Wednesday, May 16, 2012

HEBAHAN 'KURSUS KEMAHIRAN ASAS ELEKTRIK'

Assalamualaikum wbt...
Hebahan kepada ahli2 KSKM Negeri Pahang:
~ADMIN~ dimaklumkan melalui Pengerusi KSKM Pahang,En.Khairul A'zli Ahmad dan Ketua Unit Biro Latihan KSKM Pahang,Pn.Siti Hafizah binti Abdul Karim bahawa pihak Jabatan Pelajaran Negeri Pahang telah meluluskan kertaskerja 'Kursus Kemahiran Asas Elektrik'untuk Pembantu Makmal Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Pahang (AHLI-AHLI KSKM sahaja) dengan kerjasama GiatMara Malaysia.Sehubungan dengan itu,KSKM Pahang telah menyusun tentatif kursus secara berperingkat-peringkat dimana seramai 20 peserta bagi setiap kursus di Giat Mara yang terpilih:
1.Giat Mara Raub - ahli KSKM daerah Raub,Lipis,Bentong dan Cameron Highlands.
2.Giat Mara Jerantut - ahli daerah Jerantu,Temerloh dan Bera.
3.Giat Mara Maran - ahli daerah Maran dan Kawasan Jengka.
4.Giat Mara Pekan - ahli daerah Pekan dan Kuantan.
5.Giat Mara Rompin - ahli daerah Rompin,Pekan dan Muazam.
Tarikh kursus akan dimuktamadkan sedikit waktu lagi.
Pihak JPNPahang akan mengeluarkan surat hadir kursus dan kepada 100 ahli KSKM Negeri Pahang yang terpilih, ~ADMIN~ mengucapkan tahniah dan syabas.
Kepada ahli yang tidak terpilih untuk sesi ini,Insyallah..pihak KSKM Pahang akan meneruskan program'Kursus Kemahiran Asas Elektrik' ini pada sesi ke2 dan ke3.Diharap Tuan/Puan akan bersabar.
~ADMINKSKMPahang~

No comments:

Post a Comment