Saturday, May 26, 2012

MESYUARAT AJK KSKM CAWANGAN PAHANG KALI KE 4

Assalamualaikum wbt dan Salam Kesatuan...
Mesyuarat AJK KSKM Pahang Kali Ke 4.
Tarikh : 25 Mei 2012(Jumaat)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Makmal Biologi SMK Temerloh
Alhamdulillah,KSKM Cawangan Pahang telah selesai mengadakan mesyuarat AJK kali ke 4 dimana mesyuarat kali ini amat istimewa dan bermakna dengan kehadiran En.Hamran Hj Ahmad(Presiden KSKM) dan En.Ashaari Maarof,PPW(Setiausaha Agung KSKM).
Pengerusi mesyuarat merangkap Pengerusi KSKM Pahang telah memberi laluan bagi kedua-dua Pegawai Kanan KSKM Pusat menyampaikan ucapan dan memberi info2 terkini berkaitan dengan perjalanan KSKM diperingkat pusat.
Dalam ucapan Presiden KSKM En.Hamran Hj Ahmad,beliau menyatakan bahawa beliau dan SUA baru sahaja selesai memberikan taklimat berkaitan kesatuan kepada lebih 170 Pembantu Makmal lantikan baru di Kolej Matrikulasi Gambang,Pahang dan PM ini akan mula melaporkan diri di penempatan masing2 di seluruh Negeri Pahang pada minggu hadapan.
Presiden menasihati semua wakil2 daerah agar menggerakkan program diperingkat daerah masing2 dengan mengadakan perbincangan bersama PPD masing2.
Program menambahkan ahli KSKM juga harus dijalankan bermula diperingkat daerah dan seterusnya diperingkat negeri.Pembantu Makmal samada ahli atau belum menjadi ahli di bawah KPM dan sekolah Agama perlu diberi perhatian agar tiada yang tercicir untuk menjadi ahli KSKM.
Berita baik bagi seluruh PM yang masih gagal di dalam Peperiksaan Perkhidmatan bahawa Kementerian telah memansuhkan peperiksaan amali dan esei.Hanya peperiksaan berbentuk objektif dan struktur yang mana berkisar kepada Buku Pengurusan dan Keselamatan Makmal Sains.
Akhiran ucapan Presiden KSKM adalah beliau berharap agar jika terdapat undangan samada diperingkat negeri mahupun daerah kepada Pegawai-Pegawai Kanan KSKM maka perlulah memaklumkan terlebih awal bagi mengelakkan perkara-perkara yang tak sepatutnya berlaku serta dapat memenuhi jadual yang padat.



        Presiden En.Hamran Hj Ahmad,PPW menyampaikan info dan maklumat tentang KSKM Pusat


   Setiausaha Agung En Ashaari Maarof,PPW sedang menerangkan perjalanan perjuanagan KSKM


Dalam ucapan Setiausaha Agung KSKM En.Asshari Maarof,PPW  beliau berkongsi beberapa maklumat :
1.Pembantu Am Pejabat(PAP) yang menjalani temuduga tukar lantik pada 23,24 dan 25 April baru2 ini seramai 350 orang seluruh semenanjung dan hanya 20% sahaja yang berjaya.Baki 80% tidak berjaya atas beberapa faktor dan syarat yang ditetapkan oleh SPP.KSKM akan terus berusaha untuk memperjuagkan nasib PAP(HANYA AHLI KSKM)yang berpengalaman lama di makmal bagi mendapatkan penggilan ke-2.Doakan agar usaha murni ini akan berjaya.
2.Pembantu Makmal lantikan baru seramai 1,029 orang akan mengisi kekosongan di sekolah2 seluruh semenanjung.SUA memohon agar semua PM2 senior dan akan menerima PM lantikan baru,memberi tunjuk ajar kpd mereka.
3.Jawatan C22.Borang tawaran "Pemangkuan c22"akan keluar kpd umum dijangka bermula pada minggu hadapan dan C22(KUP) sedang berjalan.
4.Kesemua Pembantu Makmal di dalam Malaysia adalah seramai 8,927 dan sasaran bagi tahun 2014 adalah seramai 10,000 PM.
5.Kursus Jururlatih(JU) peringkat negeri Pahang sedang dirancang bagi melahirkan bakat2 baru unutk menjadi jurulatih Sains bagi mengisi program2 kursus anjuran JPN mahupun KPM.
6.Sebanyak 5 kertaskerja sedang dan akan diangkat kepada KPM:
   i.Penukaran nama jawatan Pembantu Makmal kepada nama yang difikirkan sesuai.
  ii.Mengubah kelayakan masuk jawatan PM.
 iii.Kajian semula gred permulaan PM.
 iv.Pembantu Am Pejabat(PAP) makmal.
  v.Norma-norma perjawatan yang akan datang.
7.Perjuangan bersama CUEPACS dimana akan mengadakan bengkel bagi memperjuangkan bersama gred2 perjawatan.
8.Koperasi CUEPACS yang dinamakan 'Koperasi Penjawat Awam' dimana SUA memohon agar kewujudannya diwar-warkan kepada semua ahli KSKM Negeri Pahang.
~ADMINKSKMPahang~ mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih atas kesudian Pegawai-pegawai Kanan KSKM yang dapat meluangkan masa yang terbatas untuk bersama-sama KSKM Pahang.

Antara panorama yang dapat dikutip sepanjang Mesyuarat AJK KSKM Cawangan Pahang oleh ~ADMINKSKMPahang~
  Bangunan dimana segala perbincangan dan keputusan diambil oleh KSKM Pahang...
  Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh (SMKT)
 Pengerusi KSKM Pahang sedang meneliti proses susun atur tempat duduk kesemua AJK dan tetamu

 Wajah-wajah ceria sebahagian AJK KSKM Pahang yang hadir ke mesyuarat tersebut

 Beginilah sibuknya urusan menyusun atur kesemua AJK dan Pegawai-Pegawai Tinggi KSKM Pusat

 Setiausaha KSKM Pahang,En.Lotfan sedang mengedarkan minit mesyuarat kepada semua AJK

 Dari kiri:En.Ashaari Maarof,PPW,En.Hamran Hj Ahmad.En.Khairul A'zli dan En.Lotfan Abd Aziz
Dari kiri:Pn.Zalina Mohamad(Wakil KSKM daerah Pekan),Pn.Nor Azizah Mohamad (Wakil KSKM daerah Jerantut),Pn.Siti Hafizah Abd Karim(AJK KSKM Pahang) dan Pn.Maslina Amriem(AJK)
 Dari kanan : Pn.Faizatul Akmar(Tim.Wakil KSKM daerah Pekan) dan Pn.Norfaizura Ismail(AJK)
 En.Hamran Hj Ahmad sedang menyampaikan amanat beliau tentang perjuangan KSKM
 Sebahagian AJK KSKM Pahang yang khusyuk mendengar amanat dari Pegawai-Pegawai Tinggi KSKM

 Puan.Maslina Amrien(AJK KSKM Pahang) dan Puan.Rogayah Othman(Bendahari KSKM Pahang)
                                    En.Abdul Halim Abd Manaf (Wakil KSKM daerah Maran)

En.Kamaruzaman Abd Manaf (Wakil KSKM daerah Rompin)
Orang kuat  KSKM Cawangan Pahang,En.Lotfan Abd Aziz (Setiausaha KSKM Pahang)
       Dari kiri: En.Hermi Zakaria (Wakil KSKM daerah Raub) dan En.Ahmad Rahim (AJK KSKM Pahang)

Mesyuarat KSKM Cawangan Pahang dimulakan mengikut agenda mesyuarat:
i. Perbincangan khusus berkaitan program'Kursus Kemahiran Asas Elektrik'usahasama KSKM Pahang bersama Giat Mara Malaysia.Kelulusan telah diterima dari Jabatan Pelajaran Negeri Pahang dimana dalam siri 1 ini seramai 100 ahli KSKM akan dipanggil untuk menyertainya.Giat Mara yang terpilih akan memberi latihan asas elektrik iaitu: 1.Giat Mara Raub (05 Jun 2012)-20 ahli KSKM daerah Raub,Bentong,Kuala Lipis dan Cameron Highlands.
2.Giat Mara Jerantut (06 Jun 2012)-20 ahli KSKM daerah Jerantut,Temerloh dan Bera.
3.Giat Mara Maran (07 Jun 2012)-20 ahli KSKM daerah Maran dan Jengka.
4.Giat Mara Pekan (12 Jun 2012)-20 ahli KSKM daerah Pekan dan Kuantan.
5.Giat Mara Rompin (13 Jun 2012)-20 ahli KSKM daerah Rompin,Muazam dan Pekan.
ii. Mesyuarat membincangkan program Seminar"Team Building" yang akan dijangka berlangsung di De' Rhu Beach Resort,Kuantan pada bulan November 2012 atau pada bulan April 2013.Program ini akan menjemput seluruh ahli KSKM Pahang untuk bersama-sama dengan mengenakan sedikit bayaran.Program ini akan dijalankan jika mendapat sambutan dari ahli2 KSKM Pahang melalui 'survey' yang akan dijalankan.Sehubungan dengan itu,AJK KSKM Pahang berharap agar program ini akan mendapat sambutan selain objektif utamanya adalah untuk menjalinkan silaturrahim,memupuk ukhwah dan kerjasama yang kukuh dari seluruh ahli KSKM Pahang.
iii. Mesyuarat juga membincangkan berkaitan mempromosikan baju F1(korporat) dan T-Shirt yang berlogokan KSKM disamping sedikit keuntungan dari jualan tersebut akan dimasukkan kedalam akaun KSKM Pahang.
iv.Lain-lain hal dan mesyuarat AJK KSKM Pahang kali ke 4 ditangguhkan tepat jam 5.50 petang.
Sekian...Wassalam!!!




No comments:

Post a Comment