Tuesday, July 17, 2012

KURSUS PENGURUSAN PERKHIDMATAN PEMBANTU MAKMAL SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH KUANTAN 2012


Tarikh    : 16 Julai 2012
Masa      : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat   : Dewan Seminar PPD Kuantan
Anjuran   : Unit Latihan PPD Kuantan dan KSKM Daerah Kuantan

Alhamdulillah,setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Illahi kerana dengan izinnya,satu perancangan yang baik dari KSKM Daerah Kuantan dibawah Wakil KSKM Daerah,Puan.Rashidah Adam Ahmad dan dibantu setiausaha penyelaras kursus Puan.Samseema Harun telah berjaya menganjurkan satu kursus bagi semua Pembantu Makmal daerah  Kuantan dengan kerjasama Unit Latihan PPD Kuantan.
Program ini telah menempatkan seramai 132 orang pesaerat terdiri daripada Pembantu Makmal dari seluruh daerah Kuantan.

Kursus yang telah berlangsung selama sehari ini diisi dengan 3 slot iaitu pada slot yang pertama,Ceramah 1 bertajuk 'Pengurusan Perkhidmatan Pembantu Makmal' yang disampaikan oleh En.Ahmad Fikri bin Ahmad,Penolong Pengarah,Unit Perjawatan dan Perkhidmatan Jabatan Pelajaran Pahang.






Pada slot yang kedua,Ceramah 2 yang bertajuk 'Motivasi:Ujian Tajma' yang dikendalikan oleh En.Mohd Asri bin Mohd Yusof,Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan PPD Kuantan.
Kursus berhenti rehat pada jam 12,30 dan disambung kemnali pada jam 2.15 petang.
Slot ketiga adalah 'Sesi Dialog dan Penutupan Bersama Setiausaha Agong KSKM Pusat,En.Ashaari bin Maarof'.

Ahli Jawatankuasa KSKM Negeri Pahang juga turut hadir di dalam slot ketiga tersebut.iaitu En.Khairul A'zli Ahmad,(Pengerusi KSKM Pahang),En.Lotfan Abd Aziz(Setiausaha KSKM Pahang) dan Puan.Rogayah Othman(Bendahari KSKM Pahang).
Semoga program yang sedemikian ini akan menjadi satu aktiviti yang sangat berguna kepada setiap Pembantu Makmal di Daerah Kuantan dan ~ADMIN~ berharap Wakil-wakil KSKM setiap daerah di Negeri Pahang akan mengorak langkah yang lebih proaktif bagi membuat sebarang aktiviti yang baik sebagai input yang berguna kepada setiap AHLI-AHLI KSKM.~ADMIN~yang mewakili Pengerusi KSKM Negeri Pahang juga sangat-sangat berharap agar program yang melibatkan KSKM diperingkat daerah akan menumpukan hanya kepada AHLI-AHLI KSKM sahaja.
TAHNIAH sekali lagi dari~ADMIN~yang mewakili AJK KSKM Negeri Pahang kepada Wakil KSKM Daerah Kuantan,Puan.Rashidah Adam Ahmad dan barisan AJK Bertindak peringkat daerah kerana berjaya menganjurkan kursus ini.
Sebahagian panorama yang dapat dikutip oleh Pengerusi KSKM Negeri sepanjang kursus yang dapat ~ADMIN~muatkan di dalam Laman Blog ini untuk tatapan dan memori para peserta yang terlibat.







1 comment:

  1. ble lg ade kursus pengurusan perkhidmatan pmbantu makmal..? Lau Pem. Makmal luar dr kuantan leh join x?

    ReplyDelete