Monday, May 21, 2012

HEBAHAN TERKINI


Assalamualaikim wbt...Salam Kesatuan...
Hebahan Terkini :
~ADMIN~dimaklumkan oleh JPNPahang bahagian Perjawatan bahawa seramai 155 Pembantu Makmal baru(dibawah JPNP) bagi penempatan diseluruh negeri Pahang telah menerima surat tawaran dan akan diminta untuk menghadirkan diri ke Kolej Matrikulasi Gambang bagi sesi pengenalan pada 23-24 Mei 2012(Rabu dan Khamis).Pembantu Makmal ini akan diberikan penempatan apabila selesai sesi tersebut.
Pembantu Makmal di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia juga turut diberi penempatan tetapi pihak JPN tidak dimaklumkan jumlah PM tersebut ditempatkan di negeri Pahang dan ~ADMIN~berdoa agar PM(dibawah KPM)akan dapat ditempatkan di negeri Pahang semaksimum mungkin.
~ADMIN~ sangat2 berharap agar semua PM yang berpengalaman luas dengan kerjaya masing2,dapat memberikan kerjasama yang baik kepada PM yang baru ini.Disamping itu juga,~ADMIN~memohon jasa baik Tuan/Puan semua untuk bersama2 berkempen kepada PM baru ini untuk menjadi ahli KSKM demi meningkatkan taraf dan martabat kita sebagai Pembantu Makmal...Wallahualam!!!
~ADMINKSKMPahang~

No comments:

Post a Comment