Sunday, April 8, 2012

MESYUARAT 'MAJLIS BERSAMA JABATAN'

Tarikh   : 30 Mac 2012 (Jumaat)
Masa    : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Gerakan JPN Pahang

Satu mesyuarat MBJ-Majlis Bersama Jabatan telah diadakan pada 30 Mac 2012 bertempat di Bilik Gerakan Jabatan Pelajaran Pahang, Kuantan.Majlis tersebut telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang dan disertai oleh semua PPD negeri Pahang,Kesatuan-kesatuan sekerja di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia,CUEPACS termauk juga Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal(KSKM) Negrei Pahang.
KSKM telah diwakili oleh Pengerusi KSKM Negeri Pahang, En.Khairul A'zli Hj Ahmad dan setiausaha KSKM Pahnag, En.Lotfan Abd Aziz.
Dalam Majlis tersebut,Pengerusi KSKM telah membawa 5 isu untuk mendapat perhatian dan penjelasan dari pihak JPN.Pahang.
Semoga semua ahli2 Kesatuan akan memberikan sokongan dan kerjasama yang tidak berbelah bagi kepada KSKM Negeri Pahang seterusnya akan memberikan permasalahan yang berlaku di sekolah masing2 untuk Pengerusi KSKM Pahang angkatkan didalam mesyuarat MBJ yang akan datang.
Antara Isu yang dibawa  oleh En.Khairul A'zli Hj Ahmad adalah :
1.Isu Lab Coat dan elaun kasut.
2.Isu Waktu Kerja Pembantu Makmal.
3.Isu Kursus-kursus kepada semua Pembantu Makmal.
4.Isu pemindahan PAP dari makmal ke bahagian-bahagian lain di sekolah.
5.Isu pekerja kontrak pembersihan diminta untuk membersihkan makmal.
Semoga perjuangan yang dibawa oleh KSKM Negeri Pahang untuk membawa terus permasalahan Pembantu Makmal ke peringkat atasan akan membuahkan hasil yang positif.Diharap agar semua PM di dalam Negeri Pahang akan dapat bersama-sama menjadi ahli KSKM untuk manafaat kita bersama dan memartabatkan profesion Pembantu Makmal ke taraf yang tertinggi.Wallahuallam....
~ADMINKSKMPahang~

No comments:

Post a Comment