- Assalamualaikum...Puan Zie U-g,Tahniah KSKM Pahang ucapkan kepada Puan kerana Puan telah mempunyai satu kesedaran tentang pentingnya seluruh PM di Kementerian Pelajaran Malaysia ini bergabung tenaga,usaha dan pengorbanan agar segala permasalahan dan kekurangan kepada PM ini dapat di kemukakan kepada pihak di atas melalui saluran yang betul dan munasabah.~ADMIN~ fokuskan kepada PM yang berkhidmat di dalam negeri Pahang sahaja kerana bantuan dari segala segi yang berkaitan dengan perjawatan PM akan ~ADMIN~ bawa terus ke Jabatan Pelajaran Pahang...Insyallah,setakat
ini,KSKM Pahang telah berjaya menyelesaikan beberapa permasalahan berkaitan PM di Pahang ini melalui saluran yang diberi oleh Jabatan Pelajaran Pahang kepada Pengerusi KSKM Pahang En.Khairul A'zli Hj Ahmad.Apa yang dinyatakan oleh Pengerusi KSKM Pahang kepada ~ADMIN~ adalah,KSKM Pahang akan membuat tapisan yang rapi terhadap permasalahan yang utarakan oleh PM untuk dibawa ke pengetahuan Pengarah Pelajaran Pahang dimana HANYA PERMASALAHAN AHLI2 KSKM SAHAJA yg dipilih dari semua PM yang ada.Ini merupakan komitmen Pengerusi KSKM Pahang terhadap pengorbanan oleh ahli2 KSKM.Bagi PM yang masih selesa diluar dari Kesatuan,~ADMIN~ menjemput dengan segala hormatnya agar bersama2 kita merapatkan kesatuan kerana apabila kuat kesatuan kita maka kuatlah suara kita,bak kata pepatah Melayu"Bulat air kerana pemetong,bulat kata kerana muafakat".
Berbalik kepada persoalan Puan tadi,~ADMIN~ ingin menyatakan bahawa untuk menjadi ahli KSKM,Puan mestilah mengisi borang keahlian yang disediakan oleh KSKM.Bagi PM yang berada di dalam negeri Pahang,borang keahlian boleh diperolehi dari setiausaha KSKM Caw Pahang En.Lotfan Abd Aziz beralamat di SMK Kerdau,Temerloh atau boleh dihubungi melalui telefon bimbit :019-9829075. Puan juga boleh menghubung melaui telefoni@mesej Pengerusi KSKM Negeri Pahang En.Khairul A'zli Hj Ahmad di no 019-9161514.Puan juga boleh menghantar nama dan alamat lengkap untuk proses penghantaran borang keahlian melalui khidmat pos. - Kskm Negeri Pahang Puan Zie U-g...menjawab persoalan yuran dikenakan untuk menjadi ahli adalah sebanyak RM1 shj.Namun yuran bulanan bagi stiap ahli yang diterima menjadi ahli adalah sebanyak RM5 shj.Bagi proses permulaan Puan untuk memohon menjadi ahli KSKM adalah Puan diminta menyediakan Kiriman Pos@Wang Pos sebanyak RM16.Ini termasuklah RM1 yuran ahli,RM5 x 3bulan yuran bulanan ahli.
RM5 x 3 bulan ini perlu dijelaskan kerana sistem Biro Potongan Angkasa akan mengambil masa lebih kurang 3 bulan bagi pemotongan gaji puan untuk tujuan yuran bulanan tersebut.Sekiranya permohonan Puan diterima oleh KSKM Pusat maka Puan akan terus menjadi ahli KSKM tanpa perlu menunggu selama 3 bulan akan datang untuk proses pembayaran yuran bulanan.
Menjawab persoalan cara pembayaran yuran...sepertimana yang disebut tadi,Puan mesti menghantar sekali bersama borang BPA(Biro Potongan Angkasa) yang lengkap beserta tandatangan Pengetua dan mesti dikepilkan berama borang permohonan keahlian ke Setiausaha KSKM Pahang untuk tindakan selanjutnya dan permohonan Puan akan terus dipanjangkan ke KSKMPusat bagi proses kelulusan.
Semoga Puan berpuashati dengan apa yang ~ADMIN~ catatkan disini dan ~ADMIN~amat berbangga dan sangat2 berterima kasih kpd Puan kerana sudi untuk menjadi ahli KSKM.Semoga Puan akan terus memberi sokongan dan perhatian yang padu kepada KSKM Pahang khususnya dan KSKM Puasat amnya.Besarlah harapan KSKM Pahang agar Puan dapat mengajak dan menjemput rakan2 PM yang lain untuk sama2 menjadi ahli KSKM..Insyallah!!!
Sunday, April 8, 2012
JAWAPAN BERKAITAN "MENJADI AHLI KSKM"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment