Tuesday, October 23, 2012

MAKLUMAN TERKINI:"TUKAR LANTIK PAP(N1@N4) KEPADA PM(C17)

KSKM NEGERI PAHANG

Pihak KSKM Pusat dan Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) telah berbincang mengenai "Tukar Lantik PAP ke jawatan PM"Keputusannya JPA telah bersetuju untuk memproses semula program tukar lantik PAP kepada Pembantu Makmal C17 dengan bersyarat iaitu :
i.  PAP tersebut pernah dan telah berkhidmat di makmal.
ii. Merupakan AHLI KSKM.

Setiausaha Agong KSKM Pusat memerlukan Tuan/Puan menyediakan perkara-perkara berikut bagi memastikan permohonan Tuan/Puan akan diproses:
1. Salinan buku rekod perkhidmatan.
2. Sijil-sijil berkaitan sebagai sokongan kepada permohonan.
Permohonan ini termasuk semua Pembantu Am Pejabat (PAP) samada bergred N4 (Hakiki), N4 (KUP) dan N1 tetapi WAJIB pernah berkhidmat di makmal sains. Proses ini juga termasuk PAP yang telah dan sedang berkhidmat di Sekolah Rendah tetapi mesti memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan merupakan AHLI KSKM.
Segala dokumen-dokumen yang diperlukan hendaklah dihantar dan sampai sebelum atau pada 02.November.2012 kepada Setiausaha KSKM Negeri Pahang:
En.Mohd Lotfan bin Abdul Aziz
Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau
28010 Temerloh
No Tel: 019-9829075
Ini merupakan usaha berterusan KSKM Pusat untuk membantu PAP Makmal (HANYA AHLI KSKM SAHAJA) untuk mendapatkan pengiktirafan kenaikan pangkat secara lantikan kerana hasil perjuangan PAP yang setia terhadap KSKM selama ini.~ADMIN~ menyeru seluruh PAP(AHLI KSKM) agar bersama-sama berdoa semoga usaha murni ini akan menbuahkan hasil yang baik.Sekian,terima kasih...
~ADMINKSKMPahang~

No comments:

Post a Comment