Wednesday, October 31, 2012

~DARI MINDA PENGERUSI KSKM NEGERI PAHANG~ ULASAN KENAIKAN PANGKAT PEMBANTU MAKMAL C17 KE C22

Pengerusi KSKM Negeri Pahang,En.Khairul A'zli Hj Ahmad

Assalamualaikum wbt...
Salam kesatuan daripada saya Pengerusi KSKM Negeri Pahang kepada seluruh Pembantu Makmal di Negeri Pahang semoga berita baik yang diterima akan memberikan suntikan semangat dan motivasi yang tinggi khusus kepada semua Pembantu Makmal C17 yang menerima kenaikan pangkat ke C22.Bagi pihak seluruh Ahli Jawatan Kuasa (AJK) KSKM Negeri Pahang,sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada Pembantu Makmal yang terlibat terutama kepada semua AHLI-AHLI KSKM yang banyak memberikan sokongan dan dokongan yang padu kepada KSKM.Bagi Pembantu Makmal yang masih selesa berada diluar KSKM,saya menyeru agar Tuan/Puan akan terbuka hati untuk bersama-sama KSKM untuk memperjuangkan hak-hak kita (Pembantu Makmal) sebagai penjawat awam.
Untuk mendapatkan senarai nama Pembantu Makmal yang berjaya di dalam kenaikan pangkat dariC17 ke C22(KUP),Tuan/Puan boleh memuat naik senarai tersebut melalui pautan di bawah:


SENARAI NAMA PM C17 YANG LAYAK KE KUP C22.pdf

Kesinambungan dari berita baik ini,saya ingin berkongsi pandangan bersama seluruh Pembantu Makmal di Negeri Pahang(khasnya) dan Pembantu Makmal di seluruh negara(amnya).Kenaikan pangkat PM C17 ke C22 adalah hasil usahasama KSKM yang bergabung tenaga dan usaha bersama CUEPACS
Pergabungan kesatuan-kesatuan sekerja yang ada di Malaysia ini merupakan satu usaha untuk memartabatkan semua jawatan yang ada di dalam Perkhidmatan Awam.Semua kesatuan-kesatuan sekerja di negara ini bergabung dan bernaung di bawah CUEPACS untuk membawa satu suara yang kuat,padu dan kukuh bagi menjamin semua penjawat awam akan menerima layanan dan menyelesaikan permasalahan kepada KERAJAAN.Jika setiap kesatuan hanya bergerak bersendirian tanpa pergabungan seperti ini maka sudah pasti suara yang ingin dibawa tidak akan kesampaian dan tidak menemui jalan penyelesaianTanpa kesatuan-kesatuan(termasuk KSKM)di Malaysia ini maka CUEPACS tidak akan berfungsi.CUEPACS tidak akan berdiri gah sebagaimana gahnya CUEPACS pada hari ini.Pergabungan kesatuan-kesatuan sekerja dibawah CUEPACS ini merupakan usaha lengkap-melengkapi.
Kenaikan pangkat secara KUP ini merupakan kejayaan suara hati dari semua AHLI-AHLI kesatuan -kesatuan di Malaysia.Hasil usaha tanpa mengira penat dan lelah CUEPACS selama ini akhirnya membuahkan hasil untuk dinikmati oleh seluruh penjawat awam.Inilah hadiah dari pengorbanan semua AHLI-AHLI yang memberikan komitmen tanpa berbelah bagi kepada kesatuan masing-masing.
Perjalanan kita masih panjang,perjuangan yang digembeling pada hari ini tidak semestinya akan melahirkan hasil yang positif pada keesokkan hari.Perjuangan memerlukan pengorbanan.Kita pada hari ini menikmati segala yang ada merupakan hasil usaha dari AHLI-AHLI yang terdahulu.Kita merupakan penyambung dan kesinambungan hasil perjuangan Pembantu Makmal yang lalu.Kita harus berpijak di bumi yang nyata.
Bagi pandangan saya selaku Pengerusi KSKM Negeri Pahang,adalah tidak adil bagi sesetengah pihak yang beranggapan bahawa jika tidak menyertai dan memasuki KSKM,kenaikan pangkat tetap akan diperolehi.Memang benar apa yang dinyatakan namun disini saya ingin tegaskan bahawa setiap AHLI KSKM yang mendapat kenaikan pangkat dari C17 ke C22 merupakan seorang pejuang tulen dan mempunyai jati diri yang tinggi berbanding Pembantu Makmal yang tidak menjadi ahli KSKM.Inilah hasil dari sokongan Tuan/Puan yang tida noktahnya,berkorban tenaga dan wang ringgit untuk KSKM.
Saya tertarik mengambil contoh sebuah pasukan bola sepak dimana ianya mempunyai pemain kesebelasan utama dan pemain simpanan.Apabila pasukan tersebut berjaya menjadi juara sesuatu kejohanan maka semua  pemain akan menerima hadiah termasuklah pemain simpanan namun jika dinilai secara jujur oleh semua pemain,kepuasan menjadi juara itu pasti akan dinikmati oleh semua pemain kesebelasan utama.Begitu juga bagi penyokong pasukan tersebut,penilaian dan kredit yang tinggi sudah pasti akan diberikan kepada pemain utama.Marilah kita selaku Pembantu Makmal di Negeri Pahang ini merebut peluang yang terbuka luas untuk bersama-sama menjadi pemain utama di dalam pasukan yang dibina ini.
Sebagai kesimpulannya saya mengajak seluruh Pembantu Makmal di Negeri Pahang yang masih selesa berada di luar KSKM agar bersegera untuk menjadi ahli KSKM untuk kita bersama-sama mengembeling tenaga dan usaha yang bersepadu kearah mengangkat martabat profesion Pembantu Makmal kearas yang tertinggi.Semoga sedikit usaha kita pada hari ini akan mendapat keredhaan dan pertolongan dari Allah Azzawajalla.
Saya bagi pihak seluruh AJK KSKM Negeri Pahang sekali lagi mengucapkan TAHNIAH kepada semua Pembantu Makmal yang terlibat di dalam kenaikan pangkat dari C17 ke C22 secara KUP.
Apa yang baik dibicarakan senuanya dari Allah SWT dan perkataan yang buruk dan lemah itu dari kelemahan dan kekurangan diri saya sendiri.Semoga kita bersama-sama akan mendapat keradhaan dariNya. Sekian,terima kasih.
KHAIRUL A'ZLI HJ AHMAD
Pengerusi KSKM Negeri Pahang

No comments:

Post a Comment