Monday, April 23, 2012

JAWAPAN BERKAITAN 'TUKAR LANTIK PAP' KEPADA PEMBANTU MAKMAL

    • Salam Puan...sila lihat status yang baru shj ~ADMIN~ up-dated pada wall KSKMPahang nie berkaitan dengan Status Setiausaha Agong KSKM Pusat En.Ashaari Maarof.Usaha yang murni dijalankan oleh KSKM selama ini untuk mengangkat kerjaya PM dipersada jawatan2 penting di JPA telah hampir berjaya.PAP(makmal) telah diusahakan agar tidak ditarik keluar dari makmal telah berjaya.Kini taraf PAP makmal telah cuba diangkat menjadi PM pula namun apa yang mendukacitakan oleh seluruh kepimpinan KSKM seluruh negara adalah usaha murni ini telah diambil kesempatan oleh PAP yang tidak menjadi ahli kesatuan malah ada segelintir PAP makmal ini yang memperlekehkan keahlian sahabat2 yang telah menjadi ahli.Apa KSKM buat? Apa yang KSKM perjuangkan? KSKM hanya membazirkan duit ahli2 tanpa ada hasil...Nah!inilah persoalan dan tohmahan2 yang sering KSKM terima.Sudah menjadi asam garam dalam kehidupan dunia sejak dahulu lagi...Gajah didepan mata tak nampak...kuman diseberang lautan juga yang kelihatan...Untuk makluman Puan,ramai diantara 350 PAP yang mendapat temuduga 'Tukar Lantik PAP'adalah terdiri dari PAP yang tidak menjadi ahli KSKM...Memang benar,rezeki,qada' dan Qadar adalah ketentuan Illahi namun jika orang yang sanggup mengeluarkan wang ringgit,masa dan tenaga untuk berkongsi susah senang bersama KSKM namun apabila perjuangan yang selama ini telah berhasil...mereka2 yang tidak menjadi ahli pula yang mendapat manafaatnya.Adakah ini ADIL???
      ~ADMIN~ tetap mengklasifikasikan kumpulan ini sebagai 'PARASIT'.Kumpulan ini hanya pandai menumpang atas kesusahan dan penat usaha orang lain...~ADMIN~ percaya dan Insyallah ~ADMIN~doakan agar kumpulan 'PARASIT' ini akan sedar dan kembali bermuhasabah diri dimana adakah jika kumpulan ini diterima menyandang jawatan PM maka mereka masih ingin kekal berada di zon selesa???Atau mereka kembali untuk berjuang bersama-sama KSKM untuk masa depan perjawatan PM yang lebih kondusif
  • 2 jam yang lalu
    Kskm Negeri Pahang
    • Berbalik kepada persoalan Puan tadi,Puan diminta untuk terus menghubungi S/U KSKM pahang En.Lotfan dr SMK Kerdau @ melalui no tel 0199829075 untuk memohon borang keahlian KSKM Pahang atau Puan diminta untuk memberi nama dan alamat sekolah Puan dengan lengkap untuk ~ADMIN~ poskan borang permohonan tersebut kepada Puan...Terima kasih Puan kerana terbuka hati Puan untuk meneruskan kesinambungan perjuangan KSKM Pahang khasnya dan KSKM Pusat umumnya...Tahniah kepada Puan kerana terpilih di dalam temuduuga tersebut dan Puan antara PAP yang sangat beruntung diantara PAP seluruh Malaysia seramai 2800 orang.Mudah2an Puan akan berjaya di dalam temuduga tersebut dan ~ADMIN~ ucapkan selamat menjadi ahli KSKM..TQ!!!
      ~ADMINKSKMPahang~

No comments:

Post a Comment