah bernaung dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia dan bukan lagi dibawah Kementerian Pengajian Tinggi.Ada juga segelintir PM di negeri Pahang ini bersituasi seperti Puan dan Alhamdulillah,mereka dapat menyesuaikan diri masing2 dgn keadaan yang baru.
~ADMIN~sangat2 bersetuju dengan pandangan yang dilontarkan oleh Pn.Puteh Rejab berkaitan dengan kursus tersebut.Bagi makluman Puan,KSKM diwujudkan adalah untuk mendengar,membantu dan bertindak atas apa juga laporan dari ahli2 tentang perkara2 yang HANYA berkaitan dengan PM.KSKM akan menjadi perantaraan samada dengan PPD,JPN mahupun KPM.Jika berlaku permasalahan yang lebih besar lagi sehingga keperingkat Kerajaan,KSKM mampu menyuarakannya bersama-sama CUEPACs kerana KSKM adalah bernaung dibawah CUEPACs.Bagi gambaran yang lebih jelas lagi,kebanyakan AJK KSKM peringkat cawangan seperti contoh KSKM Cawangan Pahang,Pengerusi dan S/U KSKM pahang adalah AJK Cuepacs Cawangan Pahang.Cuepacs peringkat Kebangsaan juga yang berPresidenkan Datuk Hj Omar Osman,Setiausaha Agong KSKM Pusat merupakan salah seorang AJK yang dilantik.
Disamping bertujuan seperti yang dibicarakan diatas,KSKM juga diperingkat Pusat dan Cawangan harus memikirkan dan bekerjasama dgn JPN@KPM untuk merangka kursus,seminar@bengkel untuk setiap ahli yang berdaftar.Program yang melibatkan KSKM dan JPN biasanya akan dihadiri oleh semua PM samada ahli mahupun bukan ahli tetapi program yang dirancang oleh KSKM HANYA kepada AHLI KSKM.Ini bukanlah satu bentuk diskriminasi ilmu sains kepada setiap PM tetapi merupakan aktiviti yang dirancang oleh KSKM kepada ahli2 KSKM sahaja kerana sokongan dan bantuan ahli2 inilah yang menjadikan KSKM dapat bertahan dan dinobatkan sebagi Kesatuan Sekerja Contoh pada tahun 2010 dimana Kementerian Sumber Manusia telah mengangkat KSKM antara kesatuan yang terbaik di Malaysia.
Diperingkat Negeri,KSKM telah diberikan satu penghormatan oleh Jabatan Pelajaran Negeri masing2 untuk duduk bersama2 dengan Pengarah Pelajaran Negeri,Tim.Pengarah Negeri,Ketua2 Sektor,Pegawai Pelajaran Daerah2 di dalam satu mesyuarat yang diberinama"Majlis Bersama Jabatan"(MBJ).Ini merupakan satu flatform bagi KSKM untuk menyuarakan apa juga permasalahan yang dihadapi oleh setiap Pembantu Makmal samada dari segi kemudahan,keselamatan,penambahbaikan makmal dan sebagainya dimana setiap permasalahan tersebut mestilah dibawa kepada Pengerusi KSKM cawangan masing2.
Disamping itu Puan,banyak telah usaha2 yang dilakukan oleh KSKM bagi memartabatkan profesion PM ke taraf yang lebih tinggi.Jika dibuat perbandingan antara kedudukan Pembantu Makmal 10@20 tahun yang lalu dengan PM yang ada sekarang,tidak adil jika ada PM yang mengatakan KSKM tidak membuat apa2 perubahan kepada profesion ini.Jika kita ikhlas dalam PERJUANGAN dan benar2 mengerti apa itu PERJUANGAN nescaya kita akan berfikiran positif dan lebih terbuka dalam memikirkan tentang KSKM.Di mana lagi kita di kelompok minoriti ini untuk membawa suara akar umbi ahli jika tidak melalui Kesatuan.
Didalam hal ini~ADMINKSKMPahang~ agak tegas apabila mengemukan senarai nama peserta kursus anjuran JPN/KSKM dimana HANYA ahli KSKM SAHAJA yang LAYAK dipanggil.Bagi PM atau PAP Makmal yang masih selesa berada diluar KSKM,~ADMIN~ berharap mereka akan terpanggil untuk \bersama-sama menyokong,berjuang,berkongsi susah senang bersama KSKM.Perjuangan ahli dari segi masa,tenaga dan wang ringgit kadang-kala dinafikan oleh kelompok bukan ahli ini dalam memdapat keuntungannya.~ADMIN~berharap agar kesedaran akan menjelma kepada kelompok tersebut.
Akhir kalam dari ~ADMINKSKMPahang~semoga Puan akan diberi ketenteraman dan kesesuaian ditempat baru dan Puan akan lebih berjaya di dalam kerjaya Pembantu Makmal bersama Kementerian Pelajaran Malaysia.Mohon kemaafan seandainya bicara ~ADMIN~ ada yang menguris hati dan emosi Puan dan ~ADMIN~ akhiri dengan Wallahuallam....TQ!
~ADMINKSKMPahang~

No comments:

Post a Comment