Friday, July 13, 2012

KURSUS PENGURUSAN PERKHIDMATAN PEMBANTU MAKMAL DAERAH KUANTAN 2012

Assalamualaikum wbt...

Tajuk    : KURSUS PENGURUSAN PERKHIDMATAN PEMBANTU MAKMAL DAERAH KUANTAN 2012
Anjuran : KSKM DAERAH KUANTAN DAN PPD KUANTAN
Tarikh   : 16 Julai 2012 (Isnin)
Masa     : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Dewan Pejabat Pelajaran Daerah Kuantan
Tahniah dari~ADMIN~ yang mewakili AJK KSKM Negeri Pahang kepada Wakil KSKM Daerah Kuantan,Puan Rasidah bte Adam Ahmad (SMK Tanah Putih) beserta AJK daerah Kuantan kerana akan menganjurkan program kursus kepada semua Pembantu Makmal daerah Kuantan pada tarikh seperti dinyatakan di atas.
~ADMIN~ difahamkan bahawa sepanjang kursus tersebut berlangsung,sebanyak 3 slot  akan diadakan.Pada slot yang pertama,semua peserta kursus akan dikendalikan oleh penceramah dari Jabatan Pelajaran Negeri Pahang(JPNP)bahagian Perkhidmatan.Slot yang kedua,penceramah dari Pejabat Pelajaran Daerah Kuantan akan mengendalikan kursus motivasi.Pada sebelah petang pula,slot ketiga akan dikendalikan oleh KSKM .Peserta kursus akan dapat mendengar taklimat dan maklumat daripada Setiausaha Agong KSKM Pusat dan Barisan AJK Tertinggi KSKM Negeri Pahang.Peserta juga dapat mengemukan segala persoalan dan permasalahan yang timbul dari ketidakadaan maklumat tentang KSKM.Slot ini juga mensasarkan jumlah Pembantu Makmal yang akan menjadi ahli KSKM diperingkat daerah Kuantan.
Mudah-mudahan segala perancangan dan usaha murni ini akan membuahkan hasil yang positif kepada seluruh Pembantu Makmal yang terlibat.Bagi Pembantu Makmal yang masih selesa berada di luar KSKM,dan turut dipanggil mengikuti kursus tersebut,~ADMIN~memohon agar dapat bersama-sama menjadi ahli KSKM untuk kita berjuang untuk meningkatkan profesion Pembantu Makmal.


~ADMIN~difahamkan bahawa AJK KSKM Negeri akan turut mempromosikan tempahan baju koprat bagi Fasa ke-2 di mesyuarat itu nanti.Contoh ukuran baju sebenar dan jenis kain akan dibawa bersama.Oleh yang demikian,seluruh AHLI-AHLI KSKM daerah Jerantut diharap akan menempah baju tersebut untuk tujuan penyeragaman baju AHLI-AHLI KSKM Negeri Pahang.Tempahan boleh dibuat kepada Wakil KSKM daerah Jerantut ketika sesi mesyuarat itu nanti disamping diingatkan bahawa semua tempahan baju koprat perlulah menyertakan wang tempahan mengikut kadar harga yang telah ditetapkan sepenuhnya selepas tempahan dibuat.Harga 1 helai Kemeja Koprat(F1) adalah:
Ahli KSKM  sebanyak RM 60.00 dan bagi BUKAN AHLI KSKM sebanyak RM 70.00.



Aktiviti ini juga diharap agar menjadi motivasi dan dorongan kepada Wakil-wakil KSKM Daerah lain yang masih belum mengadakan sebarang aktiviti kepada ahli-ahli diperingkat daerah.
Akhir kalam,semoga perancangan ini akan mendapat kejayaan yang gemilang serta mendapat keredhaan dari Allah SWT.
Selamat Berkursus... ~ADMINKSKMPahang~



2 comments:

  1. xde ke kursus untk pembantu makmal daerah kuala lipis....?

    ReplyDelete
  2. Salam...Puan Fara Tajuddin.Untuk makluman Puan,KSKM Negeri Pahang sentiasa prihatin dan cakna terhadap ahli-ahli KSKM di setiap daerah di negeri Pahang ini.~ADMIN~melihat,ahli-ahli KSKM Daerah Lipis tidak menjadi masalah yang besar tentang ketiadaan kursus kepada Pembantu Makmal terutama ahli-ahli KSKM kerana Wakil KSKM Daerah Lipis iaitu Pn.Haszlina (SMK Clifford) dan barisan AJK Pelaksana KSKM Peringkat daerah Lipis telah menganjurkan pelbagai program untuk semua ahli-ahli di daerah.~ADMIN~melihat,penglibatan Pejabat Pelajaran Daerah Lipis di bawah unit Matematik dan Sains yang diterajui oleh En.Hassan Basri yang bertindak sebagai penaung kepada KSKM Daerah Lipis itu sendiri telah menganjurkan pelbagai program yang baik untuk semua PM dan PAP(Makmal)di daerah Puan.
    Antara daerah-daerah yang begitu aktif menggerakkan program adalah Daerah K.Lipis,Raub,Temerloh dan Kuantan.Tahniah dan syabas kepada semua Wakil-wakil KSKM Daerah tersebut.
    Puan,insyallah...KSKM Negeri Pahang sedang merancang untuk menganjurkan kursus-kursus yang bersesuaian dengan Pembantu Makmal disetiap daerah di Negeri Pahang.Semoga perancangan ini akan berhasil dan membuahkan kejayaan.
    Terima kasih kerana memberi respon di Laman Blog ini.
    ~ADMINKSKMPahang~

    ReplyDelete