Thursday, April 12, 2012

KUNJUNGAN MESRA KSKM NEGERI PAHANG KE JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG

Tarikh  : 04 April 2012
Masa   : 11.00 pagi
Tempat : Bilik Gerakan JPNP

Seramai 11 orang Ahli Jawatankuasa KSKM Cawangan Pahang telah mengadakan kunjungan ramah mesra bersama Jabatan Pelajaran Negeri Pahang.KSKM telah diberikan berpeluang untuk mengemukan pelbagai masalah yang dialami oleh Pembantu Makmal negeri Pahang.
Majlis dimulakan dengan taklimat ringkas berkaitan perjalanan dan sistem pentadbiran di JPN oleh En.Fikri dari Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan(2P).
KSKM pula diwakili oleh pengerusi KSKM Pahang En.Khairul A'zli Hj Ahmad telah memberikan taklimat berkaitan KSKM dan fungsinya dalam membela nasib Pembantu Makmal di negeri Pahang.
JPN Pahang telah sudi mendengar permasalahan yang dibentangkan oleh Setiausaha KSKM,En.Lotfan Abd Aziz.Terdapat 15 isu yang diketengahkan oleh KSKM Pahang untuk mendapatkan penyelesaian diperingkat JPN.
Antara isu-isu tersebut adalah:
1.Pemindahan PAP dari makmal ke bahagian-bahagian lain di sekolah.
2.Memohon JPN mengadakan kursus kpd Pembantu Makmal.
3.Memohon cuti tanpa rekod dan TNT semasa Mesyuarat Dwi Tahunan KSKM Cawangan Pahang.
4.Memohon menaik taraf makmal yang telah berusia 20 tahun dan keatas.
5.Memohon pemeriksaan kesihatan secara berkala kepada semua Pembantu Makmal.
6.Memohon JPNP membekalkan 'Lab Coat' dan kasut kepada Pembantu Makmal.
7.Masalah kebuk wasap di sekolah.
8.Memohon keutamaan kepada ahli-ahli KSKM untuk menyertai kursus anjuran JPN.
9.Memohon kerjasama JPN melibatkan KSKM dalam menentukan bentuk dan kursus.
10.Memohon kerjasama JPN dalam proses pelupusan bahan kimia&radioaktif secara bersepadu.
11.Memohon PPD untuk bekerjasama dengan Pengerusi KSKM Daerah.
12.Penganjuran kursus Pengendalian dan membaikpulih mikroskop.
13.Memohon JPN memaklumkan kepada pentadbir sekolah agar Penilai Pertama PTK Pembantu Makmal dinilai oleh Pembantu Makmal C22/C26 atau oleh Ketua Bidang.
14.Memohon JPN membenarkan Pembantu Makmal perempuan memakai seluar panjang.
15.Memohon kursus pelupusan,kehilangan dan hapus kira bahan di makmal.
Isu-isu yang dibangkitkan oleh KSKM telah mendapat respon yang baik dari JPNP dan tindakan akan diambil...InsyAllah!!!
Turut dibangkitkan dalam mesyuarat tersebut adalah berkaitan waktu bekerja Pembantu Makmal.
Pengerusi KSKM Pahang menerangkan bahawa isu ini telah diperbincangkan di dalam Mesyuarat 'Majlis Bersama Jabatan' namun JPNP bersedia untuk berkongsi pendapat bersama-sama AJK KSKM.
Mesyuarat telah menetapkan bahawa dukacita dimaklumkan setiap Pembantu Makmal diWAJIBkan mengambil masa rehat selama 1jam kerana ini merupakan arahan yang dikeluarkan melalui Pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia malah jika diteliti  melalui AKTA BURUH sekalipun,terma dan syarat mengambil 1 jam rehat ini telah termaktub.
~ADMIN~ beranggapan bahawa isu ini tidak akan diangkat ke pengetahuan JPNP untuk masa yang akan datang.

Panorama yang dapat dikongsi bersama sepanjang Majlis Kunjungan Mesra KSKM Pahang ke Jabatan Pelajaran Negeri Pahang.

                                        Tersergam Bangunan Jabatan Pelajaran Negeri Pahang
                                         Barisan Ahli Jawatankuasa KSKM Cawangan Pahang

Pengerusi KSKM Caw Pahang :En.Khairul A'zli Hj Ahmad
                                    Gambar dari kiri : En.Herry, En.Fikri, En.Jamil dan En.Chang
                                               Khusyuk mendengar taklimat daripada En.Jamil
                               En.Jamil begitu bersemangat dalam memberi taklimat pada hari tersebut
En.Herry dari Bahagian Perjawatan dan Pencen menjawab persoalan yang diajukan

                                         ..
Akhir kalam dari ~ADMINKSKMPahang~ Mohon semua ahli-ahli KSKM negeri Pahang agar memberikan sepenuh sokongan terhadap AJK KSKM Pahang sesi 2011-2013 ini untuk terus memimpin dan menyumbangkan tenaga bagi memperjuangkan kepentingan dan manafaat bersama untuk ahli-ahli KSKM.
~ADMIN~ juga menyeru agar semua ahli-ahli KSKM Pahang,memberi respon dan permasalahan yang perlu Pengerusi KSKM Pahang bawa semasa Mesyuarat 'Majlis Bersama Jabatan' bersama Pengarah Pelajaran Pahang samada di 'Facebook' mahupun telefon/sms ke no : 019-9161514 (En.Khairul A'zli Hj Ahmad).
Sekian...Wallahualam dan Wassalam!!!!
~ADMINKSKMPahang~

No comments:

Post a Comment